Top Ad 728x90

Jawatan Kosong Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) - Tarikh Tutup : 9 Jun 2013

by
Pengambilan Pegawai Penguatkuasa L11 - 20 Mei 2013
http://www.spad.gov.my/news-events/announcements/job-vacancies
 
Taraf jawatan: Kontrak
Tarikh tutup: 9 Jun 2013

KRITERIA KELAYAKAN PENGAMBILAN PEGAWAI PENGUATKUASA SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)
  1. SPM / STPM. Syarat-Syarat Kelayakan.
a. 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu).
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 5 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat :  Lelaki =   48 Kg ke atas Perempuan =    46 Kg ke atas.

  1. DIPLOMA. Syarat-Syarat Kelayakan.
a. SPM 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu) dan CGPA 2.3.
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 2 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat :  Lelaki =   48 Kg ke atas Perempuan =    46 Kg ke atas.

  1. IJAZAH. Syarat-syarat Kelayakan.
a. SPM 4 kredit (termasuk lulus Bahasa Melayu)  dan CGPA 2.3.
b. Pengalaman bekerja tidak kurang dari 1 tahun.
c. Umur 23 tahun – 32 tahun.
d. BMI antara julat 19 hingga 30.
e. Tinggi : Lelaki =1.62 M (5’4”) ke atas Perempuan = 1.57 M (5’2”) ke atas.
f. Berat :  Lelaki =   48 Kg ke atas Perempuan =    46 Kg ke atas.

4.  Taraf Jawatan: Kontrak

5.  Fungsi/Bidang Tugas :
a. Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.
b. Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas pemandu teksi, bas dan lori yang didapati melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Akta SPAD.
c. Membuat siasatan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut Akta SPAD.
d. Menyemak siasatan yang dilakukan serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam waktu yang singkat.

Lokasi temuduga : Subang, Kuala Terengganu, Penang, Johor Bahru
(sila pilih lokasi temuduga)

e-mail kepada : career@spad.gov.my

Paling sesuai beli kereta hujung tahun 2013 - Penganalisis

by
Penurunan harga kereta yang dijanjikan sama ada oleh parti pemerintah mahupun pembangkang pada siri kempen pilihan raya lalu sememangnya menarik perhatian rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat yang berhasrat untuk membeli atau menukar kereta baru memilih untuk menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk dan tawaran mengenainya lebih jelas.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," tulis beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya, semalam.

Terdahulu, JF Apex Securities dalam satu kenyatan berkata, kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.

Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara  menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Pakar ekonomi yang dihubungi Sinar Harian Online bagaimanapun menjangkakan masa terbaik untuk pembelian kereta mungkin berlaku selepas pembentangan Bajet 2014, akhir tahun ini.

Menurut Ketua Penyelidikan dan Perundingan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat mungkin bermula sebaik belanjawan dibentangkan.

“Sungguhpun penurunan 30 peratus dilakukan secara berperingkat, pembeli masih berpeluang merasai penurunan harga walaupun pada kadar 6 peratus setahun," katanya.

Justeru beliau berkata seandainya tidak ada keperluan mendesak, pembeli mungkin boleh menunggu sehingga kerajaan membentangkan Bajet 2014 bagi mengetahui peratusan penurunan harga kereta pada tahun ini.

Menurut beliau lagi, adalah penting penurunan harga dilaksanakan secara berperingkat bagi membolehkan semua pihak bersedia agar pasaran dapat diseimbangkan.

Sementara itu Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan (MPN), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, tempoh masa yang realistik untuk membeli kereta adalah antara tahun 2013 dan 2014.

Beliau berkata demikian kerana tempoh tersebut kereta sepatutnya berada pada harga yang kompetitif setelah kerajaan mengumumkan penurunannya secara berperingkat.

Namun begitu katanya, salah satu faktor yang boleh mempercepatkan penurunan harga kereta ialah melalui pengenalan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) untuk menampung semula hasil cukai kenderaan.

“Sekiranya GST diluluskan dalam sidang Parlimen tahun ini, hasrat pengguna untuk membeli kereta pada harga yang lebih rendah mungkin tercapai selepas perbentangan Bajet 2014 nanti," katanya.

- SINAR HARIAN

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat

by

Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam.

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial.
Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang.

Dengar tangisan

“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu.

Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati.

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya.
Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya.

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat.
Rakaman video kerja menyelamat itu turut disiarkan di seluruh negara.

Berita penemuan bayi itu mencetuskan ratusan ribu ulasan di laman web Weibo yang hampir sama dengan Twitter. Sebilangan besar mengucapkan syabas dengan kejayaan menyelamatkan bayi berkenaan dan melahirkan kemarahan dengan kekejaman ibu bapanya.

“Saya tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatan membuang bayi dengan uri masih terlekat di tubuh ke dalam lubang tandas.

“Bolehkah mereka dipanggil manusia? Mereka lebih kejam daripada haiwan,” kata seorang pengirim yang menamakan dirinya Jiding Jiajia.

Saksi rakaman menyelamat

Seorang lagi pelayar internet, If-Free, berkata beliau begitu sebak ketika menyaksikan rakaman usaha menyelamat bayi itu.

“Melihat bayi itu mengerang dan menangis ketika saluran paip itu dibuka amat menyentuh perasaan saya. Anda terpaksa melalui saat paling getir di dalam hidup dan saya yakin masa depan anda akan cerah,” katanya.

Laporan mengenai bayi yang dibuang sejurus dilahirkan semakin meningkat di China dan ini sebahagian besarnya berpunca daripada dasar satu keluarga satu anak yang diamalkan dengan ketat di negara itu.

- REUTERS/AGENSI

 

PC saiz meja kopi

by


Cukup besar untuk memuatkan empat orang dan skrin bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.

IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.

Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.

Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM 5 ribu lebih atau kira-kira AS$1,699.

- BERITA HARIAN

 

Membaca secara pantas - Kaedah Meta ubah kelajuan membaca

by

Suasana di dalam kelas Speed Reading itu agak berbeza. Setiap peserta yang kebanyakannya terdiri daripada wakil media tempatan diberikan objek berlainan yang sebenarnya merupakan alat permainan kanak-kanak.

Peserta yang menerima objek yang sama akan dikumpulkan dalam kumpulan kecil yang sama.

Sesi perkenalan pula dibuat dalam satu bulatan sambil peserta membaling sebiji bola. Peserta yang lain akan menyambut bola itu, menyebut nama sendiri dan menjawab soalan yang tertera pada bola getah berkenaan. Semuanya dilakukan serentak dan spontan.

Boleh dikatakan, objek dan sifat spontan merupakan ramuan asas kepada teknik pembacaan pantas yang boleh dipelajari menerusi Speed Reading.

Teknik itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat tempatan, The Learning Hub Asia. Kaedah itu bertujuan melatih seseorang membaca sehingga sekali ganda lebih pantas daripada kebiasaan.

Bagi memastikan pelajar membuat peningkatan, kelajuan bacaan mereka akan dinilai sebelum kelas dimulakan. Hakikatnya, ramai golongan yang telah mendapat manfaat daripada program Speed Reading ini termasuk pelajar Sarjana Muda Undang-Undang di Kolej Asia Brickfields di Kuala Lumpur, Ahmad Luqman Ahmad Kamaruzaman.

Menurut Ahmad Luqman, 19, dia mempunyai kadar kelajuan membaca yang sangat menyedihkan. Dia mengambil masa selama lebih tujuh minit untuk membaca sebuah artikel yang mempunyai 1,200 patah perkataan.

