ASNB Umum Agihan Pendapatan Mac 2013 Lebih Tinggi Bagi Tiga Dana Dalam ASG

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Rabu mengumumkan pengagihan pendapatan lebih tinggi bagi kesemua tiga dana dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.

Pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima pengagihan pendapatan 7.10 sen seunit, meningkat daripada tujuh sen seunit pada tahun lepas, manakala pengagihan bagi ASG-Kesihatan ialah 7.20 sen seunit berbanding 7.10 sen pada 2012 dan bagi ASG-Persaraan, 7.30 sen berbanding 7.05 sen pada tahun sebelumnya.

ASG-Pendidikan diperuntukkan sejumlah RM5.25 juta bagi pengagihan pendapatan tahun ini berbanding RM3.64 juta tahun lepas, kata Pengerusi Permodalan NasionalBhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada Rabu.

Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan yang melanggan 73.969 juta unit tabung berkenaan, katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini.

Sehingga 19 Mac, ASG-Pendidikan merekodkan pendapatan kasar RM5.72 juta, disumbangkan oleh keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM3.20 juta), pendapatan dividen (RM1.60 juta) dan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat (RM920,000).

- BERNAMA



ASNB Umum Agihan Pendapatan Mac 2013 Lebih Tinggi Bagi Tiga Dana Dalam ASG

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.