CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PTD 2014

Kepada calon yang akan menduduki peperiksaan PTD pada 1 November 2014
Dapatkan Pakej Rujukan Soalan PTD SPA segera! --> http://jvsecurepay.com/access/116rg/28?camp_id=2264



Tiada Elaun Perjalanan Disediakan Bagi Pengundi Pulang Ke Kawasan Mengundi - SPR

on Thursday, April 18, 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan elaun perjalanan untuk pengundi balik ke kawasan mengundi masing-masing, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR hanya menyediakan elaun kepada petugas SPR yang perlu bertugas pada hari pengundian berlangsung sahaja

"Bila saya sebut petugas SPR itu bukan bermakna pegawai ataupun kakitangan SPR, tetapi mereka adalah kakitangan pejabat daerah, daripada Kementerian Pelajaran, majlis bandaraya yang mana mereka perlu bertugas pada hari mengundi dan masa-masa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan 'Momentum' kelolaan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di sini, Rabu.

Abdul Aziz diminta mengulas persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

Katanya, perkara itu tidak perlu dijadikan alasan untuk tidak keluar mengundi kerana pengundi boleh menukar alamat dalam kad pengenalan sekiranya lebih tiga bulan bermastautin di sesuatu tempat berdasarkan undang-undang.

"Sepatutnya duduk di satu tempat lebih tiga bulan, bawah undang-undang pendaftaran boleh ubah alamat di kad pengenalan, tukar di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) apabila telah tukar bagi tahu secara rasmi pertukaran kepada SPR," katanya.

Mengulas mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.

"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adakah ini berbentuk rasuah...tidak dengan syarat bila beri wang, tiket, elaun jangan beri sebarang syarat.

"Kalau bagi elaun ini lepas itu suruh pilih parti-parti tertentu, ini tidak boleh, (ia adalah) rasuah, saya tidak mahu ada kejadian membeli undi," katanya.

- BERNAMA


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO