Top Ad 728x90

PENGAMBILAN JURURAWAT U29 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) - LEPASAN IPTS

by


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lulusan Diploma Sains Kejururawatan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

"Calon yang berminat bolehlah mendaftar permohonan masing-masing menggunakan borang dalam talian melalui laman web SPA di www.spa.gov.my dan tarikh tutupnya pada 13 Oktober ini sebelum pukul 11.59 malam,'' katanya.

Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga. SPA akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan.

"Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan. Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat,'' katanya.

Iklan Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Oktober 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/pengambilan-suruhanjaya-perkhidmatan_30.html





TNB perkenal bil elektrik baru mulai 1 Oktober 2013

by
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baru kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan rekabentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober 2013.
   
Menurut kenyataan TNB, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.
   
Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.
   
"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.
   
Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.
   
- BERNAMA


Maxis lancar pelan prabayar baharu #Hotlink

by

Maxis lancar pelan prabayar baharu #Hotlink

Maxis Bhd. (Maxis), melancarkan pelan prabayar terbaharu #Hotlink, disasarkan kepada pengguna yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa.

Pelan #Hotlink menawarkan pelanggan perkhidmatan internet asas berterusan dengan percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan (gambar) berkata, pelan prabayar baharu itu amat bersesuaian dengan persekitaran internet mudah alih hari ini yang mana sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan, tetapi keperluan.

"Ini adalah satu pelan mudah, fleksibel dan relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran pelan prabayar #Hotlink di sini hari ini.

Jelasnya, pelan itu merupakan satu kategori baharu penggunaan internet mudah alih untuk menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan.

#Hotlink menawarkan pramuat kredit sebanyak RM5 dan beberapa faedah dengan harga RM8.80.

Antara faedahnya ialah internet asas percuma pada 64 Kilobait sesaat (Kbps) selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif, kadar rata rendah sebanyak 12 sen setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) ke semua rangkaian.

Untuk mendapatkan pelan baharu #Hotlink, pelanggan hanya perlu melawat kedai Hotlink atau Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink juga boleh mendapatkan pelan baru ini.

- UTUSAN

JAWATAN KOSONG TERKINI - 25 SEP 2013

by
JAWATAN KOSONG TERKINI - 25 SEP 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Temuduga Terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 27 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/temuduga-terbuka-kementerian-pendidikan.html

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sep / Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/pengambilan-perajurit-muda-tudm-sep-okt.html

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia - Tarikh Tutup : 4 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-lembaga-koko-malaysia.html

Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) di Jabatan Pelajaran Sabah - Tarikh Tutup : 27 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/skim-sangkutan-dan-latihan-ssl-di.html

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor - Tarikh Tutup : 7 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-uitm-johor-tarikh-tutup.html

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka - Tarikh Tutup : 7 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-uitm-melaka-tarikh-tutup.html

Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Johor - Tarikh Tutup : 2 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-jabatan-kesihatan-negeri.html

Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - Tarikh Tutup : 30 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-kumpulan-wang-simpanan.html

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

by


Bekas MB Kedah Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, 69, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pagi Khamis.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.

Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.

Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung dua jam kemudian.

Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.

Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.

Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.

Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

- mSTAR


'Orang minyak' ditahan berkeliaran di Terengganu

by

'Orang minyak' ditahan berkeliaran di Terengganu

MARANG - Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan ‘orang minyak’ yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam.

Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan.

Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan.

“Lelaki itu berjalan di hadapan kami.  Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, kami segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis.

“Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Sukri.

Pada 15 September lalu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.

Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.

Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.

Dalam pada itu, pasukan rondaan Rakan Muda termasuk Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu serta NGO lain akan terus melakukan rondaan di kawasan kampung berkenaan walaupun kes itu dianggap selesai.

