Top Ad 728x90

KLIA2 mula beroperasi Jun 2013

KLIA2 mula beroperasi Jun 2013


Foto : http://billyinfo.blogspot.com

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri yakin projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan siap dan boleh beroperasi awal Jun depan.

Beliau berkata, pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) dan pasukan pelaksana sedang bertungkus lumus memastikan kerja siap mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, berdasarkan maklumat diberi kepadanya, kerja pembinaan sudah siap melebihi 80 peratus termasuk landasan ketiga yang sudah diturap.

“Berdasarkan taklimat dan lawatan tapak yang saya lakukan ke tapak pembinaan KLIA 2 pada Jumaat, saya menaruh keyakinan bahawa projek nasional berimpak tinggi ini akan siap dan boleh beroperasi mengendali penerbangan dan penumpang seperti sasaran awal iaitu pada bulan Jun ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata projek berimpak tinggi menelan belanja RM4 bilion itu mampu menampung tambahan 40 juta penumpang.

Katanya, berdasarkan unjuran kepesatan pergerakan penumpang, kapasiti ini akan bertahan sehingga tahun 2020.

“Selain AirAsia, syarikat penerbangan Malindo Airways yang akan memulakan operasinya hujung bulan ini, akan menjadi syarikat penerbangan utama menggunakannya KLIA2 di samping syarikat penerbangan kos rendah dari luar negara seperti Tiger Airways dan Cebu Pasific,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan KLIA2 ini akan memacu sektor penerbangan negara dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia khususnya di Asia Tenggara.

“Kos pembinaan RM4 bilion lapangan terbang ini dikatakan kos pembinaan antara yang termurah jika dibandingkan dengan lapangan terbang lain di dunia dengan jaminan kualiti yang baik dan dilaksanakan menggunakan kepakaran perunding, pengurus projek dan kontraktor pelaksana tempatan dan anak Malaysia,” katanya.

Sumber : BERNAMA

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90