"Saya hanya boleh membaca 148 patah perkataan seminit. Selepas mengikuti kelas ini, kelajuan membaca saya meningkat.

"Sekarang kelajuannya lebih kurang sama dengan purata kepantasan lelaki dewasa membaca iaitu 264 patah perkataan seminit," katanya yang mendapat keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Dia kini boleh membaca artikel 1,200 patah perkataan dalam masa empat minit 30 saat berbanding tujuh minit sebelum ini.

Sebagai pelajar undang-undang, Ahmad Luqman perlu membaca begitu banyak buku. Justeru, mengikuti kelas tersebut dirasakan tepat sekali di samping meningkatkan disiplinnya ketika membaca.

Akui Ahmad Luqman, gaya membacanya dahulu sama seperti orang lain iaitu membaca sepatah demi sepatah perkataan.

"Itulah cara yang diajar sejak kita kecil lagi. Bukanlah salah sepenuhnya, cuma kurang cekap," keluhnya.

Ketua Pegawai Operasi The Learning Hub Asia, Jessica Dang berkata, terdapat beberapa tabiat yang menjadi punca orang ramai lambat membaca.

Antaranya, ketika berada di tahun satu dan dua sekolah rendah, guru yang mengajar pasti menyuruh murid membaca dengan kuat, namun kaedah pengajaran itu bertukar sebaik sahaja murid memasuki tahun lima.

"Guru mengarahkan anak murid membaca dalam keadaan senyap menyebabkan tabiat membaca kuat terbawa-bawa apabila mereka membaca dalam diam," terang Jessica yang telah pun berada dalam industri pendidikan selama lebih dua dekad.

Ia dikenali sebagai subvocalization (suara kecil) iaitu pembaca akan menggerakkan bibir ketika membaca.

Membaca teks sepatah demi sepatah perkataan juga sebenarnya melambatkan bacaan begitu juga dengan fokus pergerakan mata yang tidak efisien.

"Otak manusia boleh bergerak lebih pantas daripada mulut. Sewaktu membaca, kita harus melihat sesuatu perkataan sebagai imej, bukan susunan huruf," ujar Jessica.

Satu perkara lagi yang membuatkan orang membaca dengan lambat ialah sikap membaca yang kerap membalik atau mengulang-ulang.

Ketika membaca, kita sering terlupa apa yang telah dibaca sebelum itu. Akibatnya, kita akan pulang semula ke perenggan atau muka surat sebelumnya. Kelakuan sebegitu menyebabkan timbul rasa jemu dan menambah tempoh yang diperlukan untuk membaca.

Dalam kelas Speed Reading, individu akan diuji tahap bacaan dan mengenal pasti jenis tabiat dan masalah membaca yang paling dominan.

"Dalam dunia yang sentiasa sibuk ini, membaca surat khabar, dokumen kerja mahupun buku rujukan perlu lebih cepat.

"Teknik membaca ini amat sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh diaplikasi kepada kanak-kanak seawal usia 10 tahun," terangnya.

Terdapat beberapa teknik yang ada dan diajar dalam kelas tersebut. Setiap teknik boleh dipupuk bagi meningkatkan kadar membaca seseorang itu.

Antaranya dengan membesarkan pandangan mata daripada penglihatan primer kepada penglihatan periferal. Pandangan tersebut membolehkan lebih banyak perkataan dilihat pada satu-satu masa berbanding satu perkataan pada satu masa.

Maka tabiat buruk membaca satu demi satu perkataan dapat dikurangkan dengan melihat susunan satu-satu ayat itu dalam satu masa.

Cerita Jessica, teknik Speed Reading tercetus apabila pengasasnya, Evelyn Wood berasa putus asa kerana tidak dapat memahami apa yang dibaca lantas mebaling buku tersebut.

Apabila dia mengutip semula buku itu, dia mendapati buku itu diselaputi habuk dan menyapunya mengikut baris perkataan.

Baris perkataan

Dari situ, wanita itu mendapati pengerakan menyapu habuk menarik pandangan mata dan membantunya membaca dengan lebih baik.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1958. Sejak itu, Evelyn menggunakan tangan sebagai alat penunjuk serta memperkenalkan kepada umum teknik membaca seperti itu pada tahun berikutnya.

Teknik dikenali sebagai panduan Meta dengan cara menggunakan alat penunjuk yang mampu menjadi perentak dalam tempo bacaan.

Penunjuk boleh memaksa individu membaca dalam kadar yang cepat dengan menggerakkannya pada kelajuan yang dikehendaki.

Teknik itu boleh dilatih bagi mempercepatkan bacaan daripada mengerakkan satu perkataan kepada perkataan yang lain.

Ayat bersegmen

Latihan seterusnya, penunjuk diletakkan pada tengah ayat supaya individu boleh membaca keseluruhan ayat dengan satu tempat sahaja yang ditunjukkan.

Kemudian, kaedah tersebut boleh dilatih dengan menggerakkan penunjuk dari atas ke bawah baris demi baris ayat.

Membaca ayat secara bersegmen seperti itu yang mengikut rangkai kata membolehkan ia mudah difahami.

Penunjuk berfungsi dengan memastikan pandangan anda sentiasa ke hadapan sekali gus menghilang perkataan yang telah dibaca.

Tabiat buruk membaca iaitu suka membaca perenggan sebelumnya secara berulang kali mampu dihapuskan.

"Kami mendapati benda yang paling baik untuk dijadikan penunjuk adalah kayu penyepit berwarna hitam. Ia ringkas, tetapi alat yang sangat berkuasa," kata Jessica lagi.

Menurutnya, jika tiada penunjuk yang sesuai seperti pen, jari juga boleh digunakan. Cuma, elakkan daripada meletakkan telapak tangan pada teks kerana ia menutup pandangan.

Tambah fasilitator The Learning Hub Asia, Charissa Rebecca Daniel, 24, terdapat beberapa kumpulan perkataan yang kerap digunakan dan dikenali sebagai perkataan perdana.

"Perkataan-perkataan itu mudah dikenal pasti serta-merta dan tidak perlu dinyahkod individu, jadi mata tidak perlu ditumpukan pada perkataan itu," kata Charissa selepas kelas Speed Reading.

Nyahkod dalam bacaan adalah kebolehan mengadaptasi pengetahuan membunyikan huruf supaya perkataan disebut dengan tepat.

Jika seseorang itu dapat menguasai perkataan perdana, proses tersebut boleh berlaku secara automatik.

The Learning Hub Asia dan pengasas Speed Reading telah menyusun lebih 500 juta perkataan dalam bahasa Inggeris dan menyisihkannya mengikut kekerapan penggunaannya.

Penyisihan perkataan itu mendapati sebanyak 2,000 patah perkataan membentuk 75 peratus perkataan yang digunakan dalam percakapan seharian.

Tabiat buruk membaca

Daripada 2,000 perkataan itu, 300 pertama mewakili 50 peratus perkataan bahasa Inggeris dalam cetakan, manakala 15 perkataan pertama termasuk dalam 25 peratus daripada semua perkataan yang dicetak.

Walaupun kelas tersebut dijalankan dalam bahasa Inggeris, menurut Charissa, teknik-teknik yang diajar boleh digunakan dalam semua jenis bahasa dengan sedikit ubah suai.

