Jumaat, Mei 10, 2013

Caj 1% RE TNB bagi pengguna bil lebih RM77 sejak Disember 2011

Tenaga Nasional Bhd. (TNB) membuat penjelasan mengenai kekeliruan yang ditimbulkan media-media sosial berkenaan caj satu peratus Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (RE).

TNB dalam kenyataannya, menyatakan caj berkenaan bukan baru diperkenalkan dan juga bukan skim untuk mengutip wang tanpa pengetahuan pelanggan.

TNB hanya bertindak sebagai ejen pengutip dana berkenaan bagi pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Caj sebanyak satu peratus berkenaan telah mula dilaksanakan pada Disember 2011 dan dikenakan kepada semua pengguna, kecuali bagi pelanggan domestik yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowat/jam (kWh) atau RM77 sebulan.

- UTUSAN

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts