Top Ad 728x90

,

Mukhriz Angkat Sumpah MB Kedah Petang Isnin

Mukhriz Angkat Sumpah MB Kedah Petang Isnin

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru pada pukul 3.30 petang Isnin.

Bagaimanapun menurut beliau, barisan exco kerajaan negeri akan dibentuk dalam masa seminggu.

"Alhamdulillah BN berjaya membentuk kerajaan di Kedah. InsyaAllah majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada Isnin di Istana Anak Bukit," katanya pada sidang media di Bangunan Tunku di sini, awal pagi Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) ini, Mukhriz menepati ramalan apabila menang di DUN Ayer Hitam dengan majoriti 2,446 undi.

Mukhriz yang mendapat 14,083 undi menewaskan lawannya daripada PAS, Abdul Ghani Ahmad yang mendapat 11,637 undi.

- mSTAR


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90