Top Ad 728x90

SKMM lanjut tempoh tebus rebat 3 bulan telefon pintar

SKMM lanjut tempoh tebus rebat 3 bulan telefon pintar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melanjutkan tempoh penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari sebulan kepada tiga bulan, bermula 8 Februari 2013.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata berikutan itu mereka yang mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu, tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh berkenana dilanjutkan.

“Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini,” katanya dalam kenyataan.

Kami kini dalam proses menghantar emel kepada semua yang mendaftar bagi memaklumkan perkembangan terbaru ini," Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM

Beliau menambah, syarikat telekomunikasi dan wakil penjual yang dilantik juga sudah dimaklumkan mengenai lanjutan tempoh itu.

Sejak dilancarkan 1 Januari 2013 lalu, Skim Pakej Komunikasi Belia menerima pendaftaran lebih 440,000 belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan hampir 60,000 daripadanya membeli telefon pintar baru daripada lebih 4,500 wakil penjual seluruh negara yang menawarkan 70 model telefon pintar.

Sumber : BERITA HARIAN


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90