Top Ad 728x90

Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru

Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baru


Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini.

Sebelum bergelar timbalan KPN, Khalid berkhidmat sebagai  Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Khalid, 56, juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor.

Beliau mengambil alih jawatan timbalan KPN bermula April 2011.

Sementara Mohd Bakri pula sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

- SINAR HARIAN


 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90