Top Ad 728x90

Samsung lancar Galaxy S4

Samsung lancar Galaxy S4


Samsung terus menyemarakkan segmen telefon pintar global apabila syarikat itu melancarkan Galaxy S4.

"Untuk setiap individu kehidupan ini adalah satu perjalanan . Apa yang kami mahu tampilkan adalah peranti yang boleh dibawa bersama ke mana saja; atau teman yang dapat membantu kita menjalani kehidupan lebih bermakna," kata Ketua Jabatan Komunikasi Mudah Alih Samsung di New York.

Gergasi produk elektronik Korea Selatan itu memperkenalkan siri telefon pintar daripada model Galaxy di Dewan Muzik Bandar Radio menerusi satu majlis berkonsepkan persembahan teater sebagai usaha menampilkan kelainan ketika melancarkan produk baru mereka.

Pada masa sama, Samsung turut mengumumkan model terkini telefon pintar Galaxy S4 akan dipasarkan ke 155 negara pada penghujung April depan.

Galaxy S4 yang menampilkan ciri lebih nipis dan kaya dengan pelbagai aplikasi terkini turut dilengkapi teknologi Definisi Tinggi, saiz skrin pada 12.7 sentimeter serta keupayaannya memahami sembilan bahasa di dunia.

- AFP


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90