Top Ad 728x90

,

Adnan kekal Menteri Besar Pahang

Adnan kekal MB Pahang

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan pada Khamis.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Adnan, 63, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas berjaya mengekalkan kemenangan BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada PRU-13 Ahad lalu.

BN memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN dipertandingkan di Pahang berbanding 37 pada 2008.

Pertahan kerusi DUN Pelangai

Adnan mula menyandang jawatan Menteri Besar pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Adnan, yang mempertahan kerusi DUN Pelangai, mula bertanding di kawasan itu pada 1986 dan dilantik sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 2004, dan penggal ketiga pada 2008.
Beliau dianugerah gelaran Datuk Seri Diraja oleh Sultan Ahmad Shah pada 2010 dan yang juga penerima pertama dalam sejarah Pahang.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah, Adnan berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menjaga hal ehwal masyarakat Cina kerana masih ada kaum berkenaan yang setia dan menyokong BN.

Kita perlu pandang ke hadapan untuk kita mewujudkan perpaduan kaum dan mencari jalan bagaimana masyarakat di Pahang boleh dipertingkatkan persefahamannya mengikut perkembangan politik semasa.

Kita juga perlu sedarkan rakyat bahawa trend yang ada sekarang ini boleh merosakkan keamanan negara kalau kita tentukan mengundi atas dasar perkauman, katanya.

Pastikan semua kaum bersatu

Mengenai pelantikan EXCO kerajaan negeri, Adnan berkata, majlis penyerahan watikah kepada mereka akan dilakukan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar jam 11 pagi, Khamis ini.

Berhubung pendirian MCA yang tidak akan menerima sebarang jawatan dalam EXCO, beliau berkata, kerajaan negeri akan memikirkan cara mendapatkan wakil kaum itu kerana mereka tidak patut dihukum secara keseluruhan.

Bukan semua kaum Cina di Pahang menolak BN dan kita tidak boleh menyalahkan secara keseluruhan (kaum itu) kerana ada yang masih mengundi dan menerima BN...jadinya kita tidak boleh pinggirkan mereka.

Malah, baginda Sultan juga meminta kita pastikan rakyat berbilang kaum di negeri ini terus bersatu padu dan mahu kerajaan negeri memulihkan keadaan berkenaan, katanya.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90