Top Ad 728x90

Pengambilan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013

by




Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013

SYARAT KEMASUKAN:

- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
- Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
i) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak)
atau
ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

MAKLUMAT LANJUT:
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/08/sijil-pendidikan-awal-kanak-kanak.html

Tarikh Tutup : 30 Ogos 2013



Jawatan Kosong Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - Tarikh Tutup : 9 Sep 2013

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG AKAUNTAN
4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
6. PEMBANTU PENYELIDIK
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU TADBIR (P/O)
9. PEMANDU KENDERAAN
10. PEKERJA AWAM

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/1260-permohonan-jawatan-kosong-mpob-20-ogos-9-sept-2013
dan
http://onlinejob.mpob.gov.my/onlinejob/Penempatan.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://onlinejob.mpob.gov.my/onlinejob/jaw_kosong.php

Tarikh Tutup : 9 September 2013




Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September 2013

by
Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

"Kita akan agih semula baki pada 3 September ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat Kuala Terengganu semalam.

Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.

Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu.

- BERNAMA


Celcom perkenal Escape

by
CELCOM Axiata Bhd memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Escape Axiata Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shazalli Ramly berkata, Escape direka khusus untuk pengguna Celcom seperti Xpax dan Celcom First dan rakan usaha sama MVNO (Operator Rangkaian Maya Mudah Alih).

“Buat permulaan, kami menyasarkan semua pengguna Celcom dapat menggunakan perisian ini bermula 1 September,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, selain Malaysia, Escape juga akan dilancarkan untuk anak syarikat Axiata Group di Asia, bermula di Sri Lanka pada akhir tahun ini.

Katanya, Escape membolehkan pelanggan menikmati pelbagai bentuk kandungan, menerbitkan, menghasilkan dan menyediakan pakej barisan gaya hidup mudah alih digital.

Kandungannya meliputi format kandungan jangka panjang dan pendek bagi memenuhi kehendak hiburan pengguna mudah alih moden, dan pengguna boleh menyaksikan dan membeli filem dan kandungan lain menerusi mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet.

Celcom turut membelanjakan RM420 juta daripada perbelanjaan modal syarikat untuk meningkatkan rangkaian di seluruh negara untuk penggunaan LTE.

Perkhidmatan itu turut boleh didapati menerusi semua peranti Android dan iOS secara percuma. Untuk maklumat lanjut layari www.escnow.com


Politeknik mulakan pengajian ijazah mulai Sept 2013

by
Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.
   
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.
   
"Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, di sini.
   
Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Datuk Dr Arshad Kassim. 
   
Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.
   
Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.
   
Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.
   
"Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM," katanya.
   
Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan.

- BERNAMA




Rahsia dan kelebihan avokado

by
Untuk sesetengah orang buah avokado mungkin asing bagi mereka. Walaupun saya biasa dengan buah ini tetapi bagi saya buah ini bukan menjadi kegemaran saya untuk menikmatinya atau pilihan untuk saya ceritakan dalam artikel, sehinggalah apabila saya melihat seorang rakan kerja mengunyah buah avokado dengan susu pekat manis.

Saya begitu teruja melihat dia hanya makan begitu sahaja. Tidak perlu dicampurkan dengan bahan lain untuk menikmatinya. Sedap katanya: "Kena enjoy makan buah ni sebab harganya RM4.80 sebiji."

Terlopong saya sekejap. Begitu asyik dan berselera dia makan buah avokado itu sampai ulang makan dua kali. Terus timbul minat saya untuk merasanya dengan cara begitu dan ternyata sungguh enak.

Keenakan dan khasiat buah ini telah lama saya tahu dan banyak sekali makanan yang dibuat dengan buah ini.

Bukan setakat dibuat salad atau pencicah tetapi avokado juga turut dijadikan minuman.

Minuman jus avokado yang dikenali sebagai 'alpukat' menjadi kegilaan pada peminat jus. Jus ini sungguh mudah dibuat iaitu cuma dikisarkan buah ini bersama air sejuk dan air gula.

Anda juga boleh mencampurkan dengan susu cair atau yogurt dan ais. Akhir sekali siramkan dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

Minuman ini memang berkhasiat dan yang penting ia mengenyangkan. Minuman ini sungguh popular di Indonesia dan setiap kali ada teman yang melancong ke sana pasti mereka akan cerita kesedapan jus ini pada saya.

Berpunca daripada kejadian melihat teman makan avokado saya terus mengkaji keistimewaan buah ini dan ternyata banyak sekali khasiat buah avokado.

Berdasarkan bacaan saya di Internet saya baru mendapat tahu bahawa buah ini juga dipanggil buah pear buaya kerana kulitnya menyerupai kulit buaya. Kelakar pula rasanya sehingga buah ini digelar begitu.

Tak mengapalah. Buah avokado ini sebenarnya berasal dari Mexico. Jika dahulu buah ini susah sangat untuk dijumpai di negara kita tetapi sekarang ia memang sungguh mudah dibeli di pasar raya.

Namun jika membeli buah avokado pastikan memilih buah yang telah masak. Buah masak lembik apabila dipicit. Barulah enak jika anda menggunakan buah yang telah masak untuk membuat juadah makanan ataupun jus.

Antara khasiat buah ini ia boleh mengekalkan jantung yang sihat kerana ia mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang dapat membantu mengekalkan tahap homosistein.

Tahap homosistein yang tinggi boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung. Mengandungi tinggi lemak mono tidak tepu yang baik juga untuk jantung. Avokado juga kaya dengan sebatian beta-sitosterol yang berkesan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kandungan potasium yang tinggi dalam avokado dapat mengawal tekanan darah tinggi. Avokado boleh mencegah kanser contohnya asid oleik dalam buah ini dapat mencegah kanser payu dara.

Selain itu buah ini mengandungi tinggi antioksida yang dapat melambatkan penuaan. Kepada mereka yang obses menjaga kecantikan, buah ini sangat sesuai untuk menjadikan kulit anda halus mulus dan rambut lebat.

Amalkan makan selalu dan sapukan saja avokado yang dilenyek pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Buah ini mudah menjadi lebam, sebaiknya ia terus dimakan selepas dipotong atau perahkan dengan jus lemon untuk mengelakkannya menjadi lebam.

- UTUSAN



Penyakit kencing tikus meningkat

by
Penyakit kencing tikus atau ‘Leptospirosis’ di seluruh negara meningkat kebelakangan ini dengan 7,701 kes dilaporkan sejak 2011 hingga 1 Jun lalu yang membabitkan 121 kematian.

Sebanyak 2,268 kes dengan 55 kematian dilaporkan pada 2011, meningkat kepada 3,665 kes dan 48 kematian tahun lalu. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula, 18 kematian dicatatkan daripada 1,768 kes.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata jika aliran peningkatan itu berlanjutan tanpa kawalan, kes kencing tikus akan melebihi 3,500 menjelang akhir tahun ini.

Keluar garis panduan

Berikutan itu, katanya, kerajaan akan mengeluarkan garis panduan seragam untuk diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara dalam program pengawalan tikus, tahun ini.

“Sejajar usaha itu, kementerian merancang membawa isu berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT), minggu depan yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semua garis panduan bagi PBT termasuk kawalan serangga perosak perlu dipersetujui pada mesyuarat itu sebelum dilaksanakan.

“Jika tak dapat membawa perkara ini dalam mesyuarat minggu depan, kita akan kemukakan pada mesyuarat seterusnya. Bagaimanapun, kita merancang memperkenalkan garis panduan seragam mengenai kawalan tikus di seluruh negara, tahun ini.

“Sebelum ini, memang ada garis panduan, tapi tidak seragam dalam kalangan PBT, sekali gus menyukarkan usaha membuat penarafan. Jika diseragamkan, ia memudahkan pemantauan oleh kerajaan,” katanya selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus dan Gotong Royong Perdana 1Malaysia Peringkat Kebangsaan, di Kota Kinabalu semalam.

