Top Ad 728x90

,

Keputusan STPM 2012 Diumum 18 Mac 2013 (Isnin)

Keputusan STPM 2012 Diumum 18 Mac 2013 (Isnin)

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan pada Isnin, 18 Mac 2013.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12.00 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12.00 tengah hari, hari yang sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12.00 tengah hari, hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM : http://www.mpm.edu.my atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Sumber : BERNAMA


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90