"Kelas ini bertujuan menanam kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak, manakala untuk orang dewasa, ia lebih kepada memecahkan tabiat buruk membaca," katanya.

Selain mengesan dan mempelajari teknik membaca dengan pantas, The Learning Hub Asia turut menggunakan sebuah perisian yang mampu meningkatkan lagi kemahiran membaca.

Perisian tersebut berbentuk permainan perkataan dan huruf yang menguji kecekapan mengenal pasti perkataan atau huruf.

Selepas kelas, perisian tersebut perlu digunakan pelajar selama antara 10 hingga 15 minit sehari bagi menajamkan kemahiran membaca.

"Kami memberi jaminan bahawa peserta kelas ini pasti dapat meningkatkan kelajuan bacaan dalam masa sehari sahaja," tegas Jessica.

- KOSMO!

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0529&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


 

Sifat solat munafik

by
SOLAT adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama. Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat.

Apabila seseorang dapat menyempurnakan solat seperti yang ditunjukkan oleh nabi maka sempurnalah solatnya. Ia tergolong daripada orang yang beruntung di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Di dunia kerana solatnya itu dapat mencegah daripada melakukan kejahatan dan di akhirat, solatnya itu dapat mencegah daripada api neraka.

Lantaran itu, dengan memperbaiki solat bermakna kita akan menyempurnakannya. Keberhasilan daripada kesempurnaan solat itu akan menyelamatkan kita daripada dua perkara iaitu kemungkaran di dunia dan azab api neraka di akhirat kelak.

Solat yang sempurna merupakan pembersih kepada diri daripada dosa dan kejahatan.

Hal ini diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, apakah pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kamu dan dia mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali. Apakah masih lagi terdapat kotoran pada badannya?

Para sahabat menjawab: "Sudah pastinya tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya."

Lalu baginda bersabda: "Begitulah perumpamaannya dengan solat lima waktu. Allah menghapuskan segala kesalahan mereka."

Pun begitu kita kenalah berwaspada agar tidak tergolong dalam sifat-sifat solat orang yang munafik. Apakah itu ciri-ciri sifat solat munafik?

1. Solat bukan kerana Allah

Allah SWT berfirman dalam ayat 107 surah al-Taubah bermaksud, Dan di antara orang munafik juga ialah golongan yang membina masjid dengan tujuan membahayakan keselamatan orang-orang Islam dan menguatkan keingkaran mereka sendiri serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul sebelum itu. Dan apabila tujuan mereka buruk itu ketara mereka akan bersumpah dengan berkata: 'Tidaklah yang kami kehendaki mendirikan masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata'. Padahal, Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Dalam perjalanan pulang dari perang Tabuk, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan membakar masjid berkenaan bersempena turun ayat tersebut.

Abu Amir al-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah SAW menyelar lelaki itu dengan perkataan jahat.

2. Solat dalam keadaan malas

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu-daya terhadap agama Allah dengan berpura-pura beriman sedangkan mereka kafir pada batin dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas hanya bertujuan riak kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali."

3. Merasa berat dalam solat

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seberat-berat sembahyang bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada kedua-dua solat ini, nescaya mereka tetap datang walaupun merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia bersembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."

- UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130529/ba_01/Sifat-solat-munafik


Kelantan layak ke final Piala FA 2013

by
KUALA TERENGGANU: Kelantan layak ke final Piala FA 2013 walaupun kalah 4-2 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu pada Selasa.

Kelantan layak dengan agregat 6-5 selepas mereka mencatatkan kemenangan 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Sabtu lepas.

Satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan, pada pukul 8.45 malam Selasa.

Johor DT menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

- BERNAMA


E-Sentral Portal e-Book Pertama di Malaysia

by


Penggunaan buku elektronik atau e-Book masih kurang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini memandangkan tidak ramai yang mahu mengambil inisiatif untuk mencubanya.

Buku elektronik merupakan sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku, namun rakyat di negara ini dilihat lebih gemar membaca buku fizikal atas faktor kepuasan.

Begitupun, perkara itu tidak menghalang Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn. Bhd., Faiz Al-Shahab, 33, melancarkan laman web, portal www.e-sentral.com.my pada tahun lalu.

Portal berkenaan menawarkan pelbagai jenis buku dalam bentuk e-Book. Lebih menarik, bahan bacaan itu boleh dibaca terus menerusi telefon pintar dan komputer.

Mengulas lanjut mengenai e-Book, Faiz memberitahu, portal berkenaan menyediakan lebih 15,000 judul buku dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Perancis dan Sepanyol.

Namun, fokus utama portal tersebut adalah untuk mempromosikan buku tempatan.

Kebanyakan buku berkisar tentang perniagaan, biografi, komik, teknologi maklumat, novel cinta dan penyiasatan.

Kesemua buku itu pada asalnya merupakan buku yang dicetak oleh syarikat penerbitan tempatan selain bahan daripada penulis bebas.

Akses e-Sentral

Menyentuh mengenai cara untuk membaca buku-buku tersebut, anak jati Selangor itu memberitahu, pembaca perlu melayari laman web di www.e-sentral.com.my menerusi telefon pintar, tablet, komputer dan komputer riba.

Seterusnya, pengguna perlu mendaftarkan nama dan kata laluan. Sebaik selesai berbuat demikian, pengguna berkenaan boleh terus membuat pembelian buku.

Setelah membuat pilihan, pengguna akan dimaklumkan mengenai penerbit, saiz fail, kategori buku dan format selain sinopsis buku berkenaan.

Selain itu, pembaca akan ditanya sama ada mereka mahu membaca menerusi komputer, tablet, iPad, iPhone, atau Android.

Justeru, pembaca dikehendaki mengisi kata laluan dalam e-mel yang terkandung dalam gajet canggih. Sebaik selesai, pengguna akan dikehendaki mengisi semula nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan melalui portal itu.

"Tidak sampai tujuh minit, anda sudah boleh membaca judul buku yang dipilih menerusi telefon atau komputer," katanya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Cyberjaya, Selangor.

Malahan, pembaca akan diberikan beberapa judul buku secara percuma sebagai percubaan sebelum membuat pembelian namun, bukan semua judul buku.

 Sistem operasi

Mengenai sistem operasi, aplikasi e-Sentral menggunakan sistem operasi IOS, Android, Cloud dan komputer.

Beliau memberitahu, format operasi aplikasi tersebut ialah e-pub dan ia merupakan format yang berbeza.

Pada kebiasaan, format yang digunakan pada e-Book adalah dokumen mudah alih (PDF).

"Bagaimanapun, kita tidak menggunakan PDF kerana apabila aplikasi menggunakan format itu ia akan melambatkan kerja-kerja memuat turun sekali gus fail tersebut akan menjadi berat.

"Jadi, kami menggunakan format e-pub kerana ia bukan sahaja melindungi setiap e-Book daripada digodam, malah format tersebut lebih ringan berbanding PDF," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna tidak perlu risau mengenai langkah-langkah perlindungan pada aplikasi itu.

Seseorang pengguna boleh menggunakan tiga akaun berbeza pada tiga gajet berbeza milik mereka sama ada iPad, komputer atau telefon bimbit memandangkan ia menggunakan teknologi pengkomputeran awan atau lebih dikenali cloud computing.

Pelbagai aplikasi

Teknologi itu membenarkan pelbagai aplikasi dijalankan pada variasi jenis platform. Ia tidak lagi tertakluk kepada satu-satu sistem operasi tertentu sahaja.

