Bayaran Transaksi GIRO Antara Bank Dikurangkan Tingkat Aktiviti Perbankan Online

Bayaran bagi transaksi dalam talian GIRO antara bank (intrabank GIRO) yang dikurangkan daripada RM2 kepada 10 sen meningkatkan aktiviti di laman web perbankan.

Macro Kiosk Bhd, pengendali perkhidmatan mudah alih untuk beberapa bank utama di sini mendapati berlaku peningkatan dalam transaksi perbankan secara online sejak bayaran penggunaan sistem tersebut dikurangkan pada Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenny Goh berkata, ia dapat dilihat menerusi peningkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh bank kepada pelanggannya atas urus niaga dalam talian.

SMS dihantar untuk memaklumkan kepada penggunaan mengenai transaksi mereka telah berjaya dan menyediakan mereka Kod Pengesahan Transaksi (TAC) bagi membolehkan transaksi diteruskan.

"Perbankan secara dalam talian adalah satu alternatif yang amat selamat dan mudah bagi pelanggan yang tidak mahu beratur di bank.

"Ia adalah langkah baik dan tepat dilakukan Bank Negara untuk mengurangkan caj transaksi," katanya.

Pada 2 Mei lalu, bayaran bagi transaksi dalam talian GIRO antara bank dikurangkan kepada 10 sen, berbanding RM2 ketika ini.

Pengurangan bayaran transaksi itu terhad kepada GIRO antara bank menerusi perbankan Internet dan perbankan mudah alih sahaja.

Selain itu, bank pusat itu turut mengumumkan caj bagi pemprosesan cek sebanyak 50 sen bagi setiap cek yang dikeluarkan efektif 1 April ini.

Ini merupakan tambahan kepada bayaran duti setem sedia ada sebanyak 15 sen bagi setiap keping cek.

- mSTAR


Bayaran Transaksi GIRO Antara Bank Dikurangkan Tingkat Aktiviti Perbankan Online

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.