Taib Mahmud berundur selepas 33 tahun sebagai Ketua Menteri

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, secara rasmi meninggalkan pejabatnya di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia di sini, yang menjadi ‘rumah kedua’ beliau sejak 33 tahun lalu, tepat jam 2.15 petang semalam.

Beliau kemudian dilihat memasuki lif untuk turun ke aras bawah bangunan itu bagi merasmikan Sudut Rekreasi Wisma Bapa Malaysia, sekali gus menjadi majlis rasmi terakhir dihadirinya.

Abdul Taib sambil ditemani penggantinya, Tan Sri Adenan Satem, kemudian beramah mesra dengan lebih 300 kakitangan kerajaan negeri yang berbaris seawal jam 12 tengah hari, untuk bersalaman buat kali terakhir dengan beliau.

Ada dalam kalangan kakitangan terbabit teruja bergambar dengan Abdul Taib, yang mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia. Ada di antara mereka membawa pemidang tertera ucapan terima kasih kepada beliau.

Abdul Taib diiringi isteri, Puan Sri Ragad Kurdi, turut bergambar kenangan dengan pegawai kanan kerajaan negeri di pekarangan Wisma Bapa Malaysia.

Sejurus sesi fotografi selesai, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang disifatkan Abdul Taib sebagai ‘orang kanan’ paling setia dan dipercayai beliau, kelihatan tidak dapat mengawal emosi berikutan pengunduran pemimpin itu.

Jabu yang juga Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lantas memeluk erat Abdul Taib sambil menitiskan air mata sebelum bersama Adenan mengiringi bekas ketuanya itu ke kenderaan peribadi bernombor pendaftaran KR 1963, iaitu simbolik tahun penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Abdul Taib, 78, selepas ini bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7, menggantikan Tun Abang Mohamad Salahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.


- BERITA HARIAN






Taib Mahmud berundur selepas 33 tahun sebagai Ketua Menteri

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000