Ia turut membolehkan pengguna menggunakan sesuatu perisian tanpa perlu melakukan instalasi pada komputer yang ingin digunakan.

"Pengguna cuma perlu menggunakan pelayar internet terkini bagi mengakses e-Book," ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai harga, bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, ia dijual pada harga yang murah berbanding buku yang dicetak.

"Kami menjual buku serendah RM2.99 tetapi ia mengikut bab-bab dalam buku itu iaitu setiap bab dijual berasingan.

"Malah, kami juga menjual buku yang berharga RM5. Ia seperti buku cerita yang tidak mengandungi bab," jelasnya sambil memberitahu pihaknya menjual buku dari harga RM2.99 sehingga RM30.

Harga rendah

Buku-buku dijual pada harga rendah disebabkan ia tidak memerlukan kos pencetakan dan pemasaran.

Walaupun ditawarkan pada kos murah, beliau mengakui hanya sekitar 30 peratus pembaca yang berminat terhadap e-Book dan selebihnya masih lagi mengamalkan buku fizikal.

Hakikatnya, peratusan itu menunjukkan rakyat Malaysia tidak menyedari kewujudan dan kecanggihan teknologi e-Book.

"Banyak kelebihan menggunakan e-Book, antara yang menarik contohnya, anda boleh mengeluarkan penanda buku atau bookmark yang membenarkan pengguna terus kepada muka surat yang ditandai apabila membuka buku tersebut," ujarnya lagi sambil memberitahu, pembaca kini tidak perlu lagi berulang-alik ke kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan.

Bukan itu sahaja, jika pengguna ingin membeli buku berkaitan senaman, menerusi e-Book pembaca boleh melihat cara bersenam secara realistik berbanding buku fizikal yang hanya meletakkan gambar mengikut turutan langkah.

Lebih menarik, portal itu memberi peluang kepada penulis-penulis bebas untuk menghasilkan karya mereka melalui e-Book.

Penulis bebas tidak perlu mengeluarkan modal untuk pencetakan.

Langkah itu dilihat salah satu cara untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang penulisan untuk dipromosikan melalui portal tersebut.

- KOSMO!

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

 

Cadang hapus jaminan jawatan Guru

by


 PUTRAJAYA 27 Mei - Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan hanya yang terbaik ditawarkan ke jawatan berkenaan.

"Amalan pada masa ini membolehkan guru pelatih IPG dan IPTA dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka.

"Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan sebagai guru," katanya ketika berucap dalam Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Rektor IPG, Dr. Lee Boon Hua.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Idris berkata, langkah pengambilan guru itu perlu dijalankan untuk memastikan hanya mereka yang lulus dengan baik ditawarkan kerja sekali gus meningkatkan martabat guru.

"Kita mahu pilih yang terbaik selain menjadikan jawatan guru sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana ikut suami atau sebagai pilihan terakhir.

"Pelajar-pelajar terbaik di Finland umpamanya bercita-cita mahu menjadi guru, keadaan ini menjadikan taraf pendidikan negara itu tinggi," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti banyak perkara termasuk cara pelaksanaan sistem itu selain soal masa depan guru pelatih yang tidak ditawarkan jawatan.

Dalam pada itu, Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah untuk memastikan calon yang cemerlang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya mereka.

"Dalam Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang perguruan sebagai kerjaya yang berprestij.

"Kerajaan akan melancar tawaran baharu yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini," katanya.

- UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130528/pe_01/Cadang-hapus-jaminan-jawatan

 

Ramai pilih pengeluaran fleksibel caruman KWSP

by
Lebih ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih pengeluaran fleksibel umur 55 tahun dalam suku pertama tahun ini, dengan 43,775 permohonan bernilai RM1.66 bilion diluluskan.

Ia adalah peningkatan 21.32 peratus dalam jumlah permohonan diluluskan berbanding suku sama pada 2012, yang menyaksikan jumlah pengeluaran sebanyak RM1.5 bilion.

Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, dalam kenyataannya semalam berkata, dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia meningkat kepada 75 tahun, ahli kini kian mengambil berat untuk merancang pengeluaran KWSP mereka secara berhemah agar ia boleh bertahan lama selepas mereka bersara.

Pada masa sama, beliau berkata, peningkatan ini juga menunjukkan keyakinan ahli untuk terus membenarkan KWSP menguruskan simpanan persaraan mereka.

“Kami menggalakkan ahli menggunakan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun untuk membantu kehidupan persaraan mereka secara mapan,” katanya.

- BERITA HARIAN


Khidmat jururawat lelaki diperlukan

by
Jarang sekali golongan lelaki bersedia memikul tugas dan amanah sebagai jururawat.

Kini, pandangan dan stigma orang ramai terhadap golongan lelaki yang menjadikan kerjaya jururawat sebagai satu profesion sudah semakin berubah apabila dilihat sebahagian daripada golongan tersebut mula menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya mereka.

Walaupun masih ada yang beranggapan lelaki yang bekerja sebagai jururawat mempunyai jiwa yang lembut, namun dua anak muda ini, Thomas Raj Soasainatahan, 20, dan Mohamad Hafiz Mustaffaa Kamal, 27, tidak pernah mengambil endah dengan pandangan seperti itu.

Malah kedua-dua mereka yang sedang berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di bahagian Hemodialisis, tidak pernah berasa terpinggir dan malu dengan kerjaya tersebut.

Kedua-duanya gembira melakukan tugas berkenaan kerana minat yang mendalam dalam dunia kejururawatan.

Ini kerana walaupun mereka merupakan antara golongan 'minoriti' yang berkhidmat dalam bahagian tersebut, tetapi hubungan dan bidang tugas yang dilakukan adalah sama seperti jururawat wanita.

Adakalanya, kewujudan mereka amat diperlukan terutamanya dalam menghadapi tugas-tugas yang berat dan mencabar.

Ini diakui sendiri oleh Thomas yang sudah lebih setahun berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Akui anak kelahiran Ipoh Perak ini, dia menceburi kerjaya mencabar sebagai jururawat adalah kerana minat dan dorongan kuat daripada ibunya sendiri yang juga berkhidmat sebagai seorang jururawat.

"Selain minat yang mendalam untuk mencuba bidang pekerjaan yang berbeza dan tidak ramai yang diceburi oleh golongan lelaki, emak juga menjadi inspirasi untuk saya terlibat dalam bidang ini kerana dia adalah seorang jururawat di Perak Chinese Maternity Hospital.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya telah menyambung pengajian di Kolej Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai. Kemudian, tiga tahun selepas itu saya mula berkhidmat sebagai jururawat di sini," kata Thomas.

Tambahnya, semasa mula -mula menceburkan diri dalam profesion sebagai jururawat, timbul sedikit perasaan janggal kerana di kelilingi oleh jururawat dalam kalangan wanita.

"Situasi yang sama juga berlaku ketika saya masih menuntut di Kolej Pantai. Di dalam kelas adakala timbul perasaan terpinggir kerana hanya ada lima orang jururawat lelaki ketika itu dalam kelas berbanding 19 pelajar perempuan.

"Namun, kerana minat dalam bidang tersebut semuanya dapat dihadapi dengan mudah, malah, kebanyakan mereka sentiasa memberikan sokongan kepada kami.

"Setelah memasuki kerjaya sebagai jururawat lelaki, pada permulaan saya mendapat ejekan dan pandangan negatif daripada rakan-rakan terdekat.

