Kastam sasar 40,000 individu, syarikat daftar GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyasar sebanyak 40,000 individu yang menjalankan perniagaan dan syarikat mendaftar bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga 30 September ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot berkata, pendaftaran awal itu bertujuan membolehkan syarikat perniagaan di sekitar Kuala Lumpur diberikan pendedahan dan latihan komprehensif berkaitan pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

“Pendaftaran ini telah dibuka sejak 1 Jun lepas dan setakat ini bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja sebanyak 4,313 individu dan syarikat telah membuat pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas taklimat majlis Pendaftaran GST secara serentak di JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada sesi pendaftaran hari ini, sekurang-kurangnya 300 syarikat perniagaan hadir untuk membuat pendaftaran secara serentak.

Mohd Isa berkata bagi menggalakkan pendaftaran awal dalam kalangan individu dan syarikat perniagaan, JDKM Kuala Lumpur telah melaksanakan pendaftaran beramai-ramai secara serentak yang bermula sejak 25 Ogos lepas.

“Walaupun tanggungjawab mendaftar GST adalah terhadap peniaga-peniaga namun kami mengambil langkah proaktif ini dengan mendekati peniaga melalui persatuan-persatuan mereka untuk mempercepatkan proses pendaftaran GST dan membantu mereka untuk membuat pendaftaran secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata pendaftaran beramai-ramai secara serentak ini akan diteruskan sepanjang minggu ini dengan kerjasama pelbagai persatuan perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya langkah ini menunjukkan hasil positif dengan jumlah pendaftaran meningkat sebanyak 30 peratus berbanding minggu sebelumnya.   

“Melalui pendaftaran secara serentak ini, kita telah terima pendaftaran secara purata sehari dalam 200 hingga 300 pendaftaran.   

“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan syarikat perniagaan masih gagal untuk membuat pendaftaran kerana tidak tahu cara yang betul untuk membuat pendaftaran… ada juga yang beranggapan jika telah mendaftar sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), mereka tidak perlu membuat pendaftaran GST," kata Mohd Isa.

Bagi Kuala Lumpur, JKDM telah mengeluarkan sebanyak 67,000 surat pemberitahuan kepada syarikat perniagaan untuk membuat pendaftaran wajib, katanya.

JKDM menyasar sebanyak 123,000 syarikat membuat pendaftaran bagi GST di seluruh negara dan sehingga hari ini sebanyak 19,396 syarikat telah berbuat demikian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2014, mengumumkan pelaksanaan GST pada enam peratus untuk  menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Sumber : BERNAMA


Kastam sasar 40,000 individu, syarikat daftar GST

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000