Top Ad 728x90

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

by

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan: Sokongan    
         
Kementerian / Jabatan : Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang    
         
Jadual Gaji:    
         
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM928.00         RM3,375.00         RM95.00
   
Syarat Lantikan:    
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
 -  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-  (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:    
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:    
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


Sultan Ibrahim Dimahkota Sultan Kelima Johor Moden

by

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar pada pagi Isnin, 23 Mac 2015.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri Johor.

Raja Zarith Sofiah kini bergelar Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan negeri berkenaan.

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui RTM, TV3 dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda  Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah.

Sumber : mStar


AiSukaBazaar - Platform peniaga online

by
Trend membeli-belah di bazar yang mempamerkan variasi barangan jualan semakin popular dalam kalangan warga tempatan masa kini.

Ia juga membuka peluang kepada orang ramai untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Terdapat pelbagai pusat jualan berkonsepkan bazar lahir untuk memberi pilihan yang lebih baik kepada para pengunjung. Barangan jualan di bazar lazimnya merangkumi pakaian, kasut, aksesori dan makanan.

Menyedari trend pembelian dan perniagaan di bazar semakin menjadi sebutan orang ramai, pemegang jenama perniagaan bazar, AiSukaBazaar mengambil inisiatif mengadakan platform untuk peniaga online berniaga di bazar pada kadar sewa RM25 sehari.

Menurut pemiliknya, Mohd. Nazim Badruddin rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi medium terkini untuk peniaga online menjalankan perniagaan dengan modal rendah.

“Ramai peniaga memilih untuk memasarkan produk masing-masing melalui laman sosial kerana tidak mahu dibebani modal yang besar. Misalnya, kos sewa dan bayaran deposit untuk mendapatkan kedai.

“Peniaga bimbang sewa mahal tetapi lokasi kedai tidak strategik untuk menarik pelanggan. Inilah antara kekangan utama kepada anak muda untuk berkecimpung dalam perniagaan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nazim memberitahu, lokasi AiSukaBazaar merupakan pilihan tepat kepada peniaga online untuk meluaskan lagi perniagaan dengan tidak dibebani kos sewaan tinggi.

AiSukaBazaar memilih Tierra Crest, Kelana Jaya, Selangor yang turut menempatkan Universiti Antarabangsa Unitar sebagai lokasi jualan bazar setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 4 April ini.

“Saya yakin kadar sewa RM25 cukup berbaloi kepada peniaga kerana setiap tapak bazar diletakkan di dalam ruang yang mempunyai pendingin hawa. Jadi, pembeli dan peniaga selesa untuk berurusan.

“Kebiasaannya, harga tapak dalam tempat seperti ini mencecah RM150 sehari, malah ada sesetengah pengurus acara meletakkan harga RM250 sehari,” ujarnya.

AiSukaBazaar menyasarkan 100 peniaga online untuk berkampung di situ selama sebulan sebagai permulaan.

Katanya, tidak semua orang percaya dengan pembelian secara online kerana ada yang lebih suka membeli di kedai kerana boleh melihat dan memegang barangan yang ingin dibeli. Jualan di bazar memberikan kelebihan kepada peniaga kerana pasaran luar talian lebih terbuka dan mempunyai pengikut tersendiri.

Dalam pada itu, tambah Nazim, idea menubuhkan AiSukaBazaar dengan kadar sewa murah adalah berdasarkan pengalamannya yang aktif mengikuti jualan bazar sekitar Lembah Klang.

“Sebelum berjinak-jinak dalam pengurusan tapak, saya merupakan peniaga yang selalu mengikuti bazar jualan pada hujung minggu.

“Mengalami sendiri betapa susahnya mendapat keuntungan sebanyak RM150 sehari untuk digunakan bagi membayar sewa dan gaji. Ia membuatkan saya terfikir mahu membantu peniaga lain supaya mereka mendapat untung,” katanya.

Berdasarkan pengalaman, Nazim yang dikenali sebagai Gigs dalam kalangan vendor bazar pernah membuka tapak niaga AiSukaBazar bagi jualan bonet kereta dengan sewa RM10 sehari. Ia telah mendapat sambutan memberangsangkan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai AiSukaBazaar boleh melayari laman sosial, www.facebook.com/AiSukaBazaar, akaun Instagram @AiSuka_Bazaar atau talian 0111-888 8935.

Sumber : Kosmo!


GST: Kos Operasi Kesihatan Swasta Dijangka Naik 4%

by
Kos operasi penjagaan kesihatan swasta dijangka meningkat daripada dua hingga empat peratus selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April berikutan bekalan yang bercampur, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Holdings Bhd, Ahmad Shahizam Mohd Shariff.

Beliau berkata, tidak semua bekalan untuk hospital swasta dikecualikan GST kerana barangan tertentu yang diperoleh daripada kontraktor adalah di bawah kategori penarafan standard yang tertakluk kepada cukai enam peratus.

"Akan terdapat kos tambahan kerana sebahagian besar tidak boleh dilepaskan kepada pesakit.