"Apabila mengetahui saya bekerja sebagai jururawat mereka sedikit terkejut dan mempunyai pandangan negatif malah ada yang menganggap saya ketinggalan zaman," kata Thomas.

Ujarnya, dugaan dan pandangan negatif daripada orang sekeliling tidak langsung melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Malah beliau berpuas hati apabila pekerjaan yang dilakukan mendapat penghargaan daripada pesakit.

"Sepanjang bekerja di sini, pengalaman berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit tidak akan dilupakan, malahan menjadi pencetus untuk terus berkhidmat dengan baik dan meningkatkan kualiti kerja.

"Dalam kerja ini akan ada pesakit yang marah dan melepaskan kata-kata yang tidak menyenangkan. Dalam menghadapi situasi tersebut, saya banyak mengambil langkah berdiam diri dan membiarkan pesakit tersebut meluahkan apa yang dirasainya sehingga mereka berasa tenang.

"Langkah seterusnya, barulah jalan penyelesaian akan diambil setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi," ujar Thomas, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

Akuinya lagi, kerjaya jururawat memerlukan mereka berkhidmat tidak menentu masa, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya kerana dia mempunyai cara tersendiri untuk mengimbangi masa antara kerjaya dan urusan peribadi.

Berbeza pula dengan Mohamad Hafiz Mustaffaa Kamal, 26, yang sudah berkhidmat enam tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur, yang memilih kerjaya jururawat kerana pengalamannya sendiri yang pernah tercedera di bahagian kaki semasa bermain bola sepak mewakili Pasukan Belia Perak.

"Semasa dalam satu perlawanan bola sepak, buku lali tercedera dan menyebabkan saya menerima rawatan di hospital. Tambahan, saya yang juga merupakan anak tunggal turut mempunyai pengalaman menjaga ibu yang sakit buah pinggang.

"Daripada pengalaman tersebut, saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Kolej Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai ketika berusia 19 tahun.

"Selepas menjadi jururawat saya mengambil keputusan berhenti sebagai pemain bola sepak di bawah Pasukan Belia Perak kerana yakin kerjaya ini lebih terjamin untuk masa depan," kata Mohamad Hafiz.

Ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini, dia juga tidak terlepas daripada menerima ejekan rakan-rakannya apabila mereka mengetahui dia bertugas sebagai jururawat.

"Ada antara mereka terkejut apabila mengetahui saya menjadi jururawat, tidak kurang juga yang mengejek dengan kerjaya tersebut.

"Namun semua itu tidak lama, kerana selepas itu, terdapat salah seorang di antara mereka yang menelefon saya kembali untuk bertanya tentang kerjaya tersebut dengan tujuan untuk memohon pekerjaan yang sama.

"Ternyata keputusan yang dipilih suatu ketika dahulu sangat berbaloi dan memberi banyak kelebihan pada diri. Tambahan, saya juga sentiasa mendapat sokongan padu daripada ibu tercinta yang kini sedang menetap di kampung," kata Mohamad Hafiz.

Tambahnya yang sudah enam tahun berkhidmat di Hospital Pantai Kuala Lumpur, mengakui pengalamannya menjadi jururawat dan berhadapan dengan pesakit yang pelbagai kerenah dan latar belakang menjadikannya seorang yang matang dan tenang.

"Berbanding dahulu ketika terlibat dengan permainan bola sepak saya seorang yang mudah baran, sebaliknya selepas menjadi jururawat sifat tersebut semakin hilang dan semakin tenang menghadapi kerenah pesakit," ujarnya sambil tersenyum.

- UTUSAN



Ustaz Azhar Idrus bernikah kali ketiga

by

 Foto : Ohartis

SHAH ALAM -  Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

- SINAR HARIAN

China Juara Badminton Piala Sudirman 2013

by
Juara bertahan, China merangkul kejuaraan kali kesembilan Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 dengan menundukkan Korea Selatan 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada perlawanan hari ini, beregu campuran nombor satu dunia , Xu Chen/Ma Jin tidak berdepan masalah menundukkan Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dengan keputusan 21-13 dan 21-15 untuk memberikan mata pertama kepada negara Tembok Besar itu.

Perseorangan lelaki kedua dunia, Chen Long menghasilkan mata kedua untuk China selepas beliau mudah menewaskan Lee Dong Keun dalam permainan  straight-set 21-15 dan 21-10

Akhirnya, beregu lelaki nombor enam dunia, Liu Xialolong/Qiu Zihan memastikan kejuaraan milik China selepas beliau menundukkan Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae dengan 21-19 dan 21-17 dalam masa 45 minit.

Berdasarkan rekod,  China telah mengungguli kejohanan itu sebanyak lapan kali pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009 dan 2011 selain muncul naib juara pada 2003 di Belanda.

- SINAR HARIAN

Petua Sihat Sehingga 100 Tahun

by

Tapah, Perak : “Kita jangan dengki dengan orang... insya-Allah umur panjang,” kata Chana Kusin yang diraikan lebih awal semalam menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya ke-100, 2 September depan.

Majlis itu diadakan lebih awal kerana semalam masa paling sesuai menghimpunkan 328 ahli keluarganya termasuk 13 anak, 59 cucu, 151 cicit serta 24 piut.

Syukur umur panjang

“Rasa gembiralah sebab majlis disambut begitu meriah oleh seluruh ahli keluarga. Syukur saya masih dipanjangkan umur dan berpeluang berkumpul, bertemu ahli keluarga serta sanak saudara,” katanya ketika ditemui BH pada majlis ‘Himpunan 100 tahun Puan Hajah Chana Kusin’ di Tapah Road.

Mesra dipanggil Embah atau Opah, Chana yang sentiasa tersenyum turut berkongsi petua awet muda dan amalan seharian agar dapat mengekalkan kesihatan.

“Paling penting, jaga pemakanan dan pilih makanan supaya dapat jaga kesihatan luar dan dalam. Embah langsung tak sentuh makanan berminyak, tak minum air bersama ais selain amalkan banyak makan sayur termasuk ulam-ulaman seperti cekur, temu lawak dan ibu kunyit,” katanya.

Anak bongsunya, Jamaliah Musa, 47, berkata ibunya bukan saja menitik berat kesihatan diri, malah sering berpesan perkara sama kepada seluruh ahli keluarga.

- BERITA HARIAN

 

Enam bulan diberi untuk kemukakan petisyen PRU

by
Semua petisyen dikemukakan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu didengar dan diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh ia difailkan.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, berkata perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua hakim yang akan mendengar permohonan semakan keputusan PRU-13 bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
“Perkara ini penting memandangkan ada cubaan (parti politik) untuk mengemukakan petisyen berikutan kurang berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

“Jika petisyen itu dikemukakan atau difailkan, saya memohon kerjasama semua (hakim) untuk melaksanakan tanggungjawab (mendengar) dengan minda yang bebas tanpa dipengaruhi oleh desakan mana-mana pihak.

Tempoh realistik

“Tempoh enam bulan ini adalah realistik, kerana kita jangka banyak petisyen akan dikemukakan dari Sabah, Sarawak dan di Semenanjung,” katanya ketika merasmikan Persidangan Majlis Hakim-Hakim Malaysia Kali Ke-47 di Kuantan.

Hadir sama, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohd Raus Shariff; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dan Hakim Besar Sabah/Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun.
Seramai 101 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tahunan itu.