- BERITA HARIAN

Kencing manis semasa hamil

by
Kencing manis semasa hamil dikenali sebagai diabetes gestasi. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetes ini berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi. Diabetes gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Diabetes gestasiUjian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetes gestasi akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan ke-28 kehamilan. Doktor akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temujanji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin, ini mungkin tanda diabetes gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Kebiasaannya, diabetes gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom tetapi anda akan mengalami keletihan, dahaga terlampau, membuang air kecil dengan banyak dan penglihatan kabur. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor.

Kesan Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah adalah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan menyukarkan proses kelahiran dan kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis cenderung mengalami obesiti dan diabetes jenis 2.

RisikoAnda berisiko tinggi untuk mempunyai diabetes gestasi jika indeks jisim badan (BMI) melebihi 30kg/m2, pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat 4kg atau lebih, keluarga dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi.

RawatanDalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet dan selalu bersenam. Doktor akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu mengawal cara pemakanan dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protein tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disaran mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak - doktor anda akan menunjukkan caranya. Anda perlu melakukan ujian imbasan ultrabunyi untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

Mengawal diabetes gestasiDalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetes gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman. Jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

- MINGGUAN MALAYSIA


Senarai barang yang dikecualikan GST

by
Kira-kira 40 barangan keperluan asas rakyat terutama makanan dan minuman tidak akan dikenakan sebarang cukai apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Antara barangan keperluan asas yang dikecualikan cukai termasuk tepung, beras, gula dan ikan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ketika ini sebahagian besar barangan keperluan asas itu dikenakan cukai di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sekarang.

“Kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen, awal tahun depan,” katanya pada pemberita selepas merasmikan surau baru di Kampung Kuang Hilir, Chemor di Ipoh, semalam.

Kurangkan cukai korporat

Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kerajaan juga bercadang mengurangkan cukai korporat bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan tempatan selain menurunkan kadar cukai lain bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

“Apabila GST dilaksanakan, tentu pendapatan negara akan meningkat. Sebahagian dana daripada GST itu akan digunakan untuk memberi bantuan kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan mereka yang berada dalam senarai e-Kasih.
“Ramai yang salah faham menyangkakan GST sebagai sistem cukai baru yang diperkenalkan kerajaan sebagai tambahan kepada SST. Sedangkan, GST adalah sistem cukai yang lebih moden menggantikan SST.

“GST sudah dilaksanakan di lebih 170 negara dan ia terbukti berjaya mendatangkan faedah kepada ekonomi negara berkenaan,” katanya.

Husni menjangka GST memerlukan tempoh kira-kira 18 bulan untuk dilaksanakan selepas diluluskan di Parlimen.

“Kita di negara ini masih dalam peringkat kajian dan rang undang-undang itu dijangka dibentang di Parlimen, awal tahun depan kerana ia memerlukan tempoh kira-kira 18 bulan untuk dilaksanakan selepas dibentangkan di Parlimen.

“Jadi, paling cepat pun kita memerlukan masa kira-kira setahun sebelum boleh dilaksanakan,” katanya.

- BERITA HARIAN


3,000 bida plat W1A

by
 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima lebih 3,000 bidaan daripada orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan baru bagi Kuala Lumpur iaitu, W1A.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Nadzri Osman, berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu dan siapa yang bakal memiliki nombor berkenaan akan dapat diketahui selepas mesyuarat mengenainya diadakan.
“JPJ menerima lebih 3,000 bidaan daripada orang ramai yang ingin memiliki nombor pendaftaran kenderaan baru ini.


Jumlah besar

“Ia adalah satu jumlah besar dan kami akan mesyuarat terlebih dulu. Berapa harga bidaan yang paling tinggi juga hanya akan diketahui umum selepas mesyuarat diadakan nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nombor pendaftaran kenderaan baru bagi Kuala Lumpur itu diperkenalkan kerajaan selepas nombor siri bagi WYY9999 berakhir akhir bulan lalu.

Pengenalan nombor baru itu yang akan berakhir dengan W9999A diumumkan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Putrajaya, baru-baru ini.

Bidaan bagi nombor pendaftaran yang menerima lebih 3,000 bidaan itu berakhir minggu lalu dan mesyuarat bagi memutuskan pemiliknya dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang mendapat bidaan tertinggi sehingga mencecah harga lebih RM500,000 iaitu WWW1, berjaya dimiliki Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

- BERITA HARIAN

Perodua Keluar Model Baru Berharga Rendah Tahun Depan

by
RAWANG: Perodua akan mengeluar model baharu pada harga paling rendah dalam pasaran tempatan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pengeluaran model baharu itu kelak akan membolehkan pengguna memiliki kereta mampu milik canggih serta dilengkapi ciri keselamatan yang diperkukuh.

Najib berkata Perodua telah membuat pelaburan mencecah RM1.3 bilion untuk kilang baharunya yang bakal siap Oktober tahun depan, dengan tahap kecanggihan yang tinggi, sekali gus dapat mengeluarkan model baharu yang lebih kompetitif.

"Saya harap melalui kilang ini, Perodua dapat mengeksport lebih banyak lagi unitnya, terutama ke negara jiran. "Perodua kini mengeksport 10,000 unit setahun, dan saya harap jumlah ini dapat ditingkatkan lagi, katanya ketika berucap pada majlis sambutan Gala Raya Perodua sempena ulang tahun ke-20, di sini Sabtu.

Najib berkata strategi Perodua selanjutnya ialah mengekalkan kelebihan pasarannya iaitu mengeluarkan kereta kompak berkualiti serta mencari jalan untuk meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos pembinaan kereta.

Pada masa ini, ekosistem Perodua yang terdiri daripada vendor-vendor dan rangkaian pengedar di seluruh negara, melebihi 130,000, katanya.

"Dengan mengambil kira ekosistem yang besar ini, sudah tentu kejayaan Perodua akan memberi kesan kepada bukan sahaja 130,000 rakyat Malaysia terbabit, malah pengguna di negara kita akan mendapat kesan menerusi kejayaan Perodua," kata Najib.

Perdana Menteri turut menggesa syarikat-syarikat kereta supaya mengkaji kos struktur dan model perniagaan mereka supaya lebih efisien, memandangkan keadaan pasaran kini semakin kompetitif selain pelaksanaan dasar liberalisasi di Asean dan global.

Beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggalakkan syarikat pengeluar kereta supaya secara sukarela mengurangkan secara beransur-ansur kos kereta yang dijual.

"Langkah seperti ini sangat tepat sekali, kita boleh tawar harga kereta yang begitu kompetitif kepada rakyat Malaysia, malah pengurangannya dapat kita berikan kepada rakyat," katanya.

Pada majlis yang dihadiri 20,000 orang itu, Najib turut melancarkan buku khas "Coffee Table Book" yang mencatatkan perjalanan Perodua sejak 20 tahun lepas dan harapan syarikat itu untuk masa hadapan.

- BERNAMA


Pegawai Penerangan Gred S41 - SPA Malaysia

by


  Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41


PANDUAN SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional    
          
Kementerian /Jabatan : Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan    
          
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum    Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,908.45     RM6,797.73     RM225.00
    
Syarat Lantikan:    
 
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ] atau

    Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

    Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau

    Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
    lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

 
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:    
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
 
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:    
-  Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.    
     

PANDUAN SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PENERANGAN S41


 

 
 

Bas jatuh gaung di Genting Highlands 37 maut

by


Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam.


Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, bas syarikat Genting Transport yang dalam perjalanan membawa penumpang ke stesen Hentian Pekeliling di ibu negara, dilaporkan gagal dikawal ketika menuruni bukit di laluan sehala, lalu terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 67 meter.

Selepas terhumban, bas tersangkut pada pokok, manakala ada penumpang yang tercampak keluar dan ditemui di celah pokok.
Menurut seorang penumpang yang cedera, Nur Fathia Jaafar, 21, bas dipandu melebihi had laju sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terhumban ke dalam gaung.

Rempuh penghadang jalan

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soimon Jahid, mengesahkan bas merempuh penghadang jalan sebelum terhumban.

