MH17: Tembakan Disyaki Dari Peluru Berpandu Rusia


Pendakwa Belanda dari pasukan penyiasat jenayah antarabangsa terhadap insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine memberitahu bahawa serpihan yang ditemui di lokasi nahas mungkin milik sistem peluru berpandu buatan Rusia.

Pasukan penyiasat antarabangsa dan Belanda sedang menyiasat "beberapa bahagian, kemungkinan dari sistem peluru berpandu ke permukaan udara BUK," kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dan pihak pendakwa menerusi satu kenyataan bersama.

"Bahagian-bahagian ini telah diperolehi semasa misi pencarian sebelum ini di timur Ukraine dan ia kini berada di bawah pengawasan pasukan penyiasatan jenayah bagi MH17 dan Lembaga Keselamatan Belanda," katanya.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai tahun lalu, mengorbankan kesemua 298 orang semasa pergolakan antara pasukan tentera Kiev dan puak pemisah pro Rusia.

Ukraine dan kebanyakan negara di Barat mendakwa pemberontak pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat itu, dengan mengatakan bahawa mereka mungkin menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Rusia.

Rusia dan pihak pemberontak menafikan mereka bertanggungjawab dan menunding jari ia dilakukan oleh pasukan tentera Ukraine.

Anggota bagi Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diwakili oleh Belanda, Malaysia, Ukraine, Australia, Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang pada masa ini sedang mengadakan mesyuarat di The Hague bagi membincangkan mengenai draf laporan OVV berhubung punca nahas.

Menerusi kenyataan dari OVV dan JIT, serpihan yang disiasat itu "mungkin boleh memberi lebih banyak maklumat mengenai siapa yang terlibat dalam nahas MH17".

"Atas sebab itu, JIT akan membuat siasatan lanjut terhadap serpihan berkenaan. JIT akan menyenaraikan pakar-pakar di peringkat antarabangsa, antara lain pakar forensik dan pakar senjata," katanya.

Penyiasat menegaskan bahawa "pada masa ini, kesimpulan mengenai terdapat kaitan antara serpihan yang ditemui dengan pesawat MH17 yang terhempas tidak boleh dilakukan".

Rusia pada bulan lalu menggunakan kuasa vetonya menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menubuhkan tribunal antarabangsa bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 di Ukraine.

Negara-negara yang terlibat kini sedang mencari usaha lain untuk menjalankan pendakwaan, walaupun tiada suspek yang dikenal pasti atau ditahan.

OVV akan mengeluarkan laporan akhirnya mengenai apa, bukan siapa yang menembak jatuh pesawat itu pada Oktober ini. 

- WIRES

 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000