Ariffin turut menasihatkan hakim supaya tidak memberikan reaksi balas terhadap komen yang dibuat pengguna internet yang tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang dibuat.

Katanya, setiap keputusan yang sudah dibuat itu muktamad dan atas pertimbangan sewajarnya oleh hakim yang bertanggungjawab dalam mendengar dan mengadili kes terbabit.

Jangan layan komen

“Walaupun ada komen yang dibuat atau disebarkan dalam internet itu berunsur negatif dan berniat menjejaskan nama baik sistem kehakiman, kita (hakim) tidak perlu melayannya kerana ia dibuat oleh mereka yang tidak memahami fakta sebenar kes,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua hakim supaya membuat keputusan penghakiman bersandarkan perbicaraan yang dijalankan dan keterangan yang dikemukakan demi menjaga kepentingan awam.

“Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ada trend sebelum ini, ada hakim yang cuba memperluaskan skop hak asasi kemanusiaan dalam keputusan penghakiman mereka.

Jejas kredibiliti

“Jika ini berlaku, menjadi perhatian dan kerisauan dalam kalangan pengamal undang-undang dan akhirnya dibimbangi akan memberi gambaran tidak betul terhadap kredibiliti badan kehakiman yang bertanggungjawab menegakkan keadilan di negara ini,” katanya.

- BERITA HARIAN


Denda majikan jika gagal laksana bersara 60 tahun

by
Majikan yang tidak mengemukakan permohonan penangguhan tetapi gagal melaksana umur persaraan 60 tahun berkuat kuasa 1 Julai ini bakal didenda sehingga RM10,000 mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib, berkata sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April lalu, kementerian hanya menerima 331 permohonan majikan dan semuanya masih di peringkat penelitian dan semakan.

Sedia timbang penangguhan

Katanya, kementerian bersedia mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan sehingga hujung tahun ini jika majikan mengemukakan alasan munasabah.

Pelaksanaan sudah bermula

“Pelaksanaan umur persaraan 60 tahun secara peraturannya sudah bermula dan kementerian sedar bahawa ramai pihak memerlukan sedikit masa untuk membolehkan peraturan itu dilaksanakan di syarikat atau agensi masing-masing.

“Bagi mereka yang mengemukakan permohonan penangguhan, kementerian akan memberi pertimbangan supaya peraturan itu tidak dilaksanakan sehingga akhir tahun ini,” katanya selepas merasmikan Segmen Job Square dan Government To Youth (G2Y) sempena Festival Belia Putrajaya 2013.

Rang Undang-Undang Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu dan Dewan Negara pada 17 Julai lalu dan diwartakan pada 16 Ogos lalu.

Majikan tak boleh hentikan pekerja

Sehubungan itu, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sebelum mencapai umur persaraan minimum. Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan.

Mengulas pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, Ismail berkata, kementerian menerima antara 500 hingga 600 permohonan rayuan daripada majikan.

“Mana-mana pihak yang membuat rayuan dan diluluskan, boleh menangguhkan pembayaran gaji minimum sehingga hujung tahun depan,” katanya.

- BERITA HARIAN

Saiful Bukhari dan Nik Suryani Selamat Diijabkabul

by

KUALA TERENGGANU: Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu.

Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu.

Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu.

Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008.

Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahkan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar.

Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas.

Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan.

Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Anwar, Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu. "Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.

Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.

Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.

"Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.

- mSTAR



 

Kementerian Pelajaran Malaysia bertukar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

by
Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perubahan nama kementerian itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” katanya.

- KOSMO!

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2UK2lqNcZ



RON97 Turun 20 Sen Mulai Malam Selasa, 22 Mei 2013

by
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam Selasa, 22 Mei 2013.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama pada Rabu.

Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak.

- BERNAMA


Semakan Kemasukan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA Mulai 24 Mei 2013

by
Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi sesi pengambilan 2013 boleh disemak mulai Jumaat ini, 24 Mei 2013.

Menurut Jabatan Pengajian Tinggi, semakan itu boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, Laman Web Rasmi Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA iaitu http://upu.mohe.gov.my dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU POLIILKA (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA adalah pada 16 Jun hingga 8 Julai kecuali pendaftaran pelajar baru Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ialah pada 28 Ogos, kata jabatan itu dalam kenyataan pada Rabu.

Oleh itu, calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran, mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan tawaran melalui laman web rasmi itu mulai 27 Mei.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 27 Mei dan dibuka untuk tempoh 14 hari bekerja dan hendak dibuat terus ke Politeknik Konvensional/METRo, Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan.

Keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui laman web yang sama.

Jabatan itu juga menekankan bahawa dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Politeknik Konvensional/ METRo, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baru. Calon boleh mengemukakan sebarang kemusykilan melalui kemudahan 'hotline' dan 'helpline' yang disediakan untuk membantu mereka.

- BERNAMA


SPR Warta Keputusan PRU-13 pada 22 Mei 2013

by
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah diwartakan pada Rabu.

Sehubungan itu, SPR menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang rungutan supaya tampil bagi mencabar keputusan tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, parti yang tidak berpuas hati boleh menfailkan petisyen di mahkamah tinggi.

"Mereka mempunyai tempoh selama 21 hari untuk berbuat demikian, bermula 23 Mei 2013," katanya pada kenyataan media, petang Rabu 22 Mei 2013.

Dakwaan mengenai wujudnya penipuan dalam pilihan raya termasuk pengundi hantu dan masalah dengan daftar pemilih dan aduan mengenai dakwat kekal pada hari mengundi, 5 Mei lalu.

Terdahulu, parti pembangkang berkata mereka akan mencabar keputusan di 29 kerusi Parlimen yang didakwa akan menjejaskan kewajaran Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan.

BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

- mSTAR

Pendaki Termuda Malaysia berjaya mendaki Everest

by
 

Dalam pendakian Everest Felda 2013, dua rekod baru negara berjaya dipecahkan.

Mohd Nasuha Shamsudin, 21, menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest menewaskan Muhamad Muqharabbin yang menawan Everest ketika berusia 22 tahun.

Sementara itu, Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, memecah rekod dipegang Marina Ahmad yang menjadi pendaki wanita muda pertama negara menjejakkan kaki di puncak dunia itu pada usianya 26 tahun (2007).

Mereka bersama empat daripada tujuh pendaki daripada Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi tadi.

“Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua,” kata Mohd Nasuha ringkas ketika masih berada di puncak dunia itu yang dihubungi melalui walkie talkie oleh wakil media dan pendaki sokongan di Kem Induk Everest (EBC), di sini.

Menurutnya anak jati Felda Tersang 3 Raub Pahang itu, beliau adalah pendaki terawal dalam kumpulannya yang tiba di puncak bersama seorang Sherpa dikenali Pemba yang mengiringinya sepanjang pendakian itu.

Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, dari Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi Johor, pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada jam 8.48 pagi waktu Nepal kira-kira 17 minit selepas Mohd Nasuha.

Selain Mohd Nasuha dan Mohamad Asyraf, pendaki lain yang berjaya tiba secara berperingkat dimulai Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang) pada jam 9.11 pagi dan Zainudin Lot, 37, (jurulatih) pada 10.16 pagi.

Kira-kira jam 11 pagi, Myrza Fasha (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih) tiba meraikan kejayaan mereka.

Bagaimanapun, Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan yang juga ketua pendaki tidak dapat bersama kumpulannya apabila terpaksa berpatah balik selepas tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) berikutan masalah kesihatan.