"Sebagai pengendali hospital, kebanyakan aktiviti dicaj kepada pesakit adalah dikecualikan cukai, yang bermakna tidak ada tuntutan balik daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Bagaimanapun, kenaikan dua hingga empat peratus dalam kos bukanlah isu besar kerana ia agak terkawal," katanya kepada pemberita di majlis taklimat mengenai Dana Penjagaan Kesihatan Khazanah-IHH.

Selain isu GST, Ahmad Shahizam berkata, berikutan perjumpaan di antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan JKDM pagi ini, yuran perundingan bebas swasta telah diperjelaskan untuk berada di bawah bekalan penarafan standard dan tertakluk kepada cukai enam peratus.

Ini adalah isu hangat di kalangan mereka di hospital swasta sebelum ini mengenai kejelasan yuran dikenakan perunding bebas swasta yang menawarkan perkhidmatan di hospital swasta, katanya.

Walaupun kebanyakan bil di hospital swasta dikecualikan GST, komponen berkaitan yuran perundingan akan tertakluk kepada cukai enam peratus yang akan dikenakan kepada pesakit," tambahnya.

Sumber : mStar

GST - Insurans Kereta Naik 6 Peratus

by
Insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus ekoran pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Insurans akan naik. Tapi jangan percaya kepada khabar agin bahawa cukai jalan juga akan turut naik. Ia tidak akan naik," kata Pengarah GST, Datuk Subromaniam Tholasy pada Khamis.

Bagaimanapun bagi sesiapa yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos, mereka akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan 'skim pemasaran' yang mensensasikan GST.

"Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30. Kirakan kos itu dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

Sumber : mStar

GST - Cukai Kad Kredit Dihapuskan

by

Pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas yuran tahunan kad, tetapi cukai perkhidmatan RM50 akan digugurkan. Beberapa bank bagaimanapun boleh mengetepikan yuran tahunan atas permintaan.

"Dalam beberapa kes, tidak akan ada GST yang perlu dibayar," kata Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank di Malaysia Chuah Mei Lin.

Sumber perbankan itu menjelaskan bahawa GST terhadap yuran tahunan mungkin berbeza-beza, dari RM53 kepada RM500, bergantung kepada jenis kad.

Mereka berkata, pemegang kad boleh menggunakan mata ganjaran atau rebat untuk mengimbangi cukai enam peratus.

Chuah berkata, pelaksanaan GST juga bermakna bahawa cukai perkhidmatan RM50 kerajaan terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan.

"Bermula 1 April, cukai perkhidmatan ini akan dimansuhkan mengikut Akta GST," katanya dalam satu kenyataan.

Chuah juga menyatakan dengan jelas bahawa GST tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.

"Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh," katanya.

Katanya, caj kewangan, adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.

Chuah juga menolak cakap-cakap bahawa pemegang kad perlu membayar GST setiap kali kad mereka digunakan. GST tidak dikenakan apabila kad kredit digunakan untuk membuat pembayaran.

"Sebagai contoh, jika anda makan di restoran yang berdaftar untuk GST dan bil anda adalah RM50, anda akan dikenakan cukai enam peratus GST ke atas jumlah bil. Jadi jumlah yang anda perlu bayar akan menjadi RM53 (iaitu RM50 + 6 peratus)."

"Jika anda memilih untuk membayar bil menggunakan kad kredit/ debit, anda tidak akan dikenakan lagi cukai enam peratus pada jumlah RM53," katanya.

Pengarah Jabatan Kastam GST Datuk Subromaniam Tholasy berkata pemansuhan cukai perkhidmatan RM50 akan memberi manfaat kepada pemegang kad kerana mereka kini hanya perlu membayar enam peratus dari bayaran tahunan.

"Sebagai contoh, jika yuran tahunan bagi pemegang kad platinum adalah RM500, maka pemegang kad akan hanya perlu membayar RM530 (RM500 + RM30, yang merupakan cukai enam peratus)."

"RM30 adalah jelas jumlah yang lebih kecil yang perlu dibayar oleh pemegang kad berbanding cukai perkhidmatan RM50," katanya.

Sumber : mStar

 

Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

by

 Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri. Beliau berusia 91 tahun.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, anaknya iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, amat berdukacita dengan kematian itu.
Hsien Loong dipetik sebagai berkata, proses pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang serius.

Dilahirkan pada 16 September 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.

Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura sebuah bandar raya negara bertaraf dunia.

Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh Chok Tong.

Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau Menteri Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri sekarang Lee Hsien Loong.

Mendiang merupakan lulusan undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge pada tahun 1949.

Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan penasihat lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh politik paling berpengaruh di Asia.

Kuan Yew mengumumkan persaraannya daripada jawatan kabinet pada 14 Mei 2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai anggota Parlimen. Isterinya Kwa Geok Choo, meninggal dunia pada 2010 ketika berusia 89 tahun.

Sumber : mSTAR

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) – 26 Mac 2015

by


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk jawatan kosong berikut:

- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
(Kementerian Luar Bandar & Wilayah)
29 kekosongan, 60 simpanan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di Borang Online SPA : http://www.spa.gov.my


Pas kekal di DUN Chempaka dengan majoriti lebih besar

by

Pas berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang disandang oleh bekas Mursyidul Am Pas yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut di sini semalam dan berjaya me­raih majoriti lebih besar.

