AirAsia tawar khidmat kurier kos rendah

AirAsia melancarkan perkhidmatan kurier kos rendah 'Redbox' yang bukan sahaja menawarkan penghantaran cepat tetapi juga 50 peratus lebih jimat berbanding syarikat lain.

Perkhidmatan baharu ini dibangunkan sepenuhnya oleh AirAsia bagi menyediakan penghantaran cepat untuk sektor perniagaan, pengguna biasa, korporat dan pekerja asing seberang laut menghantar bungkusan biasa dan produk serta dokumen di semua laluan syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu hanya menggunakan 18 peratus daripada ruangan perut pesawat, sekali gus membolehkan syarikat meneroka bidang ini tanpa perlu membeli pesawat kargo.

"Pendapatan sampingan ini menokok sekitar 20 peratus kepada perolehan kami dan kami mahu terus mempertingkatkan perkhidmatan baharu seperti Redbox ini.

"Menerusi Redbox, kami juga berharap untuk membuka horizon baharu perniagaan di Malaysia dan rantau ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan itu di sini.

Rangkaian laluan AirAsia kini meliputi 88 destinasi dan 22 negara, sekali gus memberi lebih banyak peluang perniagaan untuk usahawan tempatan yang menggunakan perkhidmatan Redbox.

Perkhidmatan baharu ini yang dipasarkan secara bersama oleh R Box Asia Pte Ltd boleh diakses dalam talian di redbox.airasia.com dengan operasi strategik di enam negara Asia dan 31 bandar utama di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Nepal.

Syarikat itu juga merancang untuk memperluas perkhidmatan kurier tersebut ke Australia, Jepun, China, Hong Kong dan lain-lain.

- BERNAMA


AirAsia tawar khidmat kurier kos rendah

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000