Top Ad 728x90

PNB lancar Perkhidmatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah

PNB lancar Perkhidmatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesuatu pada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) semasa gimik perlancaran ASNB Pengisytiharan Amanah serta ASNB Hibah Amanah semasa majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun PNB Ke-35 di Malaysia Agro Exposition Park di Serdang, malam Ahad. - Foto BERNAMA

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan skim pelaburan baru, pengisytiharan amanah serta hibah amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang akan memberi manfaat kepada lebih daripada 11 juta pemegang sahamnya.

Perkhidmatan Hibah Amanah dan pengisytiharan amanah disediakan bagi pemegang Islam dan bukan Islam, ia dilancarkan sempena sambutan ulang tahun Permodalan Nasional Berhad (PNB), ke-35.

Beliau berkata pendaftaran kedua-dua perkhidmatan itu boleh didapati di pejabat ASNB seluruh negara mulai Isnin.

"Perkhidmatan baru yang disediakan ini akan membantu pemegang saham ASNB dalam merancang harta mereka terutamanyan berkaitan dengan unit amanah ASNB, supaya ia akan diagihkan kepada keluarga mereka melalui proses yang lebih mudah dan cepat," katanya di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

Hibah Amanah ialah satu perkhidmatan sejajar dengan Syariah yang berkaitan konsep "mempercayai dan membenarkan" dalam pengurusan sementara Pengisytiharan Amanah pula berkaitan konsep amanah, kata PNB dalam satu kenyataan.

Di bawah skim ini, pemegang amanah yang meninggal dunia secara automatiknya aset mereka akan dipindah milik kepada keluarga masing-masing atau insan yang mereka sayangi.

Untuk mendaftar, pemegang saham mesti berumur 18 tahun ke atas.

Waris tidak kira sama ada rakyat Malaysia atau rakyat asing namun mereka mesti mempunyai pertalian darah atau hubungan langsung dengan pemegang saham.

Sumber : mSTAR

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90