Top Ad 728x90

Permohonan dan Rayuan BR1M 2.0 Ditutup 15 Mac 2013

Permohonan dan Rayuan BR1M 2.0 Ditutup 15 Mac 2013

Kementerian Kewangan menggesa semua warga Malaysia yang layak, tetapi belum mendaftar atau merayu terhadap penolakan permohonan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, untuk berbuat demikian menjelang akhir minggu depan, 15 Mac 2013.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata Perbendaharaan akan menggantung perkhidmatan kaunter-kaunternya bagi penerimaan permohonan baharu dan rayuan, bagi kedua-dua bantuan isi rumah tidak berulang sebanyak RM500 serta bantuan kewangan individu sebanyak RM250, pada pertengahan bulan ini.

"Justeru itu, saya ingin meminta semua warga Malaysia supaya tidak ketinggalan daripada bantuan tulen yang diberikan oleh kerajaan ini dan mendaftar secepat mungkin.

"Kita akan menutupnya dalam kerangka masa yang ditetapkan kerana Perbendaharaan perlu memberikan tumpuan kepada banyak lagi isu penting yang lain," kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan sebuah buku yang ditulis oleh pelajar bertajuk "Judge Us Not", di Rawang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan BRIM 2.0 tidak berulang sebanyak RM500 kepada isi rumah yang pendapatannya tidak melebihi RM3,000 sebulan.

BR1M bernilai RM250 juga diumumkan bagi orang bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Sumber : BERNAMA


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90