Kesemua pendaki berkenaan adalah peserta projek Everest-Felda 2013 kelolaan KE7B yang dipimpin bekas pendaki Everest 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

- HARIAN METRO


 

Malindo Air terbang ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu mulai 3 Jun 2013

by


Malindo Air, komited untuk meningkatkan jumlah penumpangnya kepada 1.5 juta menjelang akhir tahun ini berikutan kejayaan membawa lebih 100,000 penumpang bagi tempoh dua bulan syarikat penerbangan itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya juga menerima pesawat pertama ATR 72-600 semalam yang akan mula beroperasi di Lapangan Terbang Subang pada 3 Jun 2013 ini.

Beliau berkata, pesawat yang mempunyai 72 tempat duduk itu akan mula ditawarkan kepada orang ramai bermula 3 Jun hingga 29 Mac 2014 bagi penerbangan ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu dari Subang serendah RM69.

 “Kami akan memberi komitmen penuh untuk menawarkan serta meluaskan operasi dan rangkaian kami kepada semua peringkat masyarakat ke pelbagai destinasi pilihan.

“Namun, buat masa ini, Malindo Air lebih memfokus kepada destinasi tempatan dan sebagai permulaan perkhidmatan kami turut beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang,” katanya pada sidang media di majlis menerima pesawat baru ATR 72-600 di Subang, semalam.

Hadir sama, Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan.

Chandaran berkata, pihaknya juga akan menerima antara empat hingga enam lagi pesawat jenis ATR 72-600 menjelang akhir tahun ini dan terus menawarkan peluang penerbangan kelas ekonomi ke destinasi baru dengan tambang lebih rendah.

Beliau berkata, selain itu operasi Malindo Air menggunakan pesawat Boeing B737-900ER yang menawarkan tujuh penerbangan masing-masing tiga ke Kota Kinabalu dan empat ke Kuching.

“Permulaan operasi kami berjaya mencapai kadar jualan tiket 80 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama ini dan kami yakin jumlah itu akan terus meningkat berikutan permintaan semakin tinggi dan reaksi positif pelanggan yang kami terima berhubung penerbangan Malindo Air.

“Bagi menampung kapasiti penumpang, kami akan menerima dua lagi pesawat Boeing B737-900ER, Jun ini dan dua lagi pada September sebelum mencapai 12 unit akhir 2013,” katanya.

Tempahan boleh dibuat secara online di : http://www.malindoair.com/

- HARIAN METRO


 

KALENDAR PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (e-GTUKAR) JUN 2013

by



KALENDAR PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (e-GTUKAR) JUN 2013

1 - 30 April 2013 : Tempoh Permohonan

23 Mei 2013 : Keputusan Permohonan (Lulus / Tidak Lulus)

31 Mei 2013 : Keputusan Penempatan Pertukaran (Penempatan Sekolah)

* Tertakluk kepada perubahan.

e-GTukar : http://apps.moe.gov.my/epgo/

Seperti sedia maklum, Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013, telah dibuka secara atas talian melalui aplikasi Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar) bermula dari 1 April 2013 sehingga 30 April 2013 yang lalu.

Namun begitu, buat masa ini masih belum terdapat sebarang tarikh rasmi berkenaan dengan keputusan permohonan pertukaran guru tersebut akan dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, adalah disarankan untuk sentiasa melayari dan membuat semakan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang KPM (http://www.moe.gov.my/) dan juga melalui aplikasi e-GTukar, bagi mendapatkan sebarang makluman dan pemberitahuan terkini berkenaan dengan perkara tersebut.





SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU -eGTukar JUN 2012

 

 

Bank Islam lancar Kad Debit-i VISA Bank Islam Team Harimau

by

Bank Islam (M) Bhd, anak syarikat BIMB Holdings Bhd, menyasarkan 300,000 pemegang kad debit-i Harimau Malaya baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  
Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Khairul Kamarudin berkata sasaran ini adalah sejajar dengan 1.3 juta pelanggan kad debit-i yang sedia ada.
  
"Terdapat peningkatan yang memberangsangkan untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai di Malaysia dan Bank Islam menggunakan strategi kad jenama bersama ini untuk menggalakkan segmen pasaran yang lebih muda untuk menggunakan kemudahan ini," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.







Kad Debit-i Visa Bank Islam telah direka bukan sahaja membolehkan peminat Harimau Malaya dan Harimau Muda untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pasukan tersebut, malah juga menikmati beberapa faedah yang menarik, katanya.
  
Antara kelebihan kad tersebut adalah penerimaan yang luas di lebih 29 juta rangkaian perniagaan dan pembekal servis Visa di seluruh dunia, kemudahan pembayaran terus dari akaun simpanan/semasa, kemudahan pengeluaran tunai di lebih 1.4 juta ATM VisaPlus dan kemudahan melaksanakan transaksi akaun tabung haji.
    
Kad Debit-i Bank Islam Team Harimau adalah berasaskan konsep Ujrah yang merupakan suatu pembayaran untuk penggunaan perkhidmatan yang diberikan oleh suatu pihak lain.
  
Bank Islam (M) Bhd ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan sehingga kini mempunyai 129 cawangan dan lebih daripada 1000 terminal layan diri di seluruh negara.



Laman Web Bank Islam : http://www.bankislam.com.my

- BERNAMA


http://www.sinarharian.com.my/bank-islam-sasar-300-000-pendaftaran-ahli-kad-debit-i-1.162507

 

PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) 2013

by

PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) 2013 boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/esptv/ILP_2013/

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88845154

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 MEI 2013



Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Tarikh Tutup : 27 Mei 2013

by
JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Senireka (BA27)
2. Pembantu Makmal (CA17)
3. Juruteknik (JA17)
4. Penolong Jurutera (J29)
5. Pegawai Undang-Undang (LA44)
6. Pegawai Undang-Undang (LA52)
7. Pembantu Am Pejabat (NA01)
8. Setiausaha Pejabat (NA27)
9. Pegawai Penerbitan (NA41)
10. Pegawai Penyelidik (QA41)
11. Pemandu Kenderaan (RA03)
12. Pegawai Pergigian (UA41)
13. Pegawai Perubatan (UD43)
14. Pembantu Tadbir Kewangan (WA17)
15. Juruaudit (WA41)

IKLAN JAWATAN KOSONG DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
https://hrfin.utm.my/smuhr/

TARIKH TUTUP : 27 Mei 2013



CEO Penerbangan tambang murah di Malaysia

by
1. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X - Azran Osman-Rani
AirAsia X adalah syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh dalam Kumpulan AirAsia yang kini terbang ke pelbagai destinasi di China, Australia, Taiwan, Korea, Jepun dan Nepal.

Syarikat penerbangan AirAsia X kini terbang ke 13 destinasi merentasi enam negara dan mengendalikan sembilan pesawat Airbus A330-300 dengan konfigurasi 12 tempat duduk Premium flatbeds dan 365 tempat duduk ekonomi.

Syarikat penerbangan ini menawarkan perkhidmatan penerbangan kepada lebih lapan juta penumpang sejak memulakan perkhidmatan penerbangan jarak jauh pada 2007.

Visi kami adalah untuk terus mengukuhkan kedudukan AirAsia X sebagai pemimpin global dalam penerbangan kos rendah jarak jauh dan mewujudkan rangkaian hab global yang pertama bersama dengan syarikat lain di bawah naungan syarikat Kumpulan AirAsia.

