Pelajar UM Cabar Najib Di Parlimen Pekan


Pelajar Universiti Malaya berusia 23 tahun akan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13).

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan menurunkan pelajar jurusan sains politik Mohamed Bukhairy Sofian sebagai calon bebas.

Katanya, kumpulan tersebut menurunkan seorang calon sebagai tuntutan untuk memperbaharui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

"Kami mahu menonjolkan manifesto kami dan membawa dasar tersebut ke Parlimen.

"Selain itu, kami tidak akan mengetepikan isu yang menjejaskan penduduk tempatan di Pekan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Mohamed Bukhairy merupakan wakil Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) UM dan pengerusi Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, manifesto tersebut telah dikemukakan kepada parti memerintah dan parti pembangkang bulan lalu tetapi masih belum menerima respons daripada kedua-dua parti itu.

- MSTAR

 
 

1 comment... add one now

CiKgUaZeMi CiKgUaZeMi 07 April, 2013
Alahai ada hati nak lawan Datuk Najib..! Cerminlah diri, berapa banyak ilmu dan pengalaman. Nak jadi pemimpin tu, belajarlah dulu, pimpinlah diri dulu, barulah layak nak jadi pemimpin konon...

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran