Hashim Hassan Digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan


Ramai yang tidak mengetahui bahawa bekas Profesor Madya, Hashim Hassan merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta logo sambutan Hari Kebangsaan Negara sebanyak lapan kali.

Sebagai pengiktirafan kepada sumbangan kreatif itu, Hashim yang kini berusia 77 tahun digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan kerana selama lapan tahun mencipta logo Hari Kebangsaan seperti yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.

Selepas tidak mencipta logo beliau dilantik pula menjadi anggota jawatankuasa dan panel hakim pertandingan mencipta logo hari kebangsaan yang diadakan setiap tahun sehingga ke hari ini.

Hashim berkata, pada masa dahulu, beliau akan menghasilkan lima bentuk logo untuk hari kebangsaan dalam masa seminggu tanpa kemudahan teknologi komputer dan perdana menteri pada ketika itu akan hanya memilih satu daripadanya.

Generasi muda hari ini yang ingin mencipta logo perlu mempunyai perkara utama iaitu perasaan cinta kepada negara kerana idea dan kebolehan kita melukis itu akan datang dengan sendirinya. |

Ilham yang datang sendiri itu ditambah dengan kemudahan menggunakan alat-alat komputer sekarang yang begitu hebat, membolehkan generasi muda dapat menghasilkan logo dengan lebih cepat dan lebih baik lagi, kata Hashim.

Bekas pensyarah kelahiran Johor itu merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik, merupakan antara insan terpilih dalam kalangan anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Hashim menuntut di Canterbury College of Art, England pada 1965 hingga 1969 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Grafik dalam jurusan Tipografi dan Tanda serta Simbol, dan seterusnya Ijazah Sarjana daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat dalam Pendidikan Seni pada 1974.

Beliau yang mempunyai bakat dalam seni lukis telah berkhidmat di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama 33 tahun bermula pada 1970 sebelum bersara pada 2003, dan kemudian di Universiti Selangor(UNISEL) pada 2006 hingga 2013.

Hashim yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke-78 pada 15 Oktober akan datang mengalami masalah kesihatan dan "slipped disc" pada tulang belakang sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan ia rosak dan membengkok ke kiri.




0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000