Top Ad 728x90

X-Phone Google bakal atasi iPhone dan Galaxy

X-Phone Google bakal atasi iPhone dan Galaxy

NEW YORK 15 Feb. 2013 - Khabar ketika ini bertiup kencang bahawa telefon pintar Google yang sedang dibangunkan Motorola akan mengandungi kandungan yang tidak dimiliki oleh mana-mana telefon pintar, terutamanya peneraju pasaran Apple dan Samsung.

Sumber daripada firma telekom Australia, Telstra berkata, X-Phone akan mengandungi perisian dan keupayaan tersendiri masih belum digunakan di mana-mana telefon pintar siri Galaxy dan iPhone.

Menurutnya, perisian berkenaan sangat berkuasa dengan kombinasi perkhidmatan Google.

Sumber lain berkata, Ketua Pegawai Teknologi Telstra, Hugh Bradlow telah memberitahu bahawa telefon pintar berkenaan menjangkaui kemampuan pesaing dan bakal merubah suasana industri, sekali gus memberi tekanan kepada Apple dan Samsung.

X-Phone dijangka dilancarkan secara rasmi pada persidangan Google I/O yang akan diadakan 15 Mei 2013 depan.

X-Phone dikhabarkan memiliki skrin fleksibel yang besar dan ketahanan bateri yang menakjubkan, menurut laporan Wall Street Journal.

Akhbar berkenaan juga mendakwa kerjasama Google dan Motorola juga bakal menghasilkan produk baharu iaitu X Tablet.

Sumber : AFP


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90