Kandungan kalsium tempe setanding susu

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan tempe mengandungi khasiat kalsium setanding susu.

Timbalan Dekan dan Profesor Pemakanan Dietetik UKM, Dr. Suzana Shahar berkata, penemuan tersebut diperoleh hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti mengapa jangka hayat golongan wanita melebihi lelaki.

Walaupun umur lebih panjang, katanya, majoriti wanita berusia 50 tahun ke atas di negara ini sering menghadapi masalah tulang reput.

"Untuk mencegah lebih ramai golongan wanita menghadapi masalah ini, pihak kami telah membuat satu kajian terhadap tempe.

"Hasil kajian mendapati tempe jika diambil pada kadar 130 miligram (empat keping) memberi khasiat setanding susu segelas,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Fakulti Sains Kesihatan UKM di sini hari ini.

Menurut Dr. Suzana, kajian selama empat bulan tersebut membabitkan 21 orang warga emas.

"Hasrat kami adalah untuk memajukan lagi hasil produk tempe di pasaran serta menyarankan orang ramai mengambilnya sebagai pemakanan harian selain sayuran hijau," katanya.

Tempe mengandungi soya isoflavones iaitu sejenis antioksidan yang mampu memerangi kerosakan sel, membantu mengurangkan masalah menopaus serta meningkatkan kepadatan tulang terutama kepada golongan wanita.

- UTUSAN




Kandungan kalsium tempe setanding susu

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran