Top Ad 728x90

,

Bidaan Nombor Plat 1M4U Dibuka 22 - 29 Mac 2013

Bidaan Nombor Plat 1M4U Dibuka 22 - 29 Mac 2013



Orang ramai boleh membuat bidaan bagi mendapatkan nombor plat khas 1M4U (1Malaysia for Youth) bermula angka 1 hingga 9,999 bermula jam 10 pagi 22 Mac sehingga 29 Mac 2013 depan.

Plat khas julung kali diperkenalkan bagi menyokong usaha dan program sukarelawan belia itu ditawarkan bermula pada harga minimum RM500 dan tempoh sah bagi setiap pendaftaran ialah sehingga 31 Disember ini.

Pemohon perlu memuat turun borang menerusi laman web www.platim1u.com sebelum dihantar ke Urus Setia Plat 1M4U di alamat SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya.

Keputusan 19 April

Senarai nama keputusan bidaan itu akan diumumkan pada 19 April depan menerusi laman web sama atau dipaparkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju.

Pengarah Perkhidmatan Korporat 1M4U, Azlan Rudy Malik, berkata ini adalah inisiatif terbaru pihaknya bagi mengukuhkan lagi jenama 1M4U kepada masyarakat.

Salur ke Tabung Dre1M

Pendapatan diperoleh daripada usaha ini katanya, akan disalurkan kepada Tabung Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M) untuk tujuan menaja lebih banyak aktiviti sukarelawan belia.

Orang ramai yang membuat bidaan perlu menghantar draf atau wang pos dengan nilai 50 peratus daripada harga bidaan atas nama 1M4U, katanya pada sidang media di Sri Pentas, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1M4U, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr Jake Abdullah serta Penolong Pengarah Pelesenan Kenderaan JPJ, Muhammad Asyraf Syahabuddin Shahabuddin.

Penjualan siri nombor plat khas itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersempena dengan Persidangan Antarabangsa 1M4U di Taylor's Universiti baru-baru ini.

Baki untuk belia

Mengulas lanjut, Azlan berkata selepas tempoh bidaan tamat, baki nombor yang masih tidak ditempah akan ditawarkan kepada belia berumur 22 tahun ke bawah dengan harga RM200.

Katanya, pendaftaran nombor plat khas 1M4U hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan saja. Nombor plat ini boleh digunakan di seluruh negara kecuali Pulau Langkawi dan Labuan.

Sumber : BERITA HARIAN




0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90