Top Ad 728x90

, ,

SPP laksana penilaian khas lantik guru cemerlang

SPP laksana penilaian khas lantik guru cemerlang

KUALA LUMPUR 22 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012, kata Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Beliau berkata, penilaian khas itu bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temu duga secara konvensional.

Katanya, pelantikan secara terus itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperakui institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Zulkurnain dalam kenyataan hari ini berkata program penilai khas itu melibatkan 2,780 graduan cemerlang daripada IPTA dan IPGM.

Program penilaian itu dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula 19 Mac lepas di Kuching melibatkan 247 graduan, diikuti Putrajaya semalam seramai 560 graduan, Johor Baharu (28 Mac), Ipoh (2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Baharu (8 April), Kuantan (11 April) dan Kota Kinabalu (17 April), katanya.

"Pada akhir penilaian semua graduan yang layak akan terus diberi surat pelantikan daripada SPP," katanya.

Zulkurnain berkata 5,033 graduan lagi perlu melalui temu duga biasa yang dijalankan mulai 19 Feb lepas hingga 28 Mac.

- BERNAMA



0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90