“Berdasarkan siasatan di lokasi, sebahagian besar penumpang tercampak keluar, manakala sebahagian lagi ditemui terperangkap dan tersepit dalam bas.

“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting yang tiba di lokasi pada jam 2.30 petang mengesan sebahagian penumpang yang masih hidup di kawasan kejadian sebelum memulakan operasi menyelamat membawa mangsa naik ke jalan raya," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Katanya, hasil perancangan teliti semua agensi keselamatan yang terbabit, operasi menyelamat digerakkan sebelum 16 mangsa yang hidup dapat dibawa naik dan dihantar ke hospital.

“Sehingga jam 8 malam, pasukan penyelamat menemui 37 mayat. Kita belum dapat mengesan jumlah sebenar penumpang kerana hanya 49 tiket disahkan dijual untuk perjalanan berkenaan," katanya.

Operasi menyelamat dan membawa keluar semua mayat dilakukan lebih 450 pegawai dan anggota Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan kakitangan Genting Highlands Resort (GHR).

Turut meninjau operasi menyelamat adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

- BERITA HARIAN

 

BNM nafi keluar garis panduan singkat tempoh pinjaman kereta

by
Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ada mengeluarkan garis panduan baru mengenai tempoh pinjaman sewa beli kereta akan dikurangkan maksimum tujuh tahun, dan bayaran muka dinaikkan 20 peratus bagi pembelian kereta baru berkuatkuasa bulan depan.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata setakat ini, garis panduan terbaru diperkenalkan BNM adalah berhubung pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman yang dikuatkuasakan bulan lalu.
Katanya, beliau berpendapat garis panduan baru yang sudah dikuatkuasakan hampir dua bulan itu sudah memadai dalam membantu mengurangkan hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    Kami sedia mempergiat lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah” Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara


“Ketika ini, langkah diperkenalkan BNM itu sudah mula menampakkan hasil apabila hutang isi rumah negara berada pada paras sederhana dan pada peringkat ini kami hanya akan terus melakukan pemantauan rapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi ekonomi negara pada suku kedua 2013 di sini, semalam.

Sebar khabar angin

Kelmarin, terdapat khabar angin yang disebarkan mengenai pengurangan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum tujuh tahun dan bayaran muka 20 peratus untuk pembelian semua kereta baru berkuat kuasa September 2013.

Zeti Akhtar berkata, pihaknya bercadang untuk mempergiatkan lagi kempen bagi mendidik rakyat Malaysia mengenai pengurusan kewangan berhemah.

“Kami bercadang mengadakan jelajah di seluruh negara dan akan pergi sekolah dan universiti supaya kewangan isi rumah diuruskan dengan baik,” katanya.

Perkenal syarat tambahan

BNM bulan lalu memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Langkah itu membabitkan pinjaman semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd.

Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal.

- BERITA HARIAN

Kabinet tolak cadangan PTPTN memasukkan nama peminjam dalam CCRIS

by
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri pada Rabu.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter dan laman Facebook beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara orang muda'.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," katanya.

Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan Ogos 2013.

- BERNAMA



Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - Tarikh Tutup : 27 Ogos 2013

by
JAWATAN:
1. ARKITEK
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
3. JURUTERA
4. PEKERJA AWAM
5. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR
6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
9. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
10. RENJER HUTAN
11. PEMBANTU TADBIR (BELIP)
12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
13. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
14. PEMBANTU PENILAIAN
15. PEMBANTU TADBIR

IKLAN JAWATAN:
http://www.mbpj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=102ec682-2e8c-4a98-8b11-e12f4ff6d623&groupId=785268

Tarikh Tutup : 27 Ogos 2013


Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Tarikh Tutup : 28 Ogos 2013

by
JAWATAN:
1. PENOLONG JURUTERA (JA29)
2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA29)
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17)
4. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)

IKLAN JAWATAN:
https://hrfin.utm.my/smuhr/

Tarikh Tutup : 28 Ogos 2013



Bajet 2014: Rakyat dipelawa kongsi idea dan cadangan

by
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa orang ramai memberi pendapat dan berkongsi maklum balas mengenai Belanjawan 2014.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata maklum balas daripada orang ramai itu adalah selaras dengan komitmen beliau untuk membentuk belanjawan yang diinspirasikan oleh rakyat.

"Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013," katanya dalam entri terbaharu Facebooknya.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras komitmennya untuk membentuk belanjawan hasil inspirasi rakyat.
“Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi Belanjawan 2013 dan sekali lagi mempelawa anda untuk sertai kami, mulai Isnin depan dalam berkongsi maklum balas Bajet 2014,” katanya dalam Facebook, semalam.


Fokus lima aspek

Bajet 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati memfokuskan lima aspek utama, iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudayakan inovasi meningkat produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Antara sorotan bajet itu adalah meringankan kos sara hidup dengan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), diskaun PTPTN (pendidikan), subsidi dan insentif padi bernilai RM2.4 bilion (kelestarian bekalan makanan) serta unit rondaan bermotosikal dan pemasangan alat kawalan keselamatan (kejiranan yang selamat).

Pembangunan komuniti

Sorotan lain adalah pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada program seperti 1Azam dan transformasi komuniti, pasaran bon dan sukuk, dana pembiayaan perusahaan kecil sederhana (PKS) Bumiputera dan dana industri halal (menyokong pelaburan dan PKS), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Skim Rumah Pertamaku (perumahan untuk rakyat) dan aspek kesihatan seperti Klinik 1Malaysia dan pemeriksaan percuma ujian mamogram.

- BERITA HARIAN



Datuk Yusof Haslam Hidap Batu Karang

by
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di Petaling Jaya selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin.

Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.

"Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.

Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.

"Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini.

"Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin.

- mSTAR

Pemimpin jatuh angkara nasihat kaki ampu

by
Oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sudah menjadi tabiat manusia, kita lebih suka mendengar pujian dan kata-kata yang baik mengenai diri sendiri. Tidak mudah untuk telinga kita menerima kritikan, apatah lagi celaan, makian atau cercaan.

Begitu jugalah dengan pemimpin. Seorang yang diberi kuasa oleh Allah SWT sering dikelilingi manusia oportunis. Mereka selalu datang dengan pelbagai cerita enak untuk didengar pemimpin berserta kata pujian melangit sama ada untuk mendapatkan ganjaran atau takut dengan tindakan pemerintah.
Namun, orang yang sama juga yang pertama akan meminggirkan diri, bahkan mula mengeji dan menghina apabila pemimpin yang diampu hilang pengaruh, apatah lagi jika sudah tidak bertakhta.

    Allah SWT bersabda: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu menjadi penasihat (orang yang dipercayai). Mereka tidak akan henti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya,” (Ali-Imran:118)


Justeru, pemimpin harus sentiasa berwaspada dengan manusia pengampu di sekelilingnya kerana golongan inilah yang selalunya akan menarik diri apabila pemimpin sudah tiada kuasa. Dalam Islam, penasihat pimpinan, adalah golongan yang perlu sentiasa diperhatikan, bimbang tersalah pilih sehingga membawa rebah.

Allah SWT memberikan penegasan ini yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu menjadi penasihat (orang yang dipercayai). Mereka tidak akan henti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya,” (Ali-Imran:118)

Dua sifat penasihat

Nabi Muhammad SAW turut menjelaskan ciri penasihat yang sering melingkari pemerintah seperti Baginda SAW: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158).
Ternyata amaran dan peringatan Allah dan Rasul-Nya cukup tepat menggambarkan fenomena jatuh bangun seorang pemimpin sejak berzaman.

Kalau disingkap kembali sejarah kebangkitan dan kejatuhan setiap zaman khalifah Islam, kita akan dapati bagaimana kekuatan dan kelemahan kepemimpinan Islam amat tergantung kepada siapa penasihat yang dipilih dan dilantik.

Apabila yang dilantik adalah mereka yang hanya tahu mengampu, membodek dan mengangkat ego pemimpin sehingga didiamkan kebenaran serta dizahirkan kepalsuan, pada waktu itu kita dapat menyaksikan bagaimana permulaan kejatuhan pemerintah.