- SINAR HARIAN

 


Pengambilan polis wanita ditambah

by
Pengambilan anggota polis wanita akan ditambah sehingga 30 peratus dalam usaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan terutama wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata ketika ini hanya 10.4 peratus atau 11,523 anggota wanita pelbagai pangkat berkhidmat di seluruh negara.

“Pengambilan konstabel wanita sedang dijalankan di seluruh negara selepas pengambilannya terhenti sejak tiga tahun lalu. Pada masa sama, bilangan anggota wanita berpangkat Superintendan ke atas turut ditambah kerana secara keseluruhan hanya 58 orang saja atau 7.4 peratus pegawai wanita,” katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Polis Wanita 2013, di Shah Alam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdulah; Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Timbalan Pengarah (I), Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Datuk Zubaidah Md Ismail.

Home guard

Terdahulu, ketika merasmikan seminar itu, Mohd Bakri berkata pembabitan wanita dalam bidang kepolisan bermula sejak 1950, sebelum Malaysia merdeka lagi.

“Dulu mereka bermula dengan ‘home guard’ yang bertujuan menyahut seruan pembabitan orang awam secara sukarela dalam kegiatan menentang pengganas komunis.

“Sejak itu, pembabitan wanita dalam tugas-tugas keselamatan semakin dirasai, terutama apabila pihak pasukan keselamatan memerlukan polis wanita untuk memeriksa penjenayah wanita,” katanya.

Katanya, kesedaran itu beralih menjadi satu keperluan untuk menubuhkan pasukan polis wanita bagi melaksanakan tugas-tugas kepolisan sejajar dengan peruntukan undang-undang.

- BERITA HARIAN


Kurangkan garam dalam makanan

by
Bagi mereka yang tidak peka atau kurang prihatin dengan penyakit darah tinggi, lihatlah data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 bahawa penyakit itu lebih berisiko kepada golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas terutama warga emas.

Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr. Chia Yook Chin, peratusan penghidap penyakit darah tinggi di negara ini juga bertambah sebanyak 30 peratus sejak 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap penyakit itu ketika ini.

Tambah beliau, jumlah tersebut tinggi ekoran amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.

"Jika dilihat daripada statistik terkini, sebenarnya dua per tiga daripada jumlah ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit darah tinggi.

"Apa yang lebih membimbangkan, jumlah tersebut dijangka meningkat dua kali ganda pada 2025.

"Jadi, disarankan agar setiap anggota masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dalam usaha mengetahui badan bebas daripada penyakit,"ujarnya pada sidang akhbar sempena kursus ketahanan hipertensi di Pusat Perubatan Sime Darby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, pemeriksaan awal penting dan sekiranya seseorang itu didapati mempunyai penyakit, rawatan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa malah juga dapat mengurangkan berlakunya strok.

Hari ini dengan pelbagai teknologi canggih yang ada dan ditambah pula dengan pelbagai kajian, pelbagai rawatan juga mampu diberikan kepada pesakit.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis ubat juga telah dicipta dalam usaha membendung pelbagai penyakit yang 'menyerang' masyarakat hari ini.

Yook Chin turut menasihati mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi agar sentiasa mengambil ubat tepat pada masanya dan sentiasalah berkomunikasi dengan doktor masing-masing dalam usaha mengetahui tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Ini kerana sekiranya pesakit tidak mengambil ubat mengikut seperti yang diarahkan penyakit yang sedia ada akan menjadi bertambah teruk malahan akan merebak ke bahagian lain.

Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sekiranya pesakit mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, dan tidak ketinggalan kepada mereka yang merokok.

Berbicara lanjut mengenai penyakit darah tinggi ini, jelas Yook Chin, sebenarnya pengambilan garam yang tinggi dalam makanan antara salah satu penyebab utama darah tinggi.

Penyebab-penyebab lain yang mampu mengundang penyakit darah tinggi ialah faktor umur, berat badan berlebihan, dan kurang senaman. Namun apa yang pasti katanya, punca sebenar kepada penyakit darah tinggi tidak diketahui.

