Bajet 2014: Rakyat dipelawa kongsi idea dan cadangan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa orang ramai memberi pendapat dan berkongsi maklum balas mengenai Belanjawan 2014.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata maklum balas daripada orang ramai itu adalah selaras dengan komitmen beliau untuk membentuk belanjawan yang diinspirasikan oleh rakyat.

"Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013," katanya dalam entri terbaharu Facebooknya.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selaras komitmennya untuk membentuk belanjawan hasil inspirasi rakyat.
“Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi Belanjawan 2013 dan sekali lagi mempelawa anda untuk sertai kami, mulai Isnin depan dalam berkongsi maklum balas Bajet 2014,” katanya dalam Facebook, semalam.


Fokus lima aspek

Bajet 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati memfokuskan lima aspek utama, iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudayakan inovasi meningkat produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Antara sorotan bajet itu adalah meringankan kos sara hidup dengan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), diskaun PTPTN (pendidikan), subsidi dan insentif padi bernilai RM2.4 bilion (kelestarian bekalan makanan) serta unit rondaan bermotosikal dan pemasangan alat kawalan keselamatan (kejiranan yang selamat).

Pembangunan komuniti

Sorotan lain adalah pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada program seperti 1Azam dan transformasi komuniti, pasaran bon dan sukuk, dana pembiayaan perusahaan kecil sederhana (PKS) Bumiputera dan dana industri halal (menyokong pelaburan dan PKS), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Skim Rumah Pertamaku (perumahan untuk rakyat) dan aspek kesihatan seperti Klinik 1Malaysia dan pemeriksaan percuma ujian mamogram.

- BERITA HARIAN



Bajet 2014: Rakyat dipelawa kongsi idea dan cadangan

2 comments.. read them below or add one

sedy sedy 21 August, 2013
SA'ADIAH BINTI SHUIB KP: 650311105884
Saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia mempertimbangkan semula imbuhan khas untuk guru-guru sama ada di sekolah, kolej matrikulasi, IPG, IAB yang memiliki ijazah lanjutan sama ada ijazah sarjana mahupun ijazah PhD. Ini selaras dengan tujuan Bajet 2014 untuk memperkasakan pendidikan dan latihan, dan sebagai imbuha kepada guru-guru yang telah sanggup menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara. "Mereka ini telah banyak berkorban masa dan kewangan. Tidak salah rasanya mereka diberikan ganjaran untuk nilai tambah yang dimiliki. Pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji untuk lulusan ijazah sarjana dan tiga tangga gaji bagi pemegang PhD adalah wajar diberikan kepada mereka.

Cadangan saya yang kedua, berdasarkan baget 2014 untuk meringankan kos sara hidup, saya merayu agar kerajaan mengkaji semula harga rumah yang kini rata-ratanya melambung naik dalam lingkungan RM500,000 dan ke atas. Manakala rumah mampu milik yang dicanangkan hanyalah untuk mereka yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Bagaimana pula nasib kakitangan kerajaan yang berpendapatan sederhana RM4000 ? yang sememangnya tidak mampu juga membeli rumah yang harganya melambung tinggi? Rata-rata kaki tangan kerajaan adalah orang Melayu (dan boleh dikatakan 70%). Apakah akan jadi kepada mereka bangsa Melayu di Tanah Melayu? Saya amat berharap agar kedudukan bangsa Melayu di negara Malaysia ini tidak terjadi seperti apa yang berlaku pada orang Melayu di Singapura.
ma min ma min 26 August, 2013
assalamualaikum dato'sri saya ingin berkongsi pandangan saya kpd dato sekarang malasah paling besar di malaysia adalah br1m dan bantuan yg sepatutnya tidak perlu di bagi..saya rasa dato tidak perlu membelanjakan wang semua 2 kpd rakyat tolong la duit itu dibayar hutang malaysia kpd hutang dunia cuba fikirkan untuk masa akan datang??generasi muda skrg sudah hilang pertimbangan dengan malaysia saya amat takut dato saya syg malaysia jika dato inginkan idea yg lebih bagus dato rujuk la pada dato"dr.mahatir mohamad.. beliau lebih berpengalaman dalam hal dunia dan tanah air kita Malaysia...
kami sayangkn Malaysia...
saya memohon maaf jika tersilap sesuatu perkataan yang saya ungkapkan.
selamat hari raya maaf zahir dan batin

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000