Saidina Ali Abi Talib pernah menggambarkan fenomena ini menerusi kata-kata hikmahnya: “Sesungguhnya binasa manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ia terpaksa dibeli. Mereka pula membentangkan kezaliman sehingga ia terpaksa ditebus.” (Ibnu Muflih, Al-Adab Asy-Syari'yyah, 1/201)

Islam tetapkan ciri penasihat

Sebab itu pemimpin Islam mesti sentiasa memastikan penasihat di sekeliling mereka adalah kalangan orang yang jujur dan benar-benar memberikan berita berasaskan denyut nadi umat.

Penasihat yang jujur akan sentiasa mengkhabarkan hakikat yang benar walaupun pahit agar sampai ke telinga pemimpin. Penasihat yang jujur dan beriman seperti digambarkan dalam ayat 118 Surah Ali-Imran juga sentiasa memastikan pemimpin tunduk dan patuh kepada syariat Allah SWT kerana ia amat faham implikasi pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT kelak.

Sedangkan penasihat yang berwatak pengampu hanya menjadi penglipur lara kepada pemimpin kerana apa yang disampaikannya hanyalah cerita indah penuh dongeng agar pemimpin mampu tidur nyenyak dibuai mimpi indah tanpa rasa takut atau gundah untuk bertemu Allah SWT.

Manusia pengampu seperti ini tidak memikirkan masa depan pemimpin, jauh sekali nasib rakyat yang dipimpin. Sebaliknya siang malam memikirkan bagaimana untuk terus mengisi tembolok dan kantung kekayaan yang tidak pernah puas.

Justeru, pemimpin perlu memastikan penasihat mereka ialah orang yang beriman dan bukan yang menyesatkan. Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah untuk memimpin umat ke arah kebaikan.

- BERITA HARIAN

Fandi Ahmad tinggalkan skuad Johor DT

by
Jurulatih kelahiran Singapura, Fandi Ahmad akhirnya membuat keputusan meninggalkan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Dengan keputusan itu, ia sekali gus menepis dakwaan bahawa Fandi dipecat daripada membimbing skuad Harimau Selatan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Keputusan itu dicapai atas persetujuan bersama antara Fandi dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

“PBNJ dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing.

“Keputusan ini telah dipersetujui bersama dan bagi pihak PBNJ, persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza,” kata PBNJ dalam satu kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya menafikan dakwaan kononnya Fandi disingkirkan sebagai jurulatih Johor DT.

Kenyataan itu diperkuatkan lagi dengan titah Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengekalkan jawatan Fandi sebagai pengurus Johor DT.

PBNJ kemudian memberi kepercayaan kepada anak tempatan yang juga jurulatih Johor, Azmi Mohamed bagi meneruskan tugas Fandi pada kempen Piala Malaysia yang bermula malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, meskipun Fandi tidak bersama dengan Johor DT, PBNJ sentiasa membuka ‘pintu’ buat bekas bintang Singapura itu.

“Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi.

“Fandi merupakan seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap.

“Beliau telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor. Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan para penyokong,” lapor kenyataan itu.

- KOSMO!



Kawal emosi di jalan raya

by

Di musim perayaan, keadaan jalan raya pasti sesak. Mereka yang pulang beraya ke kampung halaman pada Aidilfitri lalu akan kembali ke ibu kota.

Keadaan itu sangat sukar dielakkan namun jangan biarkan kegelisahan tersebut menyebabkan kita memandu secara cuai dan tidak selamat.

Kajian-kajian psikologi menunjukkan fikiran yang tidak tenteram selalu memberikan kesan buruk di jalan raya.

Sejak tahun 1970-an lagi, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah di rumah, ada kecenderungan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kajian seorang ahli psikologi, McMurray, menunjukkan kadar kemalangan tinggi membabitkan seseorang yang memfailkan perceraian pada enam bulan lalu malah kes naik mendadak dalam tempoh tiga bulan selepas mereka bercerai.

Ini menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku sebenarnya melibatkan isu psikologikal.

Apatah lagi, pada musim perayaan ini, kita mungkin akan menghadapi aliran trafik yang padat berbanding biasa.

Keadaan ini tentulah memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengguna jalan raya harus bijak mengawal emosi.

Ilmu psikologi mendedahkan beberapa faktor yang membangkitkan emosi marah ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya iaitu kawalan diri, jangkaan dan kesuntukan masa.

Tidak sabar

Melihat kenderaan yang perlahan di hadapan, pengguna cenderung sama ada mampu mengawal diri atau tidak, dan kemudian menjangkakan sama ada mereka sempat memotong atau tidak kenderaan di hadapan.

Keadaan ini kemudian dihimpit pula oleh persepsi bahawa mereka kesuntukan masa dan perlu sampai ke destinasi dalam masa tertentu.

Keadaan tersebut menghuraikan situasi yang membangkitkan rasa kecewa yang akhirnya menyebabkan seseorang itu gagal mengawal kemarahan mereka.

Ia berlaku kepada kebanyakan orang yang berada di jalan raya, apatah lagi bagi individu yang terkenal dengan sifat panas baran.

Sebab itulah, ada baiknya mereka yang tidak sabar atau mempunyai sikap tergesa-gesa, merancang perjalanan agar tidak pulang ke ibu kota semasa ribuan kenderaan sedang bersesak-sesak di jalan raya.

Keadaan ini bertambah teruk apabila ada yang merasakan diri mereka 'seseorang' di tengah-tengah kesesakan itu.

Ini biasanya berlaku kepada mereka yang berstatus tinggi dan melihat orang lain sebagai pemandu kerdil.

Hakikatnya, apabila berada di jalan raya, setiap orang sama sahaja sifatnya. Tidak ada lagi status dan jawatan. Kita semua hanya pengguna jalan raya yang sedang memandu untuk sampai ke destinasi tertentu.

Selain faktor psikologikal dan jantina, umur pemandu ada kaitan dengan kebarangkalian berlakunya kemalangan.

Pemandu lelaki didapati sering terlibat dalam kemalangan jalan raya berbanding wanita. Begitu jugalah yang selalu berlaku kepada pemandu muda yang beranggapan bahawa mereka pemandu yang cekap dan dengan itu mengabaikan peraturan jalan raya.

Kawal psikologi

Pada akhirnya, sebagai pengguna jalan raya, kita perlu bijak mengawal psikologi diri. Dalam psikologi, ia dikenali sebagai coping atau bagaimana kita menafsirkan sesuatu.

Sekiranya kita menafsirkan kesesakan lalu lintas sebagai satu masalah, maka tindakan kita akan terarah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebab itulah, ada pengguna yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tadi dengan memandu secara laju atau memotong barisan di lorong kecemasan.

Hakikatnya, ia mungkin satu kaedah penyelesaian masalah yang menimbulkan masalah yang lebih besar.

Ada baiknya jika setiap pengguna melihat kesesakan jalan raya sebagai salah satu isu atau cabaran yang akan kita hadapi setiap kali musim perayaan.

Sekurang-kurangnya dengan cara ini, kita akan lebih bersikap sabar dan menerima hakikat bahawa apa yang kita lalui itu juga dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain.

- KOSMO!




 

Beribadah tanpa mengira musim

by
Teruskan puasa sunat, solat witir secara konsisten walaupun di luar Ramadan

Ramadan baru saja berlalu. Semoga proses didikan yang dilalui pada Ramadan mampu menjadikan kita manusia yang lebih tinggi iman dan takwanya di sisi Allah SWT berbanding sebelumnya.
Amat rugi jika proses didikan hati dan juga roh yang dilalui itu tidak mampu memberi kesan ke dalam jiwa dan sanubari manusia. Lebih merugikan amalan puasa dan qiyam Ramadan yang ditunaikan hanya memperoleh rasa penat dan dahaga semata-mata tanpa mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.

