Top Ad 728x90

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 8 September

Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 8 September

Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan Ke-52, yang diraikan hari ini, akan diadakan pada 8 Sept 2014, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, sambutan itu akan diadakan di Sunway Piramid Convention Centre, Petaling Jaya dan dijadual dirasmikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Sambutan ini diatur agak lewat memandangkan negara masih lagi bersedih dengan tragedi MH17," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian itu.

Beliau berkata, Hari Wanita disambut sebagai menghargai wanita yang bersama-sama membangunkan negara sehingga berjaya mencapai kemajuan yang membanggakan.

Tema sambutan tahun ini ialah 'Wanita Pendukung Aspirasi Negara' bagi membuktikan wanita bekerjaya juga cemerlang dalam bidang yang dikecapi, katanya.

Pada majlis sama, Rohani turut melancarkan penerbitan buku jurnal Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) 2013 bertemakan wanita dan kepimpinan. Ia hasil kompilasi penyelidikan penulis-penulis dari Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) termasuk Malaysia.

"Penerbitan ini diharap dapat memberi rujukan khususnya kepada pembuat dasar, ahli akademik, usahawan dan tokoh korporat wanita bagi meluaskan pemahaman mengenai isu wanita dan kepimpinan," katanya.

Sumber : BERNAMA



0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90