Top Ad 728x90

Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak


MANILA 7 Mac - Kumpulan yang menceroboh Sabah diketuai Jamalul Kiram, hari ini meminta diadakan gencatan senjata, selepas kerajaan Malaysia melancarkan tindakan ketenteraan besar-besaran bagi menumpaskan mereka.

Menurut jurucakap ketua kumpulan pengganas itu, Abraham Idjirani, Jamalul Kiram mengisytiharkan gencatan sebelah pihak pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan menggesa Malaysia mengambil tindakan yang sama.

''Kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka (penceroboh) akan kekal di mana mereka berada sekarang. Mereka tidak akan memperluaskan operasi,'' kata jurucakap itu ketika membacakan kenyataan Jamalul Kiram.

Beliau merujuk kepada antara 100 hingga 300 pengganas terbabit yang kini berada di Sabah.

Abraham berkata, tindakan Jamalul Kiram itu adalah bagi menyahut permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, semalam supaya menamatkan pertempuran dan membuka ruang dialog antara kedua-dua belah pihak terlibat.

''Jamalul Kiram mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak, sebagai maklum balas kepada permintaan PBB untuk mengelak kehilangan nyawa.

''Kami berharap Malaysia mengambil tindakan sama,'' katanya.

Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu di selatan Filipina menghantar pengikutnya ke Lahad Datu sejak 11 Februari lalu bagi menuntut Sabah yang didakwa sebagai wilayahnya.

- AFP


 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90