    Nabi Muhammad SAW tidak hanya sama sekali bersolat pada malam Ramadan, tetapi Baginda meneruskannya di luar daripada malam Ramadan. Malah, solat sunat witir bukanlah hanya sekadar dilakukan pada Ramadan, tetapi turut sama dilakukan di setiap malam lain tanpa pernah sama sekali meninggalkannya.


Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barangkali orang yang berpuasa itu tidak memperoleh sesuatu pun daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga. Barangkali juga orang yang bangun solat malam itu tidak memperoleh sesuatu pun daripada qiamnya kecuali rasa mengantuk.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Tanda amalan Ramadan diberkati

Antara tanda sesuatu amalan semasa Ramadan itu diterima oleh Allah SWT dan mendapat keberkatan-Nya ialah apabila amalan kebaikan tersebut masih berterusan dan dilaksanakan di luar daripada Ramadan. Alangkah sedihnya apabila seseorang hamba Allah yang melalui didikan dalam bulan Ramadan yang lalu tidak lagi meneruskan kerancakan amal ibadahnya pada bulan lain.

Sesungguhnya konsep perhambaan kepada Allah SWT perlulah dilakukan secara konsisten dan juga berterusan tanpa terikat mengikut musim tertentu saja. Janganlah seseorang manusia dianggap hamba Allah hanya pada Ramadan saja, tetapi jadilah hamba Allah pada setiap masa dan ketika.
Semasa Ramadan kita diwajibkan untuk berpuasa. Di luar Ramadan sewajarnya ibadah puasa itu diteruskan iaitu dengan melakukan puasa sunat. Bagi mereka yang mengharapkan rahmat dan ganjaran daripada Allah maka ibadah puasa sunat tidak boleh dipandang remeh. Antara puasa sunat yang besar nilainya bagi seseorang Muslim ialah amalan puasa sunat enam hari dalam Syawal.

Rasulullah SAW menerangkan ganjarannya dengan sabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa selama setahun.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Sepanjang Ramadan yang lalu umat Islam menghidupkan malamnya dengan ibadah solat sunat Terawih dan solat sunat yang lain. Selepas keluar daripada Ramadan, seseorang Muslim itu perlu meneruskan serta memperbanyakkan ibadah solat sunat tanpa mengabaikan ibadah solat fardu. Antara solat sunat yang dituntut ialah solat sunat tahajud iaitu solat pada tengah malam.

Qiamullail latih jiwa kental, sabar

Sesungguhnya qiamullail yang dilaksanakan secara berterusan mampu melatih jiwa seseorang Muslim itu supaya lebih kental dan sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Malah Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan ibadah solat malam secara sengaja. Nabi SAW akan menghidupkan malam dengan ibadat solat tanpa mengira musim mahupun bulan yang tertentu.

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah kamu pada waktu malam kecuali sedikit daripadanya. (Atau) separuh malam mahupun kurang sedikit daripadanya.” (Surah al-Muzzammil ayat 1 hingga 3).

Kesabaran Nabi Muhammad SAW dalam melakukan ibadah solat sunat pada waktu malam ini jelas terserlah walaupun Baginda SAW adalah manusia yang maksum iaitu yang terlindung daripada dosa dan cela.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering kali menunaikan solat pada tengah malam sehingga bengkak kedua-dua belah kaki Baginda. Maka Aisyah ra bertanya kepada Baginda mengapakah Baginda bersusah payah menunaikan solat sehingga sedemikian rupa sedangkan Baginda telah diampunkan dosa-dosa oleh Allah SWT? Maka jawab Rasulullah SAW: “Apakah tidak boleh untuk aku gemar menjadi hamba yang bersyukur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya).

Daripada hadis ini jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sama sekali bersolat pada malam Ramadan, tetapi Baginda meneruskannya di luar daripada malam Ramadan. Malah, solat sunat witir bukanlah hanya sekadar dilakukan pada Ramadan, tetapi turut sama dilakukan di setiap malam lain tanpa pernah sama sekali meninggalkannya.

Umat Islam dianjurkan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran bukan hanya dalam Ramadan, tetapi juga bulan lain. Amat menyedihkan apabila ada sesetengah individu yang mengenali dan membaca al-Quran hanya pada Ramadan. Perlulah disedari bahawa al-Quran adalah perlembagaan hidup bagi seluruh umat Islam. Malah membaca al-Quran hanya pada Ramadan memperlihatkan kelemahan iman apabila tiada penerusan dalam bulan lain.

Kesimpulannya perjalanan ibadah dan amalan soleh tidak hanya berlaku hanya pada bulan Ramadan yang kita lalui, tetapi perlulah turut sama berterusan dan istiqamah di luar daripada Ramadan. Jadilah hamba Allah SWT yang sentiasa ikhlas beribadah kepada-Nya tanpa mengira musim mahupun waktu yang tertentu.

- BERITA HARIAN

Tiada Kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang Di KLIA 2

by
Caj perkhidmatan penumpang (PSC) di KLIA2 adalah sama dengan kos di terminal penerbangan tambang rendah (LCCT), kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata ia tidak akan membebankan penumpang memandangkan kos itu akan ditanggung oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

"Tiada peningkatan. Anda bayangkan perkhidmatan di LCCT yang mereka hadapi pada masa ini, mereka akan mendapat lapangan terbang baharu pada fi lapangan terbang yang sama.

"Ia tidak membebankan penumpang. MAHB akan menanggung kos memandangkan MAHB merupakan syarikat yang mengurus terminal ini, dan bagi pembiayaan, MAHB memperolehnya menerusi bon Sukuk dan mereka memperolehnya secara persendirian, tanpa jaminan kerajaan," katanya.

Aziz berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat ketiga pasukan petugas khas KLIA2 di sini pada Isnin.

PSC semasa di LCCT ialah RM32 bagi penumpang antarabangsa dan RM6 untuk penumpang domestik.

Aziz yang mengetuai pasukan petugas KLIA2 itu berkata pembinaan lapangan terbang kini 92 peratus siap dan bangunan terminal 96 peratus siap, dengan 20 pakej utama sudah selesai.

Ia meliputi sistem penyejukan, trek ERL, laluan pesawat yang menghubungkan Landasan 2 ke KLIA2, kawalan trafik udara (ATC), menara, pemasangan peralatan ATC, jejantas ke terminal, apron parkir pesawat, serta semua kerja-kerja perparitan dan utiliti utama yang berkaitan.

Aziz berkata KLIA2 akan siap pada 30 April tahun depan dan akan beroperasi pada 2 Mei.

"Kami mahu memastikan tidak lagi berlaku kelewatan dan saya memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kelewatan lagi serta tarikh penyiapan ialah pada 30 April," katanya dan menambah, kos KLIA2 ialah sebanyak RM4 bilion.

Beliau berkata tidak ada kos melampau dalam pembinaan memandangkan skopnya telah diperluas bagi menampung keperluan pemegang kepentingan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian itu berkata komponen kerja yang berlaku kelewatan akan disemak semula oleh pasukan projek MAHB KLIA2 untuk penilaian semula oleh kontraktor pihak ketiga, jika kontrak terbabit tidak dapat memenuhi tarikh penyiapan.

Ia berkata beberapa kerja yang ditugaskan kepada kontraktor baharu membabitkan jalan perkhidmatan, bangunan pasukan menyelamat dan kebakaran lapangan terbang serta sistem pengendalian bagasi.

- BERNAMA


Keajaiban susu ibu

by
Penyusuan bayi begitu sempurna apabila bayi mendakap erat ibu dan bibirnya rapat dengan puting payudara ibu sehinggalah aktiviti menyusu berjalan dengan penuh kemesraan.
Hubungan erat ini hanya dapat dinikmati suri rumah namun tidak bagi ibu bekerjaya yang terpaksa meninggalkan susu perahan (EBM) kepada pengasuh demi mengekalkan penyusuan badan.

    Wanita sudah terdedfah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru, apabila menjadi ibu, ia tidak janggal." Dr Faridah Idris, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM


Justeru itu, sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia pada 1 hingga 7 Ogos lalu yang memetik tema Sokongan Penyusuan Susu Ibu: Dampingi Ibu, begitu baik diterapkan dalam kalangan insan yang berada dekat dengan si ibu sebagai tanda sokongan.

