Top Ad 728x90

,

Zambry angkat sumpah sebagai MB Perak untuk penggal kedua

Zambry angkat sumpah sebagai MB Perak untuk penggal kedua


KUALA KANGSAR 7 Mei - Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat penggal kedua di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Zambry diberikan mandat memerintah selepas BN memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tiba di istana pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkepli.

Upacara angkat sumpah berkenaan turut dihadiri oleh orang-orang besar kerajaan negeri.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berusaha untuk membangunkan Perak menjadi sebuah negeri yang sejahtera.

Baginda bertitah setiap calon yang dianugerahkan kejayaan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti.

Baginda menasihatkan semua pihak yang bertanding pada pilihan raya itu supaya memperlihatkan sikap saling bermaaf-maafan dan berusaha menyatukan rakyat bagi membina sebuah negara merdeka yang berdaulat makmur, aman lagi sejahtera.

"Sepanjang berkempen, pihak yang bertanding telah melakukan pelbagai usaha dan pendekatan untuk mendapatkan sokongan pengundi. Mungkin berlaku percakapan dan perbuatan yang telah menyinggung perasaan di antara satu sama lain. Pilihan raya telah pun selesai," titah baginda pada Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah.

Raja Nazrin turut mengucapkan tahniah kepada semua calon daripada semua parti yang berjaya mendapat kepercayaan rakyat dan mereka diingatkan supaya tidak memandang ringan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

- BERNAMA
 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90