Top Ad 728x90

Paya Siput, Lanchang - Titik tengah Semenanjung


Kerajaan negeri Pahang akan membina sebuah mercu tanda di Batu 11, Kampung Paya Siput, Lanchang, tidak lama lagi sebagai deklarasi rasmi bahawa kampung yang berada kira-kira 80 kilometer dari bandar Temerloh itu merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebelum ini masih ramai rakyat negara ini tidak tahu lokasi sebenar titik tengah Semenanjung malah ada beberapa pendapat mengatakan bahawa ia terletak di kawasan Kuala Lipis dan Maran.

"Bagaimanapun, selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan menjalankan kajian (pada tahun 2009), maka kita ketahui bahawa lokasi sebenar titik tengah Semenanjung ialah di Kampung Paya Siput.

"Ini adalah kali pertama kami mengumumkan Kampung Paya Siput merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung. Mercu tanda baharu yang akan dibina nanti akan menambahkan lagi keunikan negeri Pahang," kata beliau menyempurnakan pelepasan peserta Fellowship Ride: Kayuhan Ke Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 di Dataran Temerloh.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Jupem Pahang, Mohammad Yunus Md. Yusuf.

Kayuhan sejauh 80 kilometer dari Temerloh ke Kampung Paya Siput itu disertai 550 peserta terdiri daripada pelumba profesional, amatur dan peminat sukan berbasikal tempatan.

Mohd. Sharkar yang juga Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan (MyTC) berkata, pihak majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga akan membangunkan lokasi titik tengah Semenanjung sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang baharu di Pahang.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90