Memahami penyusuan ibu secara semula jadi, ia adalah kaedah terbaik memastikan bayi anda memperoleh zat yang diperlukan. Susu ibu amat tinggi khasiatnya dengan kandungan protein mudah hadam dan komponen pertahanan badan semula jadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit.

Kolostrum, susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit.

Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol. Mereka juga didapati kurang mengalami masalah berat badan berlebihan serta Diabetes Mellitus jenis 2.
Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda. Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak.

Oleh itu, penyusuan susu ibu seharusnya diterapkan sebagai langkah pertama ke arah usaha mengurangkan permasalahan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak
serata dunia.

Kurang sokongan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun dapat dikurangkan antara 13 hingga 20 peratus sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan secara eksklusif iaitu tiada makanan atau minuman tambahan, puting dan sebagainya) untuk tempoh enam bulan pertama dan diteruskan sehingga ke usia dua tahun atau lebih. Amalan penyusuan susu ibu eksklusif sebegini kemudian diikuti dengan pengenalan makanan tambahan bermula dari usia enam bulan.

Di Malaysia, kesedaran memberikan susu ibu semakin meningkat. Wanita menerima konsep penyusuan susu ibu selepas menyedari mengenai pelbagai manfaat.

Cuma, sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi masih kurang manakala sebilangan ibu menyusukan secara eksklusif pada tiga bulan pertama gagal meneruskan amalan terbabit apabila mereka kembali bekerja.

Sistem sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara berterusan boleh didapati dalam pelbagai kaedah. Sama ada secara tradisional iaitu melalui ahli keluarga atau kaedah lebih moden iaitu melalui kakitangan kesihatan terlatih, pakar perunding laktasi, ketua komuniti dan rakan.

Kunci kepada kejayaan amalan penyusuan susu ibu adalah memastikan wujudnya sistem sokongan secara berterusan khususnya dalam lingkungan kediaman dan komuniti mereka.

Dalam usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu secara menyeluruh, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia sebagai wadah kumpulan atau pertubuhan di serata dunia untuk meningkatkan kesedaran umum dan mendapatkan sokongan aktiviti terbabit.

Sokongan lain seperti perkhidmatan penjagaan bayi yang mesra penyusuan susu ibu, majikan yang menyediakan kemudahan untuk ibu menyusu dan kumpulan sokongan dalam masyarakat juga kritikal untuk memastikan ibu dapat mencapai impian penyusuan masing-masing.

Di peringkat keluarga, semua ahli keluarga terdekat termasuk suami, ibu dan ibu mentua adalah sistem sokongan yang diperlukan untuk ibu menyusu.

Sokongan pelbagai pihak bantu tingkatkan kesedaran

Kerjasama pelbagai pihak bermula daripada penggubal polisi negara, institusi kesihatan, staf dan pengamal kesihatan, majikan, masyarakat dan keluarga sepatutnya digerakkan untuk memastikan penyusuan susu eksklusif ibu diamalkan secara meluas.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Faridah Idris, berkata polisi penyusuan yang digariskan oleh Badan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan menggalakkan semua ibu menyusui bayinya dengan susu ibu saja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Katanya, dengan adanya polisi di peringkat tertinggi negara bagi mempromosi, menyokong dan melindungi penyusuan susu ibu, usaha serta strategi dapat direalisasikan.

“Pada abad ini hampir semua wanita bersalin di hospital. Peranan hospital membantu memberi ibu pengalaman yang positif. Hospital Rakan Bayi boleh meningkatkan kadar memulakan penyusuan ibu di hospital.

“Pihak hospital wajar meneruskan kesinambungan memberi sokongan kepada ibu selepas keluar dari hospital termasuk menggalakkan persediaan terancang menyimpan stok susu perahan sebelum kembali bertugas.

“Perahan susu disimpan rapi, dilabel tarikh dan waktu perahan dan ditempatkan secara teratur dalam peti dingin beku. Andai kata ini dilakukan secara teratur dan konsisten, EBM akan dapat dikumpulkan secukupnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia, digalakkan menyimpan EBM dua minggu sebelum mula bertugas. Menyusu badan boleh dilakukan seperti biasa untuk memastikan aliran susu berjalan lancar dan konsisten.

Jika ada masalah, ibu boleh merujuk kepada garis panduan disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia atau Academy of Breastfeeding Medicine.

Kualiti susu

Sekiranya penyimpanan EBM berkompromi, anda akan dapat mengesan perubahan pada EBM terbabit iaitu perubahan ketara dari segi warna, bau juga rasa. Namun demikian, adalah diketahui bahawa EBM yang disimpan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan bau serta rasanya akibat daripada tindakan enzim lipase, iaitu enzim yang mengurai komponen asid lemak bagi membantu proses penghadaman susu ibu.

“Tindakan enzim ini amat bermanfaat untuk bayi pramatang. Oleh itu,
jika berubah rasa dan bau akibat tindakan enzim lipase, EBM anda masih selamat dan tidak memudaratkan si manja. Meskipun demikian, terdapat juga bayi yang tidak mahu minum EBM terbabit. Fungsi enzim lipase yang penting ini akan ternyah andai kata EBM dipanaskan ke suhu melebihi 40 °C, maka amalan sebegini tidak digalakkan.

“Berbekalkan maklumat ini, bagi ibu yang menyimpan stok EBM perlu meneliti keadaan EBM mereka. Andainya perubahan ketara berlaku dari segi warna, bau atau rasa, mungkin penyimpanan EBM berkompromi dan tidak wajar diberi kepada bayi. Jangan gusar, ibu boleh juga merujuk bantuan pakar dan kaunselor laktasi mengenai kualiti susu yang diperah,” katanya.

“Saya berharap penyusuan ibu menjadi normal dalam masyarakat. Wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru apabila mereka menjadi ibu, ia bukan sesuatu yang janggal.

Rakan pembimbing

Rakan pembimbing ini biasanya adalah wanita dalam komuniti yang sudah diberi latihan untuk menyokong penyusuan ibu. Mereka bergerak dalam komuniti masing-masing dan membantu ibu menyusu sama ada secara bersemuka di rumah ibu atau hospital, memberi sokongan di alam maya, melalui panggilan telefon atau mengadakan perjumpaan kumpulan sokongan.

Kajian mendapati sokongan akan pembimbing mampu meningkatkan tempoh penyusuan ibu di sesuatu komuniti.

INFO: Faedah Susu Ibu

1) Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

2) Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.

3) Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lain- lain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

4) Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

5) Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

- BERITA HARIAN

Bakal Pelatih Wanita PLKN Wajib Jalani Ujian Kehamilan

by
Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Keputusan itu dipersetujui anggota Jemaah Menteri pada 12 Julai lepas, katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Geo Kosmo di sini, Isnin.

Beliau berkata kumpulan ketiga untuk tahun ini yang memulakan latihan sejak dua hari lepas, bakal menjadi kumpulan pertama menjalani ujian itu.

Menurutnya sekiranya ada pelatih wanita yang positif ujian kehamilan, mereka akan diberi tempoh penangguhan daripada menjalani program itu.

"Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Kementerian Pertahanan dan hasil kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung ujian kehamilan ke atas bakal pelatih PLKN," katanya.

Kajian pada 2011 itu, yang melibatkan 4,500 responden daripada pelatih PLK Ndan ibu bapa, mendapati sebanyak 94 peratus daripada mereka bersetuju ujian itu dilaksana.

Abdul Hadi berkata keputusan itu juga dibuat bagi menjaga keselamatan kandungan pelatih.

Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu.

- BERNAMA


Jual Senjata Api Menerusi Facebook

by
Bukan sahaja murah tetapi juga senang diperoleh, itu tanggapan yang dapat diungkap terhadap dua akaun Facebook yang mendakwa menjual senjata api dalam talian, di negara ini.

Satu daripada akaun itu mendakwa menawarkan pelbagai senjata api termasuk pistol, revolver dan 'assault rifle' dalam lingkungan harga antara RM500 dan RM15,000.

