Mustapa Mohamed diberi mandat runding terma Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menerusi laman Twitternya @NajibRazak, perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma perjanjian TPPA.‎


Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi.


Sementara itu, Mustapa di dalam satu kenyataan semalam berkata, perjanjian TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.


Mustapa berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.


Belia turut memberi jaminan bahawa keputusan sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada perjanjian TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.


Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas. Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam.


Sumber

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.