Kini AirAsia X melancarkan laluan ke Jeddah, yang merupakan destinasi ke-14 dalam rangkaian penerbangannya. AirAsia X juga adalah syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah pertama yang memperkenalkan perkhidmatan kemudahan tempat duduk “Premium flatbed”, yang mempunyai spesifikasi kelas perniagaan.

2. Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Airways- Chandran Rama Muthy
Syarikat penerbangan ini adalah usaha sama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group yang dinamakan sebagai Malindo - gabungan indah Malaysia dan Indonesia dan model syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia.

Bagi operasi tahun pertama, syarikat merancang membeli 12 pesawat. Malindo Air akan mempunyai empat penerbangan harian ke Kuching, tiga penerbangan harian ke Kota Kinabalu. Penerbangan sulung Malindo Air ke Kota Kinabalu adalah pada 22 Mac lalu.

Tahun ini, Malindo Air akan membawa muatan yang sederhana sekitar 85-90 peratus sambil menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 168 ekonomi.

Merancang memulakan penerbangan antarabangsa yang pertama Jun tahun ini. Malindo Air adalah syarikat penerbangan paling muda menggunakan pesawat paling canggih di Malaysia dan Asia.

Lebih 100,000 tetamu menggunakan Malindo Air sejak beroperasi 22 Mac lalu. Malindo Air kini menggunakan dua pesawat, Boeing 737-900ER (extended range) dalam konfigurasi dua kelas - 12 tempat duduk perniagaan dan 168 ekonomi.

3. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Sdn Bhd - Ignatius Ong
Firefly adalah sebuah syarikat penerbangan komuniti, dan tahun ini  berusaha meningkatkan bilangan penumpang kepada dua juta berbanding 1.6 juta pada 2012.

Pelan itu bagaimanapun, akan bergantung kepada pesawat baharu yang akan diserahkan pada Jun dan akhir tahun ini. Firefly akan menerima serahan pesawat ATR 72-600 baharu beransur-ansur.

Bermula Jun tahun ini Firefly sedang membangunkan hab baharu di Malaysia, terutamanya di selatan dan timur semenanjung kerana banyak pergerakan dan peluang di Pulau Pinang dan Johor, tetapi tidak dapat melancarkan hab baharu tanpa mempunyai pesawat tambahan.

Firefly akan menjadikan Johor Baharu sebagai hab terbaharunya, selain Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang dan akan menambah kekerapan penerbangan mingguan antara Subang dan Johor Baharu daripada 28 kepada 38 penerbangan mulai 19 Februari 2013 lalu.

Ketika ini, Firefly terbang di destinasi domestik dan serantau dalam rangkaian Asean, menyediakan perkhidmatan penerbangan ke lebih 25 destinasi dalam Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

4. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia - Aireen Omar
AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dan terbesar di Asia serta memiliki perkhidmatan rangkaian terbanyak dengan 85 destinasi.

Dalam tempoh 11 tahun operasi, AirAsia telah menawarkan perkhidmatan kepada 180 juta tetamu dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada kira-kira 117 buah pesawat.

Berbangga menjadi syarikat penerbangan Asean yang beroperasi dan berpangkalan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan Filipina serta menawarkan perkhidmatan rangkaian destinasi ke semua negara Asean, China, India, Sri Lanka dan Australia.

AirAsia juga dinamakan Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia dalam Kajian Selidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax selama empat tahun berturut-turut pada 2009, 2010, 2011, dan 2012.

AirAsia yakin 2013 akan lebih kukuh dari segi hasil dan jumlah muatan kerana kami mempunyai keupayaan dari segi skala dan kos untuk mengimbangi sebarang tekanan kompetitif.

- SINAR HARIAN

http://www.sinarharian.com.my/penerbangan-tambang-murah-jadi-pilihan-1.161833



Pengguna Shell jawab soal selidik akan menangi hadiah

by


Peneraju perniagaan hiliran minyak dan gas di negara ini, Shell Malaysia (Shell) melancarkan kempen soal selidik di seluruh negara, termasuk maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan, sebagai inisiatif mendekati pengguna.

Pengurus Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Azman Ismail berkata, kempen itu adalah komitmen pihaknya untuk lebih memahami kehendak pengguna, selain membolehkan Shell mempertingkatkan pengalaman pengguna di stesen minyak.

Katanya, pelaksanaan kempen ini penting bagi merealisasikan hasrat mereka memaksimumkan perkhidmatan dan produk ditawarkan selari dengan kehendak pengguna.

“Buat julung kali kami mengadakan kempen soal selidik sebegitu besar untuk mendapatkan maklum balas masyarakat umum, sejajar asas perniagaan kami melakukan pembaharuan menghasilkan produk dan perkhidmatan idaman pengguna.

“Namun, usaha ini mustahil tanpa perlu memahami apakah yang pengguna mahukan. Kejayaan kami bergantung kepada pelanggan dan pandangan mereka penting buat kami,” katanya ketika perasmian kempen itu di sini, semalam.

Azman berkata, sebagai ganjaran kepada pengguna yang menjayakan kempen itu, Shell akan menyumbangkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.3 juta kepada 1,200 responden.

Katanya, sepanjang kempen berlangsung sehingga 9 Julai nanti, 150 peserta dipilih setiap minggu dan masing-masing menerima RM1,000 dan hadiah Shell bernilai RM150.

“Kunjungi mana-mana stesen Shell di seluruh negara dan isi borang selidik kami. Pelanggan bertuah akan menerima hadiah ditawarkan,” katanya.

Sebagai syarat menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana stesen Shell dan membeli produk sebelum lampirkan resit pembelian dengan borang soal selidik. Tiada had harga pembelian minimum untuk menyertai kempen ini.

- HARIAN METRO

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Shelldekatipengguna/Article/index_html


 

Pengambilan Jawatan - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - Mei 2013

by
Pengambilan Jawatan bagi Kakitangan Awam di Jabatan Kerajaan peringkat Persekutuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). - Bulan Mei 2013

JAWATAN:
- Jurubahasa (49 Kekosongan Jawatan)

IKLAN JAWATAN:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklanMei.pdf

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan SPA8i di: http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup : 26 Mei 2013


TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN (SPA) BULAN MEI 2013

by

TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN (SPA) BULAN MEI 2013



Pembantu Veterinar Gred G17
(Jabatan Perkhidmatan Veterinar & Pelbagai Kementerian/Jabatan)
[ Tarikh Temu Duga: 27 Mei 2013 - 28 Mei 2013 ]


Pembantu Pendaftaran Gred KP17
[ Tarikh temu Duga: 09 Jun 2013 - 21 Jun 2013 ]


Pembantu Penilaian Gred W17
[ Tarikh Temu Duga: 20 Mei 2013 - 22 Mei 2013 ]


Juruteknik Komputer Gred FT17
[ Tarikh Temu Duga: 03 Jun 2013 - 07 Jun 2013 ]


Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
(Jabatan Perkhidmatan Awam)
[ Tarikh Temu Duga: 02 Mei 2013 - 14 Jun 2013 ]


Juruteknik Perancang Bandar & Desa Gred J17
[ Tarikh Temu Duga: 13 Mei 2013 - 17 Mei 2013 ]


Pembantu Perangkaan Gred E17
[ Tarikh Temu Duga: 26 Mei 2013 - 31 Mei 2013 ]






TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA KERAJAAN : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my








TIPS TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27








Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90