Top Ad 728x90

Waspada Individu Minta Wang dan Mengaku Ejen BL1M

Waspada Individu Minta Wang dan Mengaku Ejen BL1M

Orang ramai dinasihat agar berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) dan meminta wang untuk menguruskan bantuan itu.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen BL1M dan tidak melakukan transaksi secara tunai.

"Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 44 kes penipuan dilapor yang kesemuanya berlaku di kawasan luar bandar.

Tengku Azman berkata bagi menangani gejala itu pihak sekretariat menambah lebih 500 pusat pendaftaran BL1M termasuk 114 pusat ujian berkomputer (MyEG, MySpeed dan Komms) dan 400 pusat pendaftaran di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu (GPMS) yang mula beroperasi Rabu ini.

Tengku Azman berkata sehingga 14 Feb lepas lebih 130,000 permohonan bagi BL1M diterima dan tempoh pendaftaran juga dilanjut sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata Sabah mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 13,900 permohonan diikuti Selangor dan Johor masing-masing 12,500 dan 11,050.

Pendaftaran juga boleh dilakukan di kaunter Ibu Pejabat Umno Malaysia, Menara Dato' Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara dalam talian melalui kad Visa/Master dan semua e-banking Meps.

Orang ramai juga boleh menghantar permohonan serta 'Money Order' atau cek melalui pos ke alamat BL1M-Bantuan Lesen 1Malaysia, Pemuda Barisan Nasional, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Pada 31 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga lebih murah, iaitu RM199 berbanding harga asal RM350. -

Sumber : BERNAMA


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90