Top Ad 728x90

Guru tidak perlu hafal 100 inisiatif PPPM

Guru tidak perlu hafal 100 inisiatif PPPM

Guru tidak perlu hafal 100 inisiatif PPPM

Guru-guru tidak perlu menghafal kesemua 100 inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar tidak membebankan mereka.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, apa yang penting sekarang ialah meningkatkan sambungan internet di sekolah-sekolah, khususnya di luar bandar dan sebagainya.

Menurut beliau, ketika pihak kementerian bersemangat melaksanakan sistem baharu itu, pihaknya tidak mahu golongan guru berasa susah dan terbeban kerana perlu mengingati kesemua 100 inisiatif tersebut.

"Lupakan 100 inisiatif itu. Saya beritahu dengan Lembaga Peperiksaan dua hari lalu, janganlah seksa cikgu. Saya tahu dan faham kerana saya bercampur dengan banyak guru. Buatlah yang mustahak dulu.

"Jangan seksa cikgu-cikgu saya. Ada 100 inisiatif, tidak tidur cikgu nanti," katanya semasa merasmikan Jerayawara PPPM 2013-2025 Peringkat Negeri Perak di Ipoh, Perak.

Majlis penerangan tentang PPPM 2013-2025 itu dihadiri kira-kira 300 warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negeri ini.

Dalam ucapannya, Idris juga mengulas tohmahan pihak tertentu kononnya PPPM 2013-2025 tidak dibuat secara komprehensif sebagai suatu tanggapan salah.

Katanya, dalam penyediaan pelan pendidikan itu, kerajaan telah mendapatkan pandangan daripada kira-kira 55,000 orang berkepentingan di dalam negara dan luar negara.

"Kita juga mendapatkan pandangan dan kepakaran daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) dan Bank Dunia tetapi ada lagi yang kata tidak lengkap.

"Setiap tahun kita akan buat analisis dan boleh tambah mana yang perlu tetapi untuk kata apa yang kita buat tidak komprehensif, itu tidak betul sebenarnya," ujarnya.

- UTUSAN




0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90