Top Ad 728x90

Anlene anjur kempen menjaga tulang sihat

tulang sihat anlene

40 peratus wanita Malaysia berumur lebih 30 tahun berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami  kesihatan tulang yang lemah, demikian menurut keputusan Pemeriksaan Kesihatan Tulang Anlene yang dikeluarkan baru-baru ini.

Anlene telah menjalankan lebih daripada 200,000 pemeriksaan kesihatan tulang percuma untuk rakyat Malaysia sepanjang 12 bulan yang lalu.

Selepas menganalisis data yang dikumpulkan, Anlene menemui fakta yang mengejutkan mengenai lelaki Malaysia. Kira-kira 40 peratus lelaki berumur lebih 30 tahun juga berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah, menjadikan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap tulang sihat lebih penting lagi.

Untuk membantu mengurangkan angka yang menakjubkan ini dan menekankan kepentingan mengekalkan tulang yang sihat melalui diet dan senaman, Anlene menganjurkan kempen ‘Minumlah demi kesihatan tulang kita’ selama tiga hari di Sunway Pyramid, mulai 19 Oktober lalu.

 Majlis pelancarannya dihadiri oleh anak Malaysia yang sudah mencipta nama sebagai selebriti antarabangsa, Datuk Seri Michelle Yeoh, yang menyeru rakyat Malaysia supaya lebih menyedari tentang kepentingan kesihatan tulang dan ‘Minumlah demi kesihatan tulang kita’ untuk  gaya hidup yang lebih sihat.

“Kesihatan tulang adalah sangat penting bagi saya. Ramai wanita Asia, seperti saya, merupakan tulang belakang keluarga. Oleh itu, adalah penting untuk kita melindungi tulang supaya boleh terus menjadi tunggak kekuatan keluarga kita. Inilah sebabnya saya sentiasa pastikan saya mengambil kalsium yang secukupnya untuk memenuhi keperluan nutrien harian saya,” kata Michelle.

 Sebagai langkah selanjutnya untuk menunjukkan komitmen Anlene dalam menyokong usaha meningkatkan kesedaran kesihatan tulang di Malaysia, Anlene menderma RM5 kepada OASKL (Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur) untuk setiap orang yang menjalani pemeriksaan tulang sepanjang kempen tiga hari di Sunway Pyramid.

 David Ross, Pengarah Pengurusan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, berkata: “Anlene sudah sekian lama komited untuk membantu meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan tulang. Kempen yang dianjurkan sempena Hari Osteoporosis Sedunia ini adalah satu lagi langkah dalam meningkatkan kesedaran terhadap risiko Osteoporosis dan juga kepentingan diet yang seimbang dan senaman untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

 “Kami memperkenalkan Pemeriksaan Kesihatan Tulang pada tahun 2006 dan sejak itu kami telah membantu lebih 600,000 rakyat Malaysia untuk lebih memahami tentang kesihatan tulang mereka. Kami berbangga kerana dapat meneruskan usaha ini untuk membantu mendidik masyarakat Malaysia melalui kempen ‘Minumlah demi kesihatan tulang kita’ sepanjang tiga hari yang akan datang.”

Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia (MANS) yang dijalankan pada 2003 mendapati, pengambilan kalsium di kalangan lelaki dan wanita dalam semua kumpulan sosio demografi tidak mencapai tahap pengambilan harian yang dicadangkan.

Di samping itu, rakyat Malaysia menggunakan 74 peratus masa sehari mereka dengan melakukan aktiviti yang kurang aktif seperti duduk atau baring. Ini mungkin meningkatkan risiko Osteoporosis.

Pakar Ortopedik dan Trauma yang terkenal, Dr. Chin Chee Howe, berkata: “Gaya hidup ramai lelaki dan wanita Malaysia mendedahkan mereka kepada risiko terhadap Osteoporosis – penyakit di mana tulang menjadi semakin lemah dan menyebabkannya mudah patah.

“Rakyat Malaysia mesti mengubah gaya hidup mereka dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan kalsium serta sering bersenam untuk meningkatkan kesihatan tulang mereka.”

 Joanne Todd, Pengurus Inovasi Fonterra Brands New Zealand, berkata hasil kajian yang dijalankan Anlene dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menunjukkan bahawa kebanyakan wanita Malaysia mengambil kurang daripada 50 peratus kalsium yang diperlukan oleh mereka.

Keadaan ini adalah membimbangkan kerana kalsium penting untuk mengekalkan kesihatan tulang.

“Pengambilan kalsium dalam diet semasa rakyat Malaysia adalah 300–500 mg sehari, jauh lebih rendah daripada cadangan pengambilan sehari iaitu 1,000–1,200mg.

