Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat



Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat

Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi pada petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.

Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.

Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.

Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.

Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.

"Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu.

- mSTAR

 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000