Dalam majlis itu juga, pasukan perubatan daripada pusat perubatan tersebut memperkenal teknologi dan kaedah terkini dalam merawat hipertensi yang digelar OneShot Renal Denervation System.

Kaedah rawatan itu telah digunakan pakai di Eropah dan Malaysia merupakan negara pertama menggunakannya di rantau ini.

Dalam pada itu, Yook Chin menyeru penggiat industri makanan terutama pengusaha restoran turut membantu menangani masalah penyakit darah tinggi ini dengan mengurangkan penggunaan garam dalam hidangan mereka.

"Sewajarnya mereka perlu ada pengetahuan mengawal penggunaan garam dalam penyediaan makanan dan menggunakan bahan perisa asli yang lebih berkhasiat tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang disediakan.

"Pada masa yang sama, masyarakat turut diseru agar menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari kerana apa yang membimbangkan keadaan atau situasi hari ini (sakit) dilihat semakin teruk," katanya sebelum mengakhiri bicara.

- UTUSAN


Peluang guru mohon tukar sekolah

by
Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari 2014.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman masing-masing.

“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di lokasi mereka ditempatkan.

“Bagaimanapun, melalui kajian sama, kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.

“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu sama pada sidang media selepas Majlis Sarapan Bersama Ibu Bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, semalam, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Pada majlis sama, Idris turut mengumumkan peruntukan RM20,000 kepada SK Seri Pristana bagi menaik taraf infrastruktur dan keperluan sekolah berkenaan.

Beliau turut mengadakan lawatan ke bilik persalinan sekolah terbabit yang mencetuskan kontroversi pada Ramadan lalu berikutan pengurusan sekolah dikata mengarahkan murid bukan Islam makan pada waktu rehat di situ, yang didakwa adalah tandas.

Mengulas isu berkenaan, Idris berkata, hasil pemeriksaan dan pemerhatian dijalankan beberapa pihak mendapati dakwaan itu tidak tepat kerana bilik dimaksudkan bukan tandas, malah ia juga dalam keadaan bersih.

“Kunjungan saya hari ini (semalam) turut mendapati kantin yang dibaik pulih pada bulan puasa lalu sudah beroperasi semula, jadi saya anggap kontroversi ini sudah tamat” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN



JAWATAN KOSONG TERKINI - 15 SEP 2013

by
JAWATAN KOSONG TERKINI - 15 SEP 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - Tarikh Tutup : 24 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-majlis-bandaraya-shah.html

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong (MPB) - Tarikh Tutup : 20 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-majlis-perbandaran_17.html

Jawatan Kosong Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) - Tarikh Tutup : 20 Sept 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-institut-tanah-dan-ukur.html

Jawatan Kosong Institut Integriti Malaysia (IIM) - Tarikh Tutup : 20 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-institut-integriti.html

Jawatan Kosong Bank Persatuan Malaysia Berhad - Tarikh Tutup : 20 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-bank-persatuan-malaysia.html

Jawatan Kosong Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA)
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-perusahaan-automobil.html

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - Tarikh Tutup : 18 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-majlis-peperiksaan.html

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Tarikh Tutup : 27 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-keretapi-tanah-melayu.html

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) - Tarikh Tutup : 24 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-majlis-perbandaran_16.html

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my


Chin Peng Meninggal Dunia Di Thailand pada 16 September

by

Chin Peng Meninggal Dunia Di Thailand

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.

Dia berusia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.

Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.

Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.