Menurut akaun Facebook itu, raifal AK-47 dijual dengan harga RM12,000 manakala pistol Smith & Wesson RM500 dan revolver termasuk dua kotak peluru dijual pada harga RM15,000.

Satu lagi akaun Facebook mendakwa menawarkan kira-kira 10 jenis senjata api antaranya E&C M16A4, airsoft gun Tercel M1911 serta S&T Mosin Nagant Gas Rifle (Real Wood) dengan harga antara RM600 dan RM1,250.

Berdasarkan gambar yang dipapar, senjata terbabit menyerupai senjata sebenar. Akaun Facebook itu diwujudkan Februari lalu dan mendapat 688 'likes' di samping menjadi topik perbualan 141 pengguna yang melayari akaun berkenaan.

Pengendali akaun juga dapat dihubungi menerusi nombor telefon mudah alih yang dipapar pada akaun itu serta memberi respons kepada khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh wartawan Bernama ini.

Kewujudan dua akaun Facebook itu menimbulkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila orang ramai dilihat dapat memperoleh senjata api dengan mudah tatkala kejadian tembak meningkat kebelakangan ini. Sepanjang Julai lepas beberapa kes tembak dilaporkan termasuk yang berprofil tinggi membabitkan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi yang maut ditembak ketika keluar dari sebuah tokong di Lorong Ceylon dekat sini.

Sehari sebelum itu pada 28 Julai, aktivis pemantau jenayah R. Sri Sanjeevan parah ditembak dua lelaki dalam kejadian di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada 5 Julai seorang guru di Kelantan cedera parah selepas ditembak di leher.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika diminta mengulas mengenai kewujudan akaun terbabit, berkata pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 11 Akta Senjata 1960 jika benar mereka menawar dan menjual senjata api di negara ini.

"Jual senjata api tanpa lesen yang sah adalah kesalahan serius," katanya yang dihubungi Bernama.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan mereka yang menjual senjata api secara terbuka menunjukkan mereka tidak gentar dengan undang-undang sedia ada.

"Hukuman berat perlu dikenakan supaya mereka tidak sesuka hati menjual senjata api. "Malahan, sebagai negara yang mempunyai undang-undang ketat, pihak berkuasa dan kerajaan juga harus menjalankan siasatan terperinci agar mereka dapat ditahan dan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain," katanya.

- BERNAMA

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara - Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS)

by
Bermula bulan Ogos 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.

Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.

Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.

- BERNAMA

Proton Suprima S dilancar

by


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Proton Suprima S, model kereta terbaharu yang dilancarkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) dilihat sebagai kereta keluaran negara terbaik yang bertaraf dunia pada harga mampu milik.

Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, model 'hatchback' terbaharu itu yang dilengkapi pelbagai teknologi termasuk dari segi keselamatan terkini dilihat mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk memiliki Proton Suprima S.

Malah beliau memberitahu, model kereta itu yang akan dieksport dalam tempoh terdekat dilihat mampu menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya dapat melonjakkan syarikat automotif negara itu ke satu tahap baharu.

"Model terbaharu ini memenuhi cita rasa pelanggan tempatan dan global yang seterusnya akan menjadikan Proton sebagai pengeluar kereta berkualiti antarabangsa pada harga berpatutan.

"Saya juga berharap orang ramai akan terus menyokong kereta keluaran Proton dengan membeli model Suprima S ini yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini pada harga mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan model kereta terbaharu keluaran Proton, Suprima S 'hatchback' di dewan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman.

Harga jualan atas jalan bagi varian Suprima S Eksekutif diumumkan RM76,338 seunit manakala varian Premium pula pada harga RM79,638 seunit.

Dalam masa sama, Dr. Mahathir melahirkan melahirkan rasa bangga dengan kelengkapan canggih serta kejuruteraan Suprima S yang semakin menunjukkan peningkatan ketara.

Kata beliau, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pakar-pakar dalam kalangan anak tempatan itu menjadikan model Suprima S itu sebagai kereta terbaik keluaran Proton yang dapat memenuhi kehendak pasaran termasuk antarabangsa.

"Saya harap persepsi Proton merupakan pengeluar kereta murah dengan berkualiti rendah dapat ditamatkan kerana syarikat ini telah berjaya mengeluarkan kereta setanding dengan pengeluar kereta berjenama terkenal lain," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Khamil pula memberitahu, model Suprima S itu akan mula dieksport dalam tempoh terdekat bermula di ASEAN dan seterusnya ke negara lain seperti Australia.

Menurutnya, Proton telah memberi perhatian dalam meningkatkan semua aspek Suprima S khususnya ciri-ciri keselamatan.

"Proton Suprima S ini merupakan model yang didatangkan dengan standard keselamatan terbaik termasuk Australian New Car Assesment Program (ANCAP).

"Ini adalah masa depan kita membayangkan untuk semua produk dan perkhidmatan kami serta tanda aras kepada standard kualiti yang ingin diberikan kepada pelanggan," katanya.

Proton Suprima S 'hatchback' serba lengkap, penuhi kehendak pengguna

Proton Suprima S berenjin 1.6 liter berharga antara RM76,338 seunit hingga RM79,638 seunit.

Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.

Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.

Proton Suprima S merupakan sebuah model lima pintu yang dinamik serta memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul.

Kereta model tersebut menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

Malah, Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, model itu terhasil daripada pelbagai kajian dari dalam dan luar negara bagi memastikan Suprima S dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Sekali lagi, Proton telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia kami komited untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menghasilkan pelbagai produk yang seronok di pandu lagi selamat," katanya.

- UTUSAN

 

Ibu Lina Joy terus berdoa mohon anak kembali Islam

by

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.

"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga," katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.

Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan 'Islam' daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.

Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.

"Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad)," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.

"Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain," katanya.

Dalam pada itu, Yusri turut menyeru kepada umat Islam di negara ini agar memberi tumpuan serius terhadap perbicaraan isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada 22 Ogos ini.

"Implikasi amat besar sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaan oleh bukan Islam. Mari kita berdoa untuk kemenangan kes ini dan beramai-ramai beri sokongan kepada barisan peguam di Mahkamah Putrajaya pada Khamis ini," katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberi taklimat mengenai perkembangan perbicaraan kes itu.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katholik The Herald menggunakan kalimah Allah.

- UTUSAN
 


FAM pinda Artikel 88 Statut FAM

by
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk meminda Artikel 88 Statut FAM 2010-2014 bagi membolehkan para pegawai selain daripada Presiden dan Setiausaha Agung untuk membuat kenyataan media berhubung badan induk bola sepak negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, persetujuan itu dicapai pada Kongres FAM ke-49 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.

Kini, semua pegawai atau ahli gabungan FAM dibenarkan ‘bersuara’ selepas Kongres FAM bersetuju terhadap skop-skop tertentu dalam akta tersebut diperluaskan lagi.

Bagaimanapun, mereka wajib mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan meskipun diberi kebenaran untuk membuat kenyataan kepada pihak media.

Afandi berkata, garis panduan mengenai Artikel 88 akan diperhalusi dan dibentang pada Mesyuarat Eksekutif FAM bulan depan.

“Kongres telah bersetuju untuk meminda Artikel 88 yang mana Statut FAM tersebut diperluaskan sedikit.

“Kini, Artikel 88 membenarkan Presiden, Setiausaha Agung dan mana-mana pegawai FAM yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk membuat kenyataan akhbar tetapi tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan.

“Sebagai contoh, mereka harus menggunakan saluran tertentu jika ada perkara berbangkit untuk dikritik, namun perlu berbincang dengan FAM dan bukannya pihak media.

“Selain itu, mereka turut dibenarkan membuat sebarang kenyataan akhbar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM akan membuat garis panduan mengenai kenyataan akhbar dan garis panduan Artikel 88 ini, dan ia akan diedarkan kepada semua ahli gabungan FAM menerusi konteks kenyataan akhbar.

