Top Ad 728x90

, ,

PNB Umum Dividen 6.80 Sen Bagi ASM berakhir 31 Mac 2013

PNB Umum Dividen 6.80 Sen Bagi ASM berakhir 31 Mac 2013


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), satu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan dividen 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.

ASNB juga mengumumkan pengagihan pendapatan khas 0.30 sen seunit sebagai tanda penghargaan terhadap para pelabur bagi sokongan mereka.

Pengagihan pendapatan 6.80 sen seunit itu lebih tinggi daripada 6.50 sen seunit yang dibayar pada tahun lepas, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada Rabu.

Katanya pengagihan pendapatan itu akan melibatkan pembayaran keseluruhan RM913.85 juta, iaitu satu peningkatan 11.6 peratus berbanding dengan RM818.62 juta yang dibayar pada tahun lepas.

"Pembayaran itu akan memanfaatkan 542,809 pemegang unit yang kini memegang 13.44 bilion unit ASM," katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata pengagihan pendapatan itu berpotensi mencatatkan sehingga 8.4 sen seunit, tetapi kumpulan itu memutuskan untuk membawa ke hadapan baki 1.6 sen seunit ke tahun kewangan akan datang.

"Kami akan terus fokus melabur di dalam hartanah di dalam pasaran London. Jika terdapat peluang di segi perkembangan baharu di sana, kami akan mengkajinya," katanya.

Sehingga 31 Mac, ASM mencatatkan pendapatan kasar RM1.07 bilion manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang 47.3 peratus daripada pendapatan kasar itu.

Pendapatan dividen dari pelaburan di dalam syarikat-syarikat menyumbang 35.3 peratus manakala baki 17.4 peratus diperoleh dari pelaburan di dalam instrumen jangka pendek.

Pendapatan yang diagihkan akan dilabur semula di dalam unit tambahan dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April, bagi membolehkan para pemegang unit mendapat manfaat daripada pulangan dari pertumbuhan unit dana ASM.

Transaksi ASM di kesemua cawangan dan agen di seluruh negara akan digantung mulai 26-31 Mac bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing mulai 1 April.

- BERNAMA

 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90