Top Ad 728x90

Kemaskini Data Cukai Untuk Mudahkan Rebat

Kemaskini Data Cukai Untuk Mudahkan Rebat

Pada pembentangan Bajet lalu, kerajaan menetapkan pulangan cukai tahunan perlu dilakukan setiap bulan bermula April tahun depan.

Tetapi kebanyakan pembayar cukai mula mengemaskini data masing-masing mulai sekarang.

Orang ramai memilih pelan yang dikenali sebagai 'cukai akhir' perlu mengemaskini pelepasan cukai bersama majikan mulai sekarang untuk memastikan jumlah yang dipotong adalah lebih tepat, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, mereka yang layak untuk pelan cukai akhir perlu mula mengisi borang TP1 yang akan membolehkan majikan mendapatkan rebat dan pelepasan.

Jelasnya, bagi pekerja yang memilih pelan cukai akhir tetapi gagal memaklumkannya kepada majikan berisiko untuk dikenakan cukai lebih tinggi daripada sepatutnya.

"Ini kerana di bawah skim itu, potongan cukai bulanan (PCB) dianggap sebagai cukai akhir dan pembayar cukai tidak akan mendapat apa-apa bayaran balik apabila 2014 berakhir.

"Manfaat PCB sebagai cukai akhir ialah, pembayar cukai boleh menikmati gaji yang lebih pada akhir bulan. Pelepasan diambil kira serta-merta dan mereka tidak lagi perlu menunggu bayaran balik daripada LHDN seperti sebelum ini," katanya kepada The Star.

Borang TP1 boleh dimuat turun dari laman web LHDN (www.hasil.gov.my) dan ia termasuk rebat untuk elaun buku, insurans, komputer peribadi, peralatan sukan, pendidikan dan perbelanjaan perubatan termasuk peralatan sokongan asas untuk ibu bapa.

"Pembayar cukai yang memilih pelan cukai akhir perlu mengisytiharkan semua potongan cukai dan rebat serta menyerahkan borang TP1 kepada majikan yang akan mengemaskini data dan memastikan jumlah cukai yang dipotong setiap bulan adalah betul seperti yang dikemukakan kepada LHDN," tambah Masrun.

Beliau berkata, potongan cukai bulanan biasanya akan mengambil kira potongan yang dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau yang lain. Borang TP1 hanya untuk rebat tambahan.

Menurutnya, bagi mereka yang tersilap mengisi borang TP1 atau terlupa untuk menyerahkannya kepada majikan, masih boleh memilih untuk memfailkan pulangan cukai tahunan sebelum 30 April tahun depan.

"Mereka boleh menjalankan penilaian kendiri dalam talian dan menentukan sekiranya terdapat terlebih potongan terhadap gaji bulanan mereka. Jika tidak, maka mereka boleh memilih pelan cukai akhir.

"Ia merupakan kepentingan terbaik pembayar cukai untuk mengemukakan borang dan mendapatkan bayaran balik mereka dengan cepat kerana ia adalah wang mereka,"kata beliau sambil menambah bahawa mereka yang memilih untuk cukai akhir tetapi memutuskan untuk menukar fikiran masih boleh berbuat demikian.

- mSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90