“Langkah ini diambil supaya tidak timbul lagi segala permasalahan khususnya yang berkaitan dengan Artikel 88,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung FAM, Hamidin Mohd. Amin dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Antara ‘mangsa-mangsa’ yang menerima hukuman di bawah Artikel 88 adalah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, (bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Skrip yang sama turut menimpa bekas jurulatih negara, B. Sathianathan yang digantung di bawah artikel tersebut ekoran mengkritik saingan liga tempatan pada 2009.

Dalam perkembangan sama, Afandi turut mengumumkan bahawa FAM telah meminda Artikel 68 bagi membolehkan mana-mana kes dibawa ke mahkamah.

Begitupun, FAM hanya membenarkan setiap kes yang mahu dibawa ke mahkamah perlu diadili badan induk persatuan itu sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Afandi menegaskan, pihak-pihak tertentu akan digantung seumur hidup atau paling minimum setahun sekiranya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak FAM.

“Begitu juga dengan Artikel 68 yang turut dikembangkan. Jika dahulu, Artikel 68 menetapkan tiada sebarang kes boleh dibawa ke mahkamah tetapi bergantung kepada kes tanpa menyatakan apakah kesannya.

“Pindaan tadi menetapkan bahawa mana-mana kes yang dibawa ke mahkamah tanpa menggunakan saluran-saluran yang dibenarkan, tindakan boleh diambil.

“Ertinya, mana-mana pertikaian berlaku dalam bola sepak, perlu diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Contohnya, jika berlaku pertikaian mengenai kontrak pemain dan pasukan, kes ini tidak boleh terus dibawa ke mahkamah.

“Pemain atau pasukan itu perlu menggunakan saluran yang ditetapkan seperti mengemukakan laporan kepada FAM. Kalau perkara itu berlaku tanpa merujuk FAM, pemain atau pasukan ini akan terdedah dengan tindakan susulan daripada FAM.

“Dalam proses tersebut, mana-mana pihak yang tidak mengikut saluran iaitu terus membawa perkara itu ke mahkamah, dia akan gantung seumur hidup atau setahun minimum.

“Mereka tidak mengikut kronologi dalam ruang membela diri kerana terus pergi ke mahkamah tetapi pihak-pihak itu masih boleh buat rayuan kepada kongres,” katanya.

- KOSMO!



Skim perjawatan lebih 18,000 kakitangan KEMAS dikaji

by
Hanya kira-kira 900 daripada lebih 18,000 kakitangan Kemas yang berkhidmat di seluruh negara berjawatan tetap manakala selebihnya adalah kakitangan kontrak.

Malah, Ketua Pengarahnya, Datuk Hassan Mohd. Amin berkata, meskipun jabatan itu telah terbukti banyak berjasa membangunkan modal insan negara sejak 1961, kakitangannya yang bertaraf tetap di peringkat negeri dan daerah mempunyai gred gaji yang rendah berbanding pegawai kerajaan jabatan lain.

Sehubungan itu katanya, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah mengarahkan usaha segera dilakukan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan kakitangan Kemas ditingkatkan ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, rundingan telah dimulakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini memasuki fasa akhir untuk menstruktur semula pentadbiran dan skim perjawatan Kemas yang kali terakhir dilakukan lebih 10 tahun lalu.

"Kakitangan kontrak kita ada yang telah berkhimat lebih 20 hingga 30 tahun dengan beban tugas pelbagai tetapi mereka tidak ada kemudahan pencen, pinjaman, perubatan dan sebagainya yang seharusnya dinikmati sedangkan mereka juga penjawat awam.

"Dalam masa sama, kita juga mahu JPA melihat semula skim gaji untuk pegawai kita di peringkat daerah yang walaupun bertaraf tetap tetapi berada dalam gred rendah, kalau boleh gaji pegawai yang mengetuai jabatan di daerah yang besar dan berkompleksiti tinggi dinaik taraf sampai peringkat kumpulan A," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kemas Kelantan 2012 kepada 115 kakitangan Kemas negeri di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan di Kota Bharu.

- UTUSAN

Ustaz Azhar Idrus terlibat dengan kemalangan

by

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi. Namun, beliau dikatakan tidak mendapat sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Sementara pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan
isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12,
bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu.

- BERNAMA
 

Final Bolasepak Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam

by
Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini menetapkan perlawanan akhir Piala Malaysia pada 3 November ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Ia ekoran penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi kerja-kerja baik pulih yang akan bermula Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah mengesahkan venue perlawanan akhir itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, hari ini.

"Oleh kerana perkembangan terbaru mengenai keadaan padang, kami telah mengadakan perbincangan sekali lagi dengan Lembaga Stadium Malaysia untuk mendapatkan penjelasan yang terkini daripada mereka mengenai penggunaan Stadium tersebut.

"Kita juga telah dimaklumkan bahawa Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) juga telah mengeluarkan arahan agar stadium ini ditutup segera bagi pembaik pulih keseluruhan stadium dan kerja-kerja tersebut akan bermula pada penghujung Oktober ataupun awal November dan tempoh penutupan ini dijangka mengambil masa selama enam bulan.

"Berdasarkan tempoh itu, kita tidak dapat untuk guna Stadium Bukit Jalil sekurang-kurangnya Jun depan dan ini bermakna beberapa perlawanan yang terlibat di sini terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam, dan sehubungan itu kami membuat keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Shah Alam," kata Afandi.

Afandi juga memberitahu selain aksi final Piala Malaysia, perlawanan melibatkan Harimau Malaysa bertemu Bahrain dan Qatar bagi saingan Kelayakan Piala Asia turut dijangka akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

"Keputusan ini dibuat lebih awal bagi memastikan tidak ada timbul sebarang masalah selepas ini," ujarnya.

- SINAR HARIAN

Tiada Masalah Bagi Nombor Pendaftaran Kenderaan KL Bermula, Akhir Dengan Abjad - JPJ

by
Kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur sepatutnya tidak mempunyai masalah mematuhi syarat baru pada nombor siri plat kenderaan yang bermula dan berakhir dengan abjad, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Noraini Mohd Nawi.

Sebaik sahaja nombor siri lama berakhir bulan depan, siri baru akan bermula dengan W1A.

Peningkatan jualan kereta di bandar raya ini menimbulkan kebimbangan bagaimana siri baru akan dipamerkan terutamanya apabila ia mencapai angka yang lebih besar seperti WAA9999A.

Noraini berkata JPJ menggunapakai undang-undang sedia ada bagi nombor pendaftaran kenderaan di KL sama seperti yang digunakan pada nombor pendaftaran kenderaan di Sabah dan Sarawak.

"Sepatutnya tidak timbul masalah kerana siri yang sama turut digunakan bagi mereka yang berada di Sabah, dengan abjad dihadapan dan nombor dibelakang. Kaedah yang saya turut digunapakai di KL," katanya sambil menambah nombor pendaftaran yang lebih besar seperti WAA9999A perlu menunggu tempoh 20 tahun untuk dicapai.

Pada ketika ini nombor pendaftaran bagi kenderaan di Sabah dan Sarawak masing-masing ialah SAB7483P dan QAA4351G setakat pukul 5.30 petang Khamis.

Noraini berkata tiada sebarang masalah di Sabah dan Sarawak setakat ini dan JPJ juga tidak mempunyai masalah dengan saiz nombor pendaftaran kenderaan untuk memuatkan semua huruf dan aksara berkenaan.

Ketika ini, JPJ menetapkan plat yang digunakan mesti menggunapakai fon 'Ariel Bold', dengan ukuran yang khusus bagi abjad dihadapan dan di akhir nombor pendaftaran.

Peraturan tersebut termasuk spesifikasi biasa dengan penggunaaan fon yang boleh dilihat hingga jarak 18 meter di siang hari dan 15 meter pada waktu malam.

Nombor plat berkenaan perlu dipamerkan secara tegak di bahagian hadapan dan belakang kenderaan.

Plat tersebut juga perlu menggunakan abjad dan nombor yang berwarna hitam dan putih.

- mSTAR



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90