60,000 akauntan diperlukan menjelang 2020


Malaysia perlu menggandakan jumlah akauntannya kepada 60,000 dalam usaha untuk membantu transformasi kepada negara maju menjelang 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
   
Menurutnya, perakaunan adalah satu daripada bidang utama yang negara ini masih kekurangan dan sektor awam serta swasta perlu memastikan permintaan yang dipacu pertumbuhan stabil dan kukuh Malaysia dapat dipenuhi.
   
"Kini terdapat kira-kira 30,000 profesional perakaunan di Malaysia, 28 peratus daripadanya adalah akauntan bertauliah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman (MoU) di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.
   
MoU terbabit adalah di antara Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), UiTM dan dua badan perakaunan profesional, iaitu Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia dan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA).
   
MoU pertama di antara TalentCorp, UiTM dan CPA Australia akan membolehkan 300 penuntut perakaunan di UiTM memulakan perjalanan kelayakan profesional mereka dengan menduduki satu peperiksaan profesional di bawah program CPA ketika mengikuti program ijazah mereka

Ketika menggesa lebih ramai graduan perakaunan mendapatkan kelayakan perakaunan profesional, Abdul Wahid berkata: "Usaha kerajaan melahirkan graduan yang sesuai dengan industri adalah untuk memastikan bakat muda Malaysia mampu menembusi pelbagai peluang pekerjaan pendapatan tinggi berikutan daripada transformasi ekonomi negara."
   
Sebelum itu, Abdul Wahid melancarkan Zon Pembabitan Industri (Ind-E-Zone) di kampus UiTM Puncak Alam, yang bertujuan menangani ketidakpadanan kemahiran di antara graduan baharu dan permintaan industri di samping memperkasa pelajar agar lebih bersedia untuk alam pekerjaan.
   
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican berkata, program meningkatkan perakaunan profesional itu serta pusat Ind-E-Zone adalah sebahagian usaha TalentCorp untuk meningkatkan kebolehpekerjaan graduan melalui kerjasama ahli akademik industri.
  
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, Ind-E-Zone akan membantu merapatkan jurang di antara ahli akademik dan industri berkenaan serta meningkatkan kebolehpekerjaan pelajar.
   
"Ditambah dengan MoU dengan TalentCorp dan CPA Australia, ia akan meningkatkan jumlah akauntan bertauliah berdaftar di kalangan Bumiputera yang kini hanya lapan peratus," katanya.
    
Dalam ucapan alu-aluannya, Sahol berkata, UiTM selain daripada CPA dan CIMA, telah bekerjasama dengan badan perakaunan profesional seperti Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000