Ini setelah calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, yang merupakan Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar menewaskan empat calon Bebas dengan memperoleh sebanyak 10,899 undi.

Keputusan yang diumumkan Pegawai Pengerusi PRK DUN, Ibrahim Bakri Mat Deris pukul 9 malam tadi menyaksikan calon Pas itu memperolehi majoriti 10,092 undi iaitu lebih 3,592 undi berbanding Nik Abdul Aziz yang meraih majoriti 6,500 undi.

Ahmad Fathan menewaskan empat calon Bebas iaitu aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Shariff Mahmood yang memperoleh 807 undi diikuti Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin (89 undi); ahli perniagaan, Izat Bukhary Ismail Bukhary (51 undi) dan ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat (27 undi).

Sumber : Kosmo!



Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – 26 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – 26 Mac 2015

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:

- Juruaudit
- Pegawai Keselamatan
- Pegawai Kewangan
- Pegawai Pertanian
- Pegawai Psikologi
- Pegawai Sains (C41)
- Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
- Pegawai Veterinar
- Penolong Pendaftar
- Pustakawan

Iklan Jawatan:
http://www.umk.edu.my/index.php/en/component/k2/item/251-iklan-jawatan-kosong-bukan-akademik-tetap-tarikh-tutup-26-mac-2015

Borang Permohonan:
http://jobs.umk.edu.my/

Tarikh Tutup : 26 Mac 2015



Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 24 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 24 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) seperti berikut:

- Penolong Akauntan Gred W27
- Pembantu Akauntan Gred W17
- Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17
- Pembantu Tadbir (perkeranian/operasi) Gred N17
- Pengawal Keselamatan Gred KP11

Iklan Jawatan:
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/c540bc3f-193d-4604-9fe6-f4c456cdad24

Borang Permohonan:
http://www.mpm.edu.my/documents/10156/1a03eb49-75ce-4708-b711-9a5da34ec005

Tarikh Tutup : 24 Mac 2015




Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Selangor – 25 Mac 2015

Permohonan dipelawa daripada warganebara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) seperti berikut:

- Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred Ja29
- Penolong Jurutera (Awam) Gred Ja29
- Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27
- Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
- Pembantu Tadbir (Undang-undang) Gred L17

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
http://www.mdks.gov.my/web/guest/e-jawatan

Tarikh Tutup : 25 Mac 2015



Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 27 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - 27 Mac 2015

Jawatan:
1. Jurutera J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Pegawai Penilaian W27
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
5. Penolong Pegawai Tadbir N27
6. Juruteknik Ukur J17
7. Penolong Jurutera J29
8. Juruaudio Visual N17
9. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N17
10. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
11. Pembantu Tadbir Kewangan W17
12. Pembantu Setiausaha Pejabat
13. Pembantu Operasi Gred N11
14. Tukang K2 R11

Iklan Jawatan:
http://www.risda.gov.my/images/pdf/Perjawatan/2015/Iklan_13032015.pdf

Tarikh tutup 27 Mac 2015

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my

 




Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 08 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 08 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) sebagai:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa - JA29
2. Penolong Akauntan - W27

Iklan Jawatan:
http://www.mdpmas.gov.my/documents/10124/faab6760-0c9b-462f-85fc-49c277edf125

Tarikh tutup permohonan pada 08 Mac 2015
Lokasi: Kelantan



Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 09 Mac 2015

by

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 09 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai :

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - (25 kekosongan)
2. Jurufotografi B17 - 1 kekosongan
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27 - (4 kekosongan)
4. Pembantu Operasi N11 - (2 kekosongan)

Iklan Jawatan:
http://www.lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=141b4989-63ee-4730-91d7-e66cf524800f&groupId=203490

Tarikh tutup permohonan pada 09 Mac 2015
Lokasi : Pelbagai Negeri

Jawatan Kosong Jabatan Warisan Negara - 06 Mac 2015

by

Jawatan Kosong di Jabatan Warisan Negara - 06 Mac 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelaykan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Warisan Negara sebagai :
- Pemandu Kenderaan

Iklan Jawatan:
http://www.heritage.gov.my/download/Iklan%20Pemandu%20Kenderaan%20Kontrak%20Zon%20Timur.pdf

Tarikh tutup permohonan pada 06 Mac 2015.
Lokasi : Terengganu

Jawatan Kosong Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 19 Mac 2015

by


Jawatan Kosong Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 19 Mac 2015

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan ini akan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sebagai:

1. Penjaga Jentera Elektrikal - J17
2. Pembantu Kemahiran - H17

Iklan Jawatan:
http://www.pmint.gov.my/v2/main.php?module=68

Borang Permohonan Online:
http://www.pmint.gov.my/e-jawatan/jaw_kosong_form.php?kat_jawatan=MAC15

Tarikh tutup permohonan pada 19 Mac 2015
Lokasi: Terengganu



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90