Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dilancar

Kerajaan melancarkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan peruntukan awal RM5 bilion untuk membantu pelajar berkelayakan mendapat dana tambahan bagi membiayai kos pendidikan peringkat sarjana muda dan sarjana.

Skim terbuka kepada ibu bapa dan individu membiaya kos pengajian tanggungan mereka di dalam atau luar negara dengan kadar faedah lebih rendah daripada pasaran serta bayaran balik selama 15 tahun selepas tamat pengajian atau maksimum 20 tahun jika dibayar ketika mula belajar.

SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.

Pinjaman hingga RM150,000

Jumlah pinjaman terhad kepada RM150,000 untuk bidang perubatan peringkat ijazah lanjutan dan RM100,000 untuk kursus kritikal, iaitu sains dan teknologi serta

SPP1M dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perdana Putra, di sini semalam. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin.

SPP1M adalah pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada dan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu suku kedua 2013 untuk kemasukan ke universiti tempatan dan Jun 2013 untuk program berkembar serta program luar negara.

Perdana Menteri berkata, skim diperoleh melalui bank atau institusi kewangan dan setakat ini Maybank dan RHB Bank bersetuju menyertai skim berkenaan.

“SPP1M adalah skim top up iaitu bantuan untuk mencukupkan dana perbelanjaan yang dikeluarkan ibu bapa bagi menaja anak-anak mereka yang mungkin tidak memadai,” katanya.

Najib berkata, skim itu dijamin oleh kerajaan 10 peratus atau sehingga RM500 juta daripada jumlah keseluruhan dana.

Katanya, ia disasarkan kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan tinggi tetapi tidak mampu menampung pembiayaan pendidikan berikutan peningkatan kos pendidikan, terutama di luar negara.

Sementara itu, Nor Mohamed, pada sidang media selepas itu, menjelaskan skim itu akan memanfaatkan ramai ibu bapa yang tidak mempunyai dana mencukupi bagi membiaya kos tambahan pendidikan tinggi anak mereka.

- BERITA HARIAN



Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dilancar

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.