Ini mencadangkan bahawa ramai wanita Malaysia akan menghadapi berisiko untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah pada masa depan dan mungkin mengalami penyakit berkaitan tulang seperti osteoporosis,” kata Todd.

Beliau menjelaskan bahawa produk tenusu, terutama susu kalsium tinggi adalah sumber kalsium yang baik.

“Anlene™, susu yang dirumus khas untuk kekuatan  tulang yang optimum bagi orang dewasa, diperkayakan dengan Kalsium yang bertindak bersama dengan nutrien lain seperti Vitamin D, Magnesium dan Zink, untuk diserap dan digunakan secara berkesan bagi membantu membina tulang yang kuat,” katanya.

 Fonterra Brands telah membelanjakan lebih AS$50 juta dalam penyelidikan kesihatan tulang sepanjang 15 tahun yang lalu dan pakar di sebalik Anlene™ telah membiayai dan melibatkan diri dalam 23 ujian klinikal berkaitan dengan kesihatan tulang.

Anlene™ akan terus mengadakan kempen di seluruh negara untuk menekankan  isu kesihatan tulang yang lemah yang semakin meningkat dalam usaha untuk mendidik pengguna tentang kepentingan penjagaan tulang mereka.

Kesihatan tulang yang lemah biasanya dianggap sebagai ‘penyakit orang tua’, tetapi tulang mungkin menjadi semakin lemah bermula daripada usia 30-an.

Ini biasanya disebabkan kekurangan kesedaran terhadap apa yang boleh dilakukan untuk mencegah Osteoporosis.

Bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pengambilan kalsium yang secukupnya, kadar kejadian Osteoporosis boleh dikurangkan. Untuk maklumat lanjut layari  www.anlene.com.my

Mengenai Anlene™

Anlene™ adalah rangkaian produk tenusu yang dirumus khas untuk kekuatan optimum tulang orang dewasa.  Rangkaian susu ini merangkumi Anlene™ Concentrate, Anlene™ Powder dan Anlene™ Yogurt.

Anlene™ Powder mengandungi lebih banyak kalsium daripada susu segar biasa.

Anlene™ Powder juga mengandungi nutrien penting untuk tulang seperti Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink dan Protein untuk kesihatan optimum tulang.

Fonterra telah membelanjakan lebih AS$50 juta untuk penyelidikan kesihatan tulang sepanjang 15 tahun yang lalu dan pakar di sebalik Anlene™ telah membiayai dan melibatkan diri dalam 23 ujian klinikal berkaitan kesihatan tulang.

Mengenai Fonterra

Fonterra adalah pemimpin global dalam pemakanan tenusu – pembekal bahan tenusu yang menjadi pilihan banyak syarikat makanan yang terkenal di dunia. Fonterra adalah juga pemimpin pasaran dengan jenama tenusunya sendiri di Australia/New Zealand, Asia/Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Koperasi milik penternak New Zealand ini adalah pemproses susu yang terbesar di dunia, dengan pengeluaran tahunan melebihi dua juta tan bahan tenusu, bahan tenusu tambah nilai, bahan khusus dan produk pengguna.

Kepakaran yang terkumpul sejak zaman-berzaman menjadikan Fonterra salah satu pelabur terbesar di dunia dalam penyelidikan dan inovasi berasaskan tenusu.

Kakitangannya seramai 16,000 orang terbabit dalam segala aspek pengeluaran tenusu, daripada memberi nasihat kepada penternak tentang penternakan dan pengeluaran susu, hingga memastikan piawaian kualiti yang tepat dan menunaikan janji kepada pelanggan di lebih 100 pasaran di seluruh dunia.

Di rantau Asia dan Timur Tengah, Fonterra mempunyai operasi perniagaan jenama pengguna yang kukuh, membekalkan produk pemakanan tenusu yang bermutu tinggi kepada berjuta-juta pengguna di lebih 40 negara.

Di negara ini, Fonterra Brands (Malaysia) adalah pemimpin pasaran dalam sektor peruncitan tenusu. Syarikat mengeluarkan, mengedar dan memasarkan rangkaian produk tenusu yang luas, daripada susu sedia untuk diminum, susu tepung, minuman susu kultur hingga yogurt, keju dan mentega.

Jenama produk penggunanya yang utama adalah ANMUM MATERNA™, ANMUM LACTATM, ANMUM ESSENTIAL™, FERNLEAF™, ANLENE™ and CHESDALE™. Untuk maklumat lanjut layari www.fonterra.com


- UTUSAN




1 Comment:

  1. Anlene memang bagus untuk tulang.
    Boleh juga dikombinasikan dengan makanan tambahan kesihatan tulang & sendi
    http://www.esihat.com/2013/01/joint-health-complex/

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90