Sufi Juara Akademi Fantasia 2015


Peserta berasal dari Singapura iaitu Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam 11 Okt 2015.

Kemenangan itu membolehkan Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Sufi menyanyikan lagu berjudul Andai Ku Bercinta Lagi dan sebuah lagu baharu ciptaannya Kisah Dua Muka. Tempat kedua diungguli peserta dari Kuala Lumpur iaitu Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail. Selain pengkritik tetap, Datuk Ramli MS, pengkritik jemputan Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. Manakala, juri juara ialah Joe Flizzow dan Stacy.

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000