Top Ad 728x90

,

Senarai barang yang dikecualikan GST

Senarai barang yang dikecualikan GST

Kira-kira 40 barangan keperluan asas rakyat terutama makanan dan minuman tidak akan dikenakan sebarang cukai apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Antara barangan keperluan asas yang dikecualikan cukai termasuk tepung, beras, gula dan ikan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ketika ini sebahagian besar barangan keperluan asas itu dikenakan cukai di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sekarang.

“Kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen, awal tahun depan,” katanya pada pemberita selepas merasmikan surau baru di Kampung Kuang Hilir, Chemor di Ipoh, semalam.

Kurangkan cukai korporat

Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kerajaan juga bercadang mengurangkan cukai korporat bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan tempatan selain menurunkan kadar cukai lain bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

“Apabila GST dilaksanakan, tentu pendapatan negara akan meningkat. Sebahagian dana daripada GST itu akan digunakan untuk memberi bantuan kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan mereka yang berada dalam senarai e-Kasih.
“Ramai yang salah faham menyangkakan GST sebagai sistem cukai baru yang diperkenalkan kerajaan sebagai tambahan kepada SST. Sedangkan, GST adalah sistem cukai yang lebih moden menggantikan SST.

“GST sudah dilaksanakan di lebih 170 negara dan ia terbukti berjaya mendatangkan faedah kepada ekonomi negara berkenaan,” katanya.

Husni menjangka GST memerlukan tempoh kira-kira 18 bulan untuk dilaksanakan selepas diluluskan di Parlimen.

“Kita di negara ini masih dalam peringkat kajian dan rang undang-undang itu dijangka dibentang di Parlimen, awal tahun depan kerana ia memerlukan tempoh kira-kira 18 bulan untuk dilaksanakan selepas dibentangkan di Parlimen.

“Jadi, paling cepat pun kita memerlukan masa kira-kira setahun sebelum boleh dilaksanakan,” katanya.

- BERITA HARIAN


1 Comment:

  1. Nama: Elias Aun Anak Limping
    Mohon Kerajaan membuat tindakan seperti berikut:-
    1. Boleh kah Kerajaan email kepada Yahoo, Gmail, Hotmail etc.. semua senarai barang dan perhidmatan yang dikecualikan dari pada GST, dan seterusnya Yahoo, Gmail, Hotmail etc.. akan email kepada semua yang ada account email yang berkenaan.

    2. Pamerkan Senarai barang barang dan Perkhidmatan di hadapan kedai kedai/Supermarket, Jabatan jabatan Kerajaan, di Kampung dan di Rumah panjang bagi Negeri Sarawak atau mana mana Negeri yang ada rumah panjang.

    3. Senaraikan juga pekedai pekedai/Peniaga yang ada GST dan yang tiada GST.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90