Senarai pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU13

Pilihan raya umum ke-13 menyaksikan paling banyak pertembungan pelbagai penjuru dalam sejarah apabila ramai calon 'masuk gelanggang' untuk bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berikut adalah antara pertandingan pelbagai penjuru yang menarik:

JOHOR

Gelang Patah (parlimen) menyaksikan calon Bebas Rajandran Ramasamy turut serta bersaing di kerusi panas itu bersama-sama dengan Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman (Umno) dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Kulai (parlimen) - pertandingan tiga penjuru antara Teo Nie Ching (DAP), yang merupakan penyandang MP Serdang, Tay Chin Hein (MCA) dan K Surendiran (Bebas).

Pengerang (parlimen) - pertandingan tiga penjuru di mana Datuk Azalina Othman (Umno) berdepan dengan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).

SELANGOR

Kajang (negeri) - Enam enam calon menyertainya, iaitu Lee Ban Seng (MCA), Lee Chin Cheh (PKR), Mohamad Ismail (Berjasa) dan tiga calon Bebas (Ong Yan Foo, Mohd Iwan Jefry Abd Majid dan Mohd Khalid Kassim).

PERAK

Kuala Kangsar (Parlimen) mempunyai calon yang mengejutkan. Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Kamilia Ibrahim yang tidak puas hati dengan pemilihan calon, telah bertanding sebagai calon Bebas. Beliau akan berdepan dengan Khalil Idham Lim (PAS) dan Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN).

Tapah (parlimen) - pertandingan empat penjuru antara Ketua PKR Cabang Tapah, Ridzuan Bani (calon Bebas) berdepan dengan M Saravanan (MIC-penyandang), bekas tahanan ISA, K Vashantha Kumar (PKR) dan Shaharuzzaman Bistamam (Berjasa).

PULAU PINANG

Permatang Pauh (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-penyandang) dengan Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Tasek Gelugor (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar - yang merupakan penyandang kerusi tersebut dan kini bertanding sebagai calon Bebas - dengan Shabudin Yahaya (Umno) dan bekas ahli korporat Datuk Abdul Rahman Maidin (PAS).

Sungai Acheh (negeri) akan melihat sekutu politik PAS dan PKR berentap di kerusi yang sama. Badrul Hisham (PKR), yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, akan berdepan dengan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah dan Mahmud Zakaria (Umno).

KEDAH

Padang Serai (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara penyandang N Gobalakrishnan (bekas MP PKR kini bertanding Bebas), N Surendran (PKR), Heng Seai Kie (MCA), Hamidi Abu Hassan (Berjasa) dan Othman Wawi (Bebas).

Alor Setar (parlimen) - Pertandingan empat penjuru antara penyandang MP Datuk Chor Chee Heung (MCA) berdepan dengan Gooi Hsiao-Leung (PKR) dan Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) dan Jawahar Raja Bin Abdul Wahid (Bersama) .

Berjasa adalah parti serpihan PAS manakala Bersama sebuah parti yang berpusat di Sabah yang pada asalnya dikenali sebagai Setia.

Sungai Limau (negeri) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (PAS) berdepan dengan pertandingan empat penjuru dengan Fadzilah Mohd Ali (BN), Abdullah Hashim (Bebas) dan Sobri Ahmad (Bebas). 

KUALA LUMPUR

Lembah Pantai (parlimen) - Perjuangan tiga penjuar antara peniaga dari Bangsar, Rosli Baba (Bebas) dengan penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Raja Nong Chik Zainal Abidin (Umno).

Bandar Tun Razak (parlimen) - Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (PKR) yang akan mempertahankan kerusi tersebut, berdepan dengan Sukeri Abdul Samat (Bebas), Mokhtar Salahuddin (Bebas) dan Tan Kok Eng (MCA).

Kepong (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Tan Seng Giaw (DAP), A Chandrakumanan (PPP) dan Yee Poh Ping (Bebas).

Batu (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara penyandang MP Chua Tian Chang (PKR) dengan Dominic Lau (Gerakan), Hashim Abdul Karim (Berjasa) dan dua Bebas, Atan Jasin dan Nazariah Abbas.

PAHANG

Cameron Highlands (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang berdepan dengan M Manogaran (DAP), dua Bebas - K Kisho Kumar dan T Alagu - dan Mohd Shokri Mahmood (Berjasa).

Indera Mahkota (parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang merupakan pemimpin Umno bekas, yang akan berdepan dengan Wan Adnan Wan Mamat (Umno) dan G Ponusamy (Bebas). Ponusamy merupakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bentong pada 2008.

TERENGGANU

Kuala Terengganu (Parlimen) - Pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zubir Embong (Umno), Raja Kamarul Bahrin Shah, sepupu sultan Terengganu, (PAS) dan nenek Maimun Yusuf, 94.

PERLIS

Arau (parlimen)- Datuk Shahidan Kassim (Umno) berdepan dengan Datuk Haron Din (PAS) dan Zainudin Yom (Bebas). Shahidan adalah bekas menteri besar Perlis manakala Haron adalah timbalan mursyidul Am PAS.

NEGERI SEMBILAN

Seremban (parlimen) - Pertandingan lima penjuru antara Loke Siew Fook (DAP) yang berdepan dengan penyandang MP John Fernandez yang kini bertanding Bebas, Abdul Halim Abdullah (Berjasa), dan dua calon Bebas - Bujang Abu dan Yeow Chai Thiam.

 SABAH

Kimanis (parlimen) - Pertandingan empat penjuru antara penyandang MP, Datuk Anifah Aman (Umno), dengan Jaafar Ismail (PKR), Jamil William Core (SAPP) dan Lusin Bulangon (Star).

Sekong (negeri) - Pertandingan lima penjuru antara Musah Bin Ghani (PKR), Ahmad Bin Ibrahim (STAR), Awang @ Abdul Nasip Bin Othman (SAPP), Datuk Ilahan Datu Amilbangsa (Bebas) dan Datuk Samsudin Bin Yahya (BN - penyandang).
  
KELANTAN

Di Pasir Mas, Kelantan - calon Umno Che Johan Che Ba tidak memfailkan kertas pencalonannya, untuk membolehkan penyandang MP, Datuk Ibrahim Ali berentap satu lawan satu dengan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS), anak menteri besar Kelantan

- MALAYSIAKINI

Senarai pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU13

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.