- mSTAR



Leina Hangat Bertudung

by

Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

- mSTAR
 


JAWATAN KOSONG TERKINI - 11 SEP 2013

by

JAWATAN KOSONG TERKINI - 11 SEP 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) September 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/pengambilan-suruhanjaya-perkhidmatan.html

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) - Tarikh Tutup : 20 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-kolej-universiti-islam.html

Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak - Tarikh Tutup : 30 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-di-jabatan-kerja-raya.html

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah - Tarikh Tutup : 17 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-pejabat-setiausaha.html

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Tarikh Tutup : 20 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-universiti-malaysia.html

Jawatan Kosong Pejabat Pembangunan UiTM - Tarikh Tutup : 18 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-pejabat-pembangunan-uitm.html

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) - Tarikh Tutup : 17 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-lembaga-kemajuan-wilayah.html

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - Tarikh Tutup : 18 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-majlis-perbandaran.html

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) - Tarikh Tutup : 19 Sep 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/09/jawatan-kosong-lembaga-kemajuan-johor.html

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my


Penderma Organ Diperlukan

by

Hanya 432 penderma organ daripada 235,573 penderma berdaftar menderma untuk transplantasi sejak 1976 hingga Ogos tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata jumlah itu adalah kecil iaitu 0.83 peratus jika dibandingkan dengan bilangan penduduk negara yang seramai 28.3 juta orang.

"Jumlah itu tidak mencukupi memandangkan bilangan pesakit menunggu adalah seramai 16,987 orang dengan 90 peratus adalah pesakit buah pinggang.

"Bilangan pesakit lain tidak ramai bilangannya kerana ramai antara pesakit jantung, paru-paru dan hati yang meninggal sebelum mendapat penderma yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Preview Kapsul Rakan Derma Organ di Pusat Sumber Transplan Nasional di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shapie dan Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur, Dr Lela Yasmin Mansor.

Ditanya faktor jumlah penderma yang rendah berbanding jumlah pengikrar penderma berdaftar yang tinggi, Lee menjelaskan ia adalah ekoran faktor tidak mendapat kebenaran daripada waris penderma.

"Cabaran kita adalah walaupun jumlah pengikrar penderma organ tinggi, namun selepas mereka mati atau meninggal dunia, ahli keluarga tidak dimaklumkan mengenai niat penderma itu.

"Maka mereka akan bantah dan tidak bersetuju. Oleh itu, maklumat pengikrar ini perlu dikongsi bersama ahli keluarga supaya mendapat keizinan mereka.

"Perangkaan jumlah penderma dapat ditingkatkan jika ahli keluarga sedar dan faham niat penderma tersebut," katanya.

Kepada syor supaya akujanji penderma dibuat dan disaksikan bersama ahli keluarga supaya meningkatkan perangkaan penderma dan membantu pesakit memerlukan, Dr Azmi berkata perkara itu dijangka akan dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Subramaniam baru-baru ini berkata kerajaan mahu orang ramai memberikan pandangan berhubung Rang Undang-undang Akta Tisu Manusia 1974, sebelum ia dikemukakan ke Pejabat Peguam Negara.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk menggubal akta berkenaan yang hanya menyentuh aspek pendermaan organ dan tisu dari tubuh orang yang telah meninggal dunia bagi tujuan perubatan, pendidikan dan penyelidikan perubatan.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan kesedaran untuk berdaftar menjadi pengikrar penderma organ dan maklumat lanjut mengenai menderma organ, kementerian akan melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my pada 18 September ini.

Ketika ini bagi menarik minat masyarakat tampil sebagai penderma organ dan juga menyokong program ini, kementerian menjalankan promosi dan kempen hebahan bersama-sama pelbagai agensi, badan bukan kerajaan, badan berkanun, selebriti dan ahli sukan.

- BERNAMA




Harga minyak RON97 naik 15 sen mulai 5 September 2013

by
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.

- MALAYSIAKINI


Harga minyak RON95 naik 20 sen mulai 3 September 2013

by

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 naik 20 sen dari RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter manakala minyak diesel naik 20 sen dari RM1.80 seliter kepada RM2.00 seliter berkuatkuasa 12.00 tengah malam ini, 3 September 2013 (Selasa).

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

- BERNAMA




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90