Top Ad 728x90

Serian diisytihar bahagian baharu di Sarawak

Serian diisytihar bahagian baharu di Sarawak

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengisytiharkan daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi bahagian baharu di Sarawak. Adenan membuat pengumuman itu di hadapan lebih 10,000 orang termasuk pemimpin kaum Bidayuh pada sambutan Pesta Birumuh (Festival Menuai Padi) Serian 2015 di Stadium Mini Serian.

"Hari ini, 11 April 2015 hari bersejarah bagi Serian sebab pada hari ini saya mengisytiharkan dan mulai hari ini daerah Serian dan Tebedu bersama-sama sub-daerah Siburan menjadi Bahagian Serian," kata Adenan, disambut dengan paluan gong dan gendang manakala bunyi letupan mercun bergema selama 10 minit di stadium mini itu. Terdapat 11 bahagian di Sarawak sebelum ini iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Pengumuman Adenan turut disambut dengan sorakan gembira lebih 10,000 orang yang memenuhi stadium mini itu dan ketua menteri hanya meneruskan ucapannya selepas berakhirnya bunyi letupan mercun itu. "Permintaan kalian sudah dipenuhi. Jika ada Bahagian Samarahan bagi kaum Melayu, Kapit bagi Iban, Sibu bagi Cina, Mukah bagi Melanau dan Miri bagi Orang Ulu, maka Serian seharusnya bagi Bidayuh.

"Kaum Bidayuh berhak mendapat bahagian sendiri sebab kalian mahu diiktiraf di dalam Malaysia dan Sarawak," kata Adenan. Dalam ucapannya itu, Adenan turut mengumumkan geran RM2 juta kepada kaum Bidayuh menerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) sebagai dana pendidikannya. Adenan mengingatkan kira-kira 200,000 kaum Bidayuh di Sarawak supaya berbangga dengan bangsa, tradisi dan sejarah pencapaian mereka selain memuji mereka yang dapat bekerja dan hidup dengan harmoni bersama kaum lain di negeri ini.

"Kita di Sarawak amat bertuah sebab bangsa, agama dan tradisi tidak memecahbelahkan kita dan kita hidup dalam aman serta harmoni dan kita mesti mengekalkannya," katanya.

Sumber : Bernama



0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90