Top Ad 728x90

Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine

by

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu. Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.” Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.

Sumber: Sinar Harian
 

LPT2 : Laluan Jabor - Cheneh dibuka 21 Julai 2014

by


Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

"Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai jika sempat sebelum Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu.

"Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi," katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran.

- BERNAMA

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Julai 2014

by



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N17 - 110 Kekosongan
(Jabatan Perkhidmatan Awam)

2. Penguasa Kastam W41 - 245 kekosongan
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

3. Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 - 22 kekosongan
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

4. Latihan Separa Perubatan - 2,221 kekosongan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 1:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_PembantuSetiausahaPejabatPortal.png

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 2 - 4:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_Julai2014_3JawatanPortal.png

Syarat kelayakan Jawatan 1

Syarat kelayakan Jawatan 2

Syarat kelayakan Jawatan 3

Syarat kelayakan Jawatan 4 

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup : 11 Julai 2014 (Jawatan 1) & 18 Julai 2014 (Jawatan 2 - 4)




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90