Top Ad 728x90

,

Pengorbanan besar berjuang bela negara

Pengorbanan besar berjuang bela negara

Tanggungjawab semua rakyat jaga kedaulatan tanah air

Daripada Abdullah bin Abu Aufa katanya, Rasulullah SAW di hari perang Ahzab mengucapkan: “Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
Peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslim akibat kekalahan dalam peperangan Uhud. Kaum Quraisy ingin menumpaskan semua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah untuk menjaga keluarganya maka sesungguhnya ia juga telah berperang,” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Ribuan pasukan terdiri daripada puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, bani Asad, Kilab, Syaiban, Ghatafan dan hampir seluruh kabilah sepakat akan menyerang kaum Muslimin di kala itu.

Mereka semua berjumlah kira-kira 100,000 orang. Mereka berkumpul dan mengepung dari utara Madinah. Pada ketika itu, kaum Yahudi menyerang kaum Muslimin dari belakang. Namun, dengan pertolongan Allah SWT tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh tentera Muslimin yang sedikit.

Allah SWT menggambarkan situasi ini dalam al-Quran melalui firman-Nya: “Hai orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kalian lihat.” (Surah al-Ahzab, ayat 9-11)

Allah menjanjikan pertolongan bagi orang beriman atas musuh-musuhnya. Ini adalah janji yang tidak mungkin diingkari. Selain peperangan Ahzab, Allah SWT juga menolong kaum Muslimin dalam peperangan lain. Sesungguhnya pertolongan pasti datang apabila kita ikhlas dalam perjuangan.

Sahl Ibnu Sa'ad berkata: “Rasulullah SAW datang kepada kami dan ketika itu kami sedang menggali parit dan mengangkut tanah dengan pundak-pundak kami (bahu). Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Wahai Tuhanku, tidak ada penghidupan selain daripada penghidupan akhirat. Kerana itu ampunilah orang Muhajirin dan dosa orang Ansar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah umat Islam menggali parit sebagai pertahanan dalam perang Ahzab (Khandak) maka Rasulullah SAW memohon kepada Allah keampunan bagi para Muhajirin dan Ansar.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah untuk menjaga keluarganya maka sesungguhnya ia juga telah berperang,” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara adalah perkara yang menjadi keutamaan aspek bernegara, terutama dalam sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Islam agama yang memandang berat aspek keselamatan dan kesejahteraan umatnya serta alam seluruhnya.

Islam menganggap tugas berjuang di jalan Allah (berjihad) dan menjaga keamanan dan keselamatan negara sebagai tugas yang amat mulia dan amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.” (Surah at-Taubat, ayat 111)

Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90