Penting menjaga kesihatan hati


Makanan berminyak, makan lewat malam, kurang bersenam, minum arak dan merokok adalah antara tabiat kurang sihat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga menjejaskan kesihatan mereka.

Hakikatnya semakin ramai rakyat Malaysia kini mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kegemukan, diabetes (kencing manis), hati berlemak dan masalah lain.

Memandangkan taraf sosioekonomi negara kian meningkat seiring usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, satu perkara yang semakin dibimbangkan ialah ukur lilit pinggang penduduknya yang semakin besar.

Keadaan ini amat mencemaskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah untuk menentang penyakit gaya hidup dalam Bajet Negara 2013.

Para profesional tentang penjagaan kesihatan telah mengenal pasti empat risiko tingkah langkah utama iaitu kurang bersenam, diet kurang sihat, merokok dan pengambilan alkohol akan menyebabkan rakyat negara ini semakin terdedah kepada Penyakit Tidak Berjangkit (PTB).

Menurut Laporan Status Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai NCD 2010, daripada 57 juta kematian global pada 2008, 36 juta atau 63 peratus adalah disebabkan oleh PTB.

Rantau Asia Tenggara (SEA) ialah antara rantau yang mencatatkan peningkatan tertinggi PTB.

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati.

Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.

Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.

Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan.

Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.

Kerosakan hati

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata, amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita.

Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan.

"Salah satu daripada masalah tersebut ialah sirosis dan kegagalan hati. Sirosis ialah istilah yang menggambarkan parut kekal pada hati di mana sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang tidak dapat melakukan sebarang fungsi hati.

''Diagnosis masalah hati sukar dilakukan kerana gejalanya tidak begitu khusus, antara lain termasuk loya, kelesuan, kelemahan atau kehilangan berat," katanya.

Pada hakikatnya, tidak sukar untuk melindungi fungsi hati iaitu hanya perlu menambah Fosfolipid Penting (EPL) dalam diet.

EPL ialah blok binaan bagi membran sel hati, yang kini boleh didapati dalam bentuk pemakanan tambahan oral di mana-mana farmasi.

Antaranya, Essentiale, pemakanan tambahan oral keluaran Sanofi, yang disarankan dalam rawatan kerosakan hati.

Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata, Essentiale bertindak menjana semula dan menggantikan fosfolipid dalam membran sel hati kita yang rosak.

Katanya, membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu.

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya.

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam.

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Sumber : UTUSAN

 


0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.