Top Ad 728x90

, ,

PAS Tak Perlu Bergabung Dengan Amanah - Presiden PAS

PAS Tak Perlu Bergabung Dengan Amanah - Presiden PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata pengalaman lalu banyak mengajar PAS supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

Mengenai status Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat PAS setelah menyertai Amanah, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan PAS negeri dan PAS Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan anggota PAS akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September 2015, Presiden PAS itu berkata beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan.

1 Comment:

  1. SALAM BRO,AKU SOKONG HJ.HADI WALAUPUN AKU ORANG UMNO.AKU MINTA SUPAYA PAS MEMBINA KEKUATAN SENDIRI TANPA PERLU PERTOLONGAN ORANG LAIN.AKU LEGA KERANA PERASIT SEBENAR DALAM PAS TELAH KELUAR......HIDUP PAS....

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90