Top Ad 728x90

Banjir 2014 : Mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu kritikal

by

Banjir 2014 : Mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu kritikal

 Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang 26 Disember 2014.

Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586  orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung  berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain  kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian  menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu,  bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan  alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan  alan  Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur  keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil telah dibuka semua kepada semua  kenderaan.

Keadaan di PAHANG pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 orang pada tengah hari. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.  Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga pukul 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu  ahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya enam pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.   

Di KEDAH, jumlah  angsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di PERLIS, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di PERAK, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut  jurucakap MKN Negeri Perak.

Sumber : BERNAMA



BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015

by


BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pemohon baharu bantuan itu diminta membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2014 ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Dis, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari 2015.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baharu Perumahan Awam Jalan Padang Tembak di Teluk Intan, Perak.

Ahmad Husni berkata penerima digalakkan membuka akaun bank supaya proses pembayaran dapat dilakukan secara efisien memandangkan pembayaran BR1M adalah sebanyak tiga kali setahun.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September 2015.

Tips Temuduga - Baiki ‘Attitude’ Untuk Lulus Temuduga

by
Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.


Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :

>> Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.

>> Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.

>> Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

>> Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran


Panduan yang lebih khusus untuk persediaan temuduga anda;


Tips Temuduga -> http://jvsecurepay.com/access/233po